Maafkanlah aku... (9)
"Fariesh harus berkahwin dengan Ainul..."
Datuk Yusof mempamerkan reaksi serius. Kata - katanya bukan gurauan.
"But, how come? Fariesh tak sukakan dia. Buat apa Fariesh nak kahwin dengan Ainul?"
"Sebab itu aje satu - satunya cara supaya Fariesh boleh balas segala jasa Pak Mail dengan Fariesh sepertimana yang Fariesh nakkan tu, "
"Fariesh boleh lakukan apa sahaja untuk itu even serah nyawa sekalipun, Fariesh sanggup. Tapi, nak kahwin dengan Ainul, Fariesh takkan sesekali bersetuju! Itu hak Fariesh untuk tentukan dengan siapa Fariesh akan berkahwin!"
"Fariesh ingat Fariesh tu hero sangat nak jaga anak orang ikut suka hati Fariesh tanpa satu ikatan sah pun? Ainul tu bukan siapa - siapa pada kita. Dia bukan keluarga kita. Kalau Fariesh berterus - terusan macam ni, selalu pergi jumpa Ainul apatah lagi berdua - duaan dengan Ainul, Fariesh akan burukkan lagi keadaan. Sini bukan Melbourne, Fariesh! Fariesh hanya akan menjatuhkan nama papa! Malahan, perniagaan papa, syarikat papa akan terjejas!"
"Berkahwin dengan Ainul?? No, papa! Fariesh takkan kahwin dengan Ainul! Takkan!"
"Okay. Terpulang kepada Fariesh. Kalau Fariesh tak nak kahwin dengan Ainul, Fariesh jangan berjumpa dengan Ainul lagi. Papa tak akan benarkan!"
"Hahaha! Okay, fine! Fariesh pun tetap dengan keputusan Fariesh! Papa ingat papa baik sangat ke nak suruh Fariesh buat semua ni?! Bukan Fariesh tak kenal siapa papa! And more one thing, papa kena tahu, papa tak ada hak nak halang apa yang Fariesh nak buat! Fariesh bukan lagi budak umur 8 tahun, pa! Good night.. " Ujar lelaki itu lantas beredar dengan selamba meninggalkan Datuk Yusof yang masih terpinga dengan kata - katanya sebentar tadi.
Fariesh menentang kuat usul ayahnya itu. Baginya, takkan mungkin dia akan berkahwin dengan orang yang bukan pilihannya apatah lagi orang tersebut merupakan seorang perempuan. Baginya, biarpun dia telah banyak menimbulkan masalah terhadap Ainul, namun dia tetap dengan pendiriannya iaitu, mana - mana yang bergelar perempuan harus dielakkan! Apatah lagi menjadi pasangan hidupnya!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Abang..."
Fariesh membuka kelopak matanya dengan perlahan. Namun cahaya putih yang menerpa ke wajahnya menghalang niat Fariesh untuk berbuat demikian. Dia meraup wajahnya sebelum meneruskan kembali usahanya untuk membuka matanya.
"Abang okey ke?" Fariesh terkesima sebentar setelah berjaya membuka kelopak matanya. Pandangannya tepat pada satu tubuh yang memakai baju serba putih yang bertentangan dengannya.
"Awak siapa?"
Wanita di hadapannya itu tertawa lembut. Biarpun sekujur tubuh itu jelas pada pandangannya, namun Fariesh gagal meneka siapa wanita tersebut.
"Apa yang abang merepek ni? Saya kan, isteri abang?" Silau cahaya putih di belakang wanita itu semakin terang, menyukarkan lagi Fariesh untuk mengamati siapa yang berada di hadapannya.
"Isteri? Tapi, siapa??"
"Maaflah, bang. Saya kena pergi dulu. Nanti saya datang balik ye.." ujar wanita itu sebelum hilang dari pandangan matanya. Fariesh semakin tidak tentu arah. Tanpa sedar, dia menyebut satu nama itu tatkala keadaan semakin gelap.
"Ainul!!!!"
Dalam masa yang sama, dia merasakan dirinya seperti direntap sesuatu.
Fariesh tersentak. Dia mengamati sekelilingnya.
Eh, aku... Dekat bilik aku sendiri kan? Habis, perempuan tadi tu??
Fariesh terpandangkan jam yang berada di atas meja kecil di sisi katilnya. Pukul 5.45 pagi. Dia memerhatikan pula keadaan dirinya. Tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sahaja. Berada di atas katil. Dan setelah itu, Fariesh tersenyum sendiri.
Laa.. Aku bermimpi rupanya... Mengigau pulak tu.. Huh... Lantaklah. Aku nak sambung tidur balik. Hemmm...
Setelah menarik semula selimut ke paras dadanya, tiba - tiba, dia seperti mengingat sesuatu. Fariesh membalikkan tubuhnya menghadap ke sebelah kanan.
Tapi, aku mimpi siapa ek? Siapa perempuan tu?
Fariesh berusaha untuk mengingat wajah wanita yang memakai serba putih yang hadir dalam mimpinya sebentar tadi, tetapi usahanya itu tidak membuahkan hasil.
Dan, dia kembali mengingat satu nama yang disebutnya.
Ainul?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah.. Kau ampunkanlah dosa ayahku. Semoga ayahku ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Ampunilah diriku Kuatkan hatiku untuk menerima segala dugaan yang Kau berikan untukku. Aku tahu, aku hanya manusia lemah yang tidak lepas dari melakukan dosa. Tetapkanlah imanku padaMu. Tetapkanlah diriku pada agamaMu. Jangan biarkan aku terus hanyut dengan perasaanku yang mampu menyebabkan aku lupa pada Penciptaku. Aku berharap, aku mampu menempuh segala ujianMu dengan penuh sabar. Lindungilah diriku, Ya Allah.. Selamatkanlah aku di dunia dan juga di akhirat.. Ya Rabbal Alamin...
Belum pun sempat menanggalkan telekung di kepalanya, Ainul terdengar pintu wad diketuk. Dia lantas membetulkan semula telekungnya lalu berpaling ke arah pintu wad.
"Fariesh..."
"Saya datang sebab nak minta maaf atas apa yang berlaku..."
Ainul mengalihkan semula pandangannya daripada Fariesh. Tidak sanggup untuk menatap wajah lelaki itu. Lelaki yang telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang wanita.
"Kalau datang sini, semata - mata nak minta maaf, saya dah lama dah maafkan awak. Tapi, selepas ni, saya tak nak tengok dah muka awak.."
"Ainul tolonglah... Saya tahu, awak betul - betul marahkan saya. Tapi, saya betul - betul tak tahu tindakan saya malam tu satu kesilapan yang besar.. Saya akui, saya yang bersalah. Saya sanggup tebus segala kesalahan saya pada awak..."
"Tebus yang macam mana? Awak boleh kembalikan semua yang berlaku kepada yang asal? Awak boleh bagi orang - orang kampung tahu yang kita sebenarnya memang tak bersalah? Awak boleh kembalikan maruah saya? Ayah saya??"
"See? Awak tak maafkan saya lagi, Ainul. Kata - kata awak, cara awak.. Nampak sangat awak masih tak maafkan saya. Malah, mungkin makin membenci saya..."'
"Apa yang awak nak lagi dari saya? Awak nak tambahkan lagi masalah saya? Tolonglah, Fariesh. Saya tak kenal awak. Saya tak pernah lakukan apa - apa kesilapan pada awak. Kenapa awak suka sangat nak bebankan saya? Tak cukup ke apa yang dah berlaku pada saya?"
"Ainul, please.. Saya tak cakap macam tu. Saya cuma nak.."
"Nak apa? Cukup, Fariesh. Saya tak nak fikir dah pasal ni. Segala masalah ni akan selesai hanya setelah kita tak berjumpa lagi. Hari ni, saya nak keluar dari sini, saya nak jalankan kehidupan yang baru. Saya tak nak fikir lagi dah pasal benda ni semua.. "
"Ainul.. Tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap. Kita tak banyak masa. Saya masuk ke sini pun tanpa orang lain sedar pun saya ada kat sini.."
"Lagi bagus. Sekarang, saya minta, awak keluar dari sini. Tolonglah... Jangan jumpa saya lagi," Biarpun nada suaranya kedengaran agak lirih, namun gadis itu sebenarnya bersungguh - sungguh dengan kata - katanya. Mulut mungkin mampu menutur kata maaf, namun di hati, luka yang ada tak mungkin sembuh dengan kadar yang segera.
"Saya akan keluar dari bilik ni, tapi, saya akan tunggu Ainul kat luar sampailah Ainul ikhlas nak maafkan saya. Kalaupun Ainul tak mampu lagi nak maafkan saya, Ainul bagitahu apa - apa sahaja apa yang harus saya lakukan supaya saya dapat tebus balik kesilapan saya. Saya sanggup terima hukuman daripada Ainul, sebab saya memang akui, semua tu berpunca daripada saya. Kesilapan saya..."
Kata - kata terakhir itu dilepaskan sebelum kakinya melangkah longlai menuju ke arah pintu setelah gagal memujuk gadis tersebut. Fariesh tidak pula menoleh ke belakang setelah menyingkap daun pintu bilik, dan kemudian menghilangkan diri dari pandangan Ainul di balik pintu tersebut.
Ya Allah... Kuatkanlah semangatku...
Hati gadis itu merintih pedih saat bayang Fariesh sudah pun ditelan pintu wad. Dia cuba berlagak tenang semasa bertentangan dengan lelaki itu, namun hakikatnya, tubuhnya terasa lemah kerana terlalu sedih dengan apa yang menimpa terhadap dirinya. Malah paling memeritkan, semua itu berpunca dari lelaki yang datang berjumpa dengannya sebentar tadi. Ainul akhirnya terduduk di lantai bertemankan tangisan
Izinkan aku menjadi pelindungmu...(10)
Lama matanya merenung ke arah tingkap. Memerhatikan lenggok dahan pohon angsana yang lemah gemalai ditiup pawana. Saat itu jugalah, segala kenangan bersama arwah berlegar - legar di ruang ingatan. Sesekali, air jernih yang mengalir dari tubir mata, menuruni cerun pipi itu ditepis. Sungguh, dia rindukan saat itu! Saat bersama orang yang paling disayangi dalam hidupnya.
"Ainul..."
Gadis itu tersentak tatkala perasan bahunya disentuh lembut. Dia segera menyapu pipinya yang basah sebelum berpaling ke belakang.
"Eh, Ira.."
Zafira tersenyum kelat. Biarpun Ainul cuba mempamerkan senyuman di wajahnya, namun gadis itu sebenarnya gagal untuk menyembunyikan kesedihannya.
"Aku datang nak jemput kau. Tapi, sebelum itu, ada orang nak jumpa kau..." ujar sahabatnya itu. Dahi Ainul berkerut. Tapi, siapa? Takkanlah Fariesh? Kalau betul Fariesh, takkan dia tak ada hati perut nak ganggu aku lagi?
"Ainul..." mendengar satu suara garau menyapa dari arah belakang Zafira, Ainul sekali lagi terkejut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Arghhh! Tak guna!
Fariesh menyepak seketul batu yang berada tidak jauh dari hujung kakinya. Bengang tatkala mendapati terdapat kereta milik ayahnya terparkir di hadapan bangunan hospital tersebut.
Takkan sampai macam tu sekali papa nak halang aku? Hish!
Fariesh meneliti jam dipergelangan tangannya. Tepat jam 9 pagi.
Tak masuk pejabat ke? Ni dah jam berapa dah ni.. Papa sengaja nak halang aku kan? Ni kira nasib baiklah aku sempat sembunyi. Kalau tak, habislah kalau papa nampak aku ada kat sini..
"Ayah!!!" Suara itu menarik perhatian Fariesh. Lantas, dia cuba mencari pemilik suara tersebut.
"Amir, sudahlah. Jangan menangis lagi. Tak baik meratap, Mir.."
"Amir nak ayah Amir balik! Amir nak ayah balik!! Kenapa ayah sanggup tinggalkan Amir, cikgu? Ayah tak tahu ke, Amir sangat sayang kan ayah... "
"Cikgu tahu, Amir sayangkan ayah. Tapi, Tuhan lebih sayangkan ayah, Mir. Janganlah macam ni, Mir.."
"Arghhh! Tuhan tak adil kat Amir!!"
"Amir!"
Kanak - kanak lelaki seusia 8 tahun itu tidak mengendahkan kata - kata wanita tersebut. Malahan, dia bertindak melarikan diri menuju ke arah sebuah bangku dan duduk sambil menundukkan mukanya. Fariesh menghampiri wanita tersebut.
"Cik? Ada masalah ke?" tegurnya lembut. Wanita itu pantas menolah ke arahnya.
"Sebenarnya, ayah dia baru sahaja meninggal pagi tadi. Dia tak dapat nak terima hakikat yang ayah dia sudah tak ada..."
"Ayah dia sakit apa?"
"Ayah dia hidap kanser. Dia tak tahu ayah dia sakit sebab ayah dia tak nak Amir tahu. Kesian dia. Mak dia meninggal dua tahun yang lepas, masa nak lahirkan anak kedua. Bayi dalam kandungan mak dia pun tak dapat diselamatkan. Semalam dia baru dapat tahu ayah dia sakit, masa dapat panggilan dari hospital.."
"Dia ada saudara mara ke, cik?"
"Ada. Tapi, tak seorang pun yang hiraukan dia. Saya aje yang dia ada.." Dalam bertutur, wanita itu sempat mengalirkan air mata.
"Apa hubungan cik dengan dia?"
"Panggil puan aje. Saya cikgu dia. Tapi, dalam masa yang sama jugak, saya mak tiri dia. Amir tak pernah mengaku yang saya mak dia. Saya tak pernah kisah sebab Amir masih budak - budak lagi. Tapi, bila tengok keadaan dia, saya risau, kesihatan dia terjejas. Sebab dia hanya sayangkan ayah dia sahaja. Sayang Amir terhadap ayah dia melebihi segala - galanya..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Datuk, saya harap datuk percaya segala apa yang berlaku tu, semuanya tak betul.."
"Ainul, saya tahu Ainul tak bersalah. Tujuan saya datang ke sini pun, sebab nak minta maaf bagi pihak anak saya, Fariesh. Saya tahu, Ainul benar - benar marah dengan apa yang berlaku. Kalau saya tahu Fariesh pergi berjumpa dengan Ainul pagi tu, perkara ni tak akan berlaku.."
Ainul senyap sebentar mendengar kata - kata Datuk Yusof. Dia sendiri masih tidak pasti sama ada dia sudah memaafkan lelaki itu atau pun tidak. Sentuhan lembut tangan Zafira di bahunya membuatkan Ainul berasa tenang sedikit. Sahabatnya itu sentiasa cuba untuk mententeramkan perasaannya.
"Saya suka dengan arwah ayah Ainul. Dulu, tiada seorang drebar pun yang sejujur dan sebaik arwah. Malahan, arwah adalah antara drebar yang paling lama bekerja dengan saya. Ikhlas saya katakan, saya sangat rindukan arwah..."
Ainul menundukkan kepalanya mendengar ayat lelaki tersebut. Agak menyentuh hati.
"Terima kasih kerana pernah melayan baik ayah saya, datuk".
"Tak perlu ucap terima kasih, Ainul. Saya yang sepatuttnya cakap macam tu.."
"Datuk terlalu baik..."
"Ainul..." Ainul mengangkat kembali mukanya. Memberanikan diri menatap wajah Datuk Yusof.
"Saya nak jadikan Ainul anak angkat saya. Dan, kalau boleh, saya nak bawak Ainul tinggal bersama kami..."
Zafira dan Ainul tersentak. Kedua - duanya seakan - akan tidak percaya dengan kata - kata Datuk Yusof.
"Err... Datuk. Jangan bergurau dengan saya. Saya tak biasa.. Hm.. Macam nilah. Datuk jangan risau. Saya dah maafkan Fariesh. Lagipun, datuk dengan Fariesh memang tak ada apa - apa masalah pun dengan saya. Terima kasih atas layanan datuk"...
"Ainul, saya tak bergurau. Saya ikhlas nak jadikan Ainul anak angkat saya. Lagipun, saya tak ada anak perempuan. Boleh kan?"
"Terima kasih, datuk . Saya rasa tawaran datuk terlalu besar buat saya. Saya tak dapat nak terima, datuk. Maafkan saya. Dan, terima kasih sebab hantar saya ke sini. Kalau bukan kerana datuk jugak, saya tak tahulah apa yang akan jadi pada saya. Nanti saya akan bayar semua kos perubatan ni..."
"Ainul.. Tak perlu bayar apa - apa. Saya ikhlas..."
Belum pun sempat menghabiskan perbualannya dengan Ainul, tiba - tiba telefon bimbit Datuk Yusof nyaring berbunyi.
"Hello, ye, bercakap. Bila? Hmm.. Okey. Saya datang sekarang..."
Telefon bimbit itu kemudian dimatikan sebelum menghadap kembali gadis yang berada di hadapannya.
"Kalau Ainul tak nak terima pelawaan saya, tak mengapalah. Saya takkan paksa. Tapi, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk terima kedatangan Ainul. Maaf ye. Saya terpaksa pergi dulu. Ada urusan penting.."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mak dia meninggal masa melahirkan dia. Masa kecik - kecik dulu, dia tak pernah ada kawan. Jangan kan kawan, jiran sebelah rumah dia pun tak pernah pedulikan dia. Tapi, dia tak pernah merungut. Masa kami berkawan, aku pernah tanya Ainul, apa yang kau inginkan dalam hidup? Dia jawab, aku tak perlukan apa - apa selagi ayah aku ada. Ayah dia adalah segala - galanya bagi Ainul. Dia sangat sayangkan ayah dia. Dia tak pernah ketepikan ayah dia dalam segala hal. Tapi, bila tiba masa ayah dia tak ada, Ainul dah macam hilang arah. Dia telah hilang tempat bergantung. Aku pun tak sangka, perkara macam ni akan menimpa Ainul..."
Situasi Amir tidak ubah seperti apa yang dihadapi oleh Ainul. Kata - kata Zafira semasa pertemuan mereka di hospital semalam juga terngiang - ngiang di corong telinganya.
Amir masih bernasib baik kerana ada ibu tiri yang menjaganya. Malahan, wanita itu juga nampak baik dan lemah lembut. Memang ada ciri - ciri seorang ibu. Tapi, Ainul? Gadis itu tidak mempunyai sebarang saudara mara melainkan ayahnya. Malahan, gadis itu terlalu menyayangi ayahnya. Namun setelah ketiadaan Pak Mail, siapa lagi yang menjaga gadis itu? Keluarga Zafira? Mana mungkin sepanjang masa mereka mampu bersama Ainul. Buktinya, Ainul hanya tinggal seorang diri sahaja di rumah semasa kehadirannya pada malam itu.
"Fariesh harus berkahwin dengan Ainul."
"Sebab itu aje satu - satunya cara supaya Fariesh boleh balas segala jasa Pak Mail dengan Fariesh sepertimana yang Fariesh nak..."
Fariesh menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Kesian Ainul.. Tapi, kalau aku kahwin dengan dia, tak ke aku pulak yang kena kesian? Dia perempuan. Aku lelaki. Mungkin bagi orang, benda tu normal. Tapi, bagi aku, mana mungkin?? Aku benci perempuan. Takkan perempuan jugak yang akan menjadi teman hidup aku?
Fariesh kemudian merenung jauh ke arah laman hospital.
Rasa - rasa, boleh kot? Asalkan aku tahu apa yang perlu aku lakukan selepas itu! Hmm..
Pandangannya beralih ke arah bunyi deruman kereta. Fariesh tersenyum. Kereta Datuk Yusof sudah mula menjauh dari situ.
Now, it's my turn!
Fariesh melangkah masuk ke dalam bangunan hospital tersebut dan berhajat untuk menemui Ainul. Namun, apapbila dia perasan akan kelibat Ainul dan Zafira yang datang dari arah bertentangan, dia kemudiannya berpatah balik dan cuba berlari ke arah pintu masuk supaya kedua - dua gadis tersebut tidak menyedari kehadirannya dan seterusnya tidak mampu untuk melarikan diri.
"Jom. Aku pandu kereta ayah aku tadi. Hehe.." ujar Zafira.
"Berani ke bawak sampai sini? Hish.. Kau ni biar betul. Dahla kau tu pompuan. Sorang - sorang pulak tu.. "
"Eleh.. Kau tu lelaki ke?" balas Zafira yang kemudiannya meletuskan tawa kedua - duanya. Namun, tawa mereka tidak lama tatkala menyedari kewujudan Fariesh di hadapan pintu utama bangunan tersebut.
Dia lagi! Aku ingat dah balik dah. Rupa - rupanya tak serik lagi??
"Ira, cepat! Aku tak nak bertembung dengan mamat tu lagi..."
"Tapi, kan dia dah ada kat depan tu. Tu bukan kira dah bertembung ke?"
Ainul tidak mempedulikan apa yang dibicarakan oleh Zafira, sebaliknya menarik tangan Zafira sambil melangkah laju. Berharap agar mereka dapat meninggalkan tempat tersebut dengan kadar yang segera, tanpa gangguan Fariesh.
"Ainul, jalan perlahan sikit boleh tak? Aku rasa macam nak jatuh aje ni. Dah la aku pakai kasut tumit tinggi nih.."
"Siapa suruh kau pakai masa nak pergi sini? Kau ni.. Bukannya kita nak pergi dating pun. Kau cuma datang nak ambil aku aje, kan?"
"Alaa.. Kau tak kasihankan aku ke?"
"Ainul! Tunggu!" Fariesh yang mula menyedari kehadiran mereka berdua cuba untuk mengejar tatkala keduanya hampir berjaya menghampiri kereta Zafira.
"Buat apa awak nak ganggu saya lagi? Saya dah bagitahu awak pagi tadi kan, yang saya tak nak awak datang jumpa saya lagi!"
Ainul seperti memberi amaran. Namun begitu, dalam masa yang sama, dia tidak pula memberhentikan langkahnya, apatah lagi menoleh ke belakang. Geram dengan tindakan lelaki itu yang masih tidak jemu mengganggunya.
"Ainul, tolonglah dengar dulu apa yang saya nak cakap. Tolonglah.."
"Saya tak nak dengar apa - apa daripada awak! Baik awak balik sekarang. Datuk tengah risaukan awak.."
"Ainul tak payah nak berbohong. Saya kenal siapa ayah saya. Cuma sekarang, saya nak Ainul dengar dulu apa yang saya nak cakap..."
"Tak nak!"
Ketika itu, Zafira sudah pun berjaya membuka pintu keretanya. Namun, dalam masa yang sama, Fariesh sempat menyambar lengan Ainul menyebabkan gadis itu hilang kawalan.
"Hey, apa ni??"
Fariesh terlentang di atas permukaan simen, manakala Ainul, wajah gadis itu tersembam ke dada Fariesh.
"Ya Allah.." hanya itu yang mampu keluar dari bibir Zafira setelah menyaksikan peristiwa tersebut.
Ainul yang mulai sedar akan keadaan yang berlaku segera bangkit dengan riak wajah yang terlampau bengang. Tampak kemerah - merahan pipi gadis tersebut kerana terlau malu.
"Hey, tak puas lagi ke nak ambil kesempatan?? Tak tahu malu ke? Hormat sikit kat orang!!!"
Fariesh dan Zafira ternganga. Sungguh tidak menyangka bahawa ayat sebegitu itu ditutur oleh gadis lemah lembut yang berada di hadapan mereka kini
"Ainul.." Fariesh terkesima sebentar.
"Aku bukan seperti perempuan yang kau pernah jumpa kat luar negara tu! Aku ada maruah. Siapa kau nak permainkan maruah aku??"
Zafira menepuk dahi melihat gelagat Ainul.
Tu dia anak Pak Mail. Kau aku dah keluar dah... Kalau dah marah sangat - sangat, singa pun boleh takut...
"Ainul, dengar dulu. Saya tak sengaja, ok? Saya nak awak dengar dulu apa yang saya nak cakapkan ni.." pujuk Fariesh yang juga sudah bangun sambil menepuk badannya yang kotor dengan debu jalan.
"Kau nak apa lagi dari aku??"
"Saya nak lamar awak.."
"Hah???" Ainul terkedu.
"Apa??? Oh My God...." Zafira juga seakan sentap.
"Ya. Itu yang saya nak bagitahu awak. Saya dah fikir masak - masak. Semua masalah ni berpunca daripada saya. Saya nak tebus kesilapan saya, saya nak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas awak.."
"Jangan nak bergurau! Soal kahwin tak boleh main - main, tahu tak??"
"Saya tak main - main. Apa yang saya cakapkan ni memang betul. Yang lahir dari hati saya. Saya nak awak jadi isteri saya. Tolonglah..."
Fariesh melutut di hadapan Ainul sambil merenung wajah gadis itu dengan penuh harapan. Manakala Ainul, gadis itu terdiam kaku dengan apa yang berlaku, sebelum rebah secara tiba - tiba.
"Ya Allah! Ainul!!" Zafira tidak menduga dengan apa yang berlaku kelihatan terkejut. Begitu juga Fariesh.
Akhirnya...(11)
....Fariesh Faridzam Bin Mohd. Yusof, aku nikahkan dikau dengan Nur Ainul Fariesya Binti Ismail dengan mas kahwinnya RM150 tunai....
"Ainul..."
Ainul segera menyapu airmata yang membasahi pipi mulusnya. Dia kemudian menoleh ke belakang.
"Kenapa ni? Muram semacam aje ni. Saya tak suka tengok awak macam ni, tau. Senyum la sikit,"
Ainul itu hanya menurut kata lelaki yang ada di hadapannya itu. Namun, senyuman yang terukir tidak kekal. Sungguh! Dia tidak menyangka sama sekali bahawa dia sudah pun sah bergelar isteri.
Suami aku, Fariesh Faridzam anak Datuk Yusof? Macam mana aku boleh berkahwin dengan dia ni?
"Hello.."
Fariesh melambai - lambaikan tangannya di wajah Ainul tatkala gadis tersebut kembali berkhayal.
"Oh.. Errr.. Maaf. Saya nak pergi ke bilik air jap!" ujar Ainul. Segan tatkala Fariesh dirasakan semakin ligat merenungnya.
"Nur Ainul Fariesya... Sekejap,"
Dengan pantas, tangan Fariesh sempat menyambar lengan Ainul bagi menghentikan segera langkah gadis itu.
"Tolong bagi saya ke bilik air, boleh?" pinta Ainul. Namun, dalam masa yang sama, dia tidak berani bertentangan mata dengan Fariesh. Malu yang masih utuh menebal.
"Sebelum tu, saya nak minta sesuatu kat awak, boleh?"
"Hahh?" Gadis itu menunjukkan reaksi terkejut.
Alamak... Apa pulak yang mamat ni nak kat aku.. Nak tu ke?? Huh?? Takkanlah awal sangat?!! Maghrib pun belum masuk! Kenal pun tak!!! Eeeeishh...
"Eisya..."
Sebaik sahaja satu nama itu disebut, gadis itu seperti terkena panahan petir. Seperti ada kejutan yang sudah memanah dirinya.
"Maaf. Saya bukan Eisya..." balas Ainul. Dalam masa yang sama, cuba melepaskan lengannya dari cengkaman tangan kasar Fariesh.
"Mulai hari ini, saya nak panggil awak Eisya. Nama tu lebih sedap berbanding nama Ainul,"
Ya Allah...
Ainul cuba menahan gelodak perasaan yang mula mencengkam benaknya. Mendengar nama tersebut membuatkan hatinya sebak secara tiba - tiba. Sebolehnya dia tidak mahu mendengar nama itu keluar dari mulut siapa - siapa apatah lagi Fariesh.
"Boleh kan? Saya dapat nama tu sebaik sahaja saya tahu nama sebenar awak. Dan, saya suka nama tu. Eisya. Cantik sangat. Awak tak kisah kan?"
"Lepaskan tangan saya! Saya nak ke bilik air sekejap..."
Tanpa memberikan sebarang jawapan, Ainul menarik tangannya dengan kuat dan akhirnya dia berjaya. Setelah itu, kakinya terus diatur laju menuju ke bilik air tanpa mempedulikan Fariesh.
Eisya...
Dan, Fariesh mula tersenyum simpul.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mak, betul ke apa yang kita dah buat ni?"
Kelihatan Mak Timah sedang termenung jauh di hadapan tingkap rumahnya sambil diperhatikan oleh Anita. Berang setelah mendengar khabar Ainul sudah pun selamat diijabkabulkan tengahari tadi,
"Aku pun tak tahulah, Anita. Memang lah betul, kita berjaya menjatuhkan air muka budak perempuan tu. Tapi, aku tak terfikir pulak sampai boleh jadi macam ni.."
Anita menghampiri ibunya itu.
"Tulah mak. Tak fikir betul - betul masa nak kenakan Ainul dulu. Tengok apa yang dah jadi sekarang? Siapa yang untung? Perempuan tu jugak, mak. Kita ni dapat apa? Habuk pun tak ada..." rungut Anita, melahirkan rasa tak puas hatinya.
Mendengar dirinya dipersalahkan, Mak Timah lantas berpaling ke arah Anita dengan muka marahnya.
"Hish, budak ni? Kang, tak pasal - pasal, aku cepuk terus, biar kau reti nak jaga mulut kau tu! Tu bukan salah mak, salah kau jugak. Tak sumbang "otak geliga" kau tu. Harapkan otak mak aje. Lepas tu, pandai - pandai pulak nak salahkan mak ek? Cantik muka kau??"
"Tengok tu, marah Anita pulak. Mak ni tak habis - habis nak marahkan Anita tau. Kecik ati ni haa.."
"Ewah, ewah... Lantak kau lah nak kecik hati! Ada aku kisah?"
"Mak??"
"Dah, dah. Tak payah nak gaduh pasal perempuan tu dulu. Aku dah lapar ni. Cuba pikir sikit nak makan apa tengahari ni. Kalau nak mengenangkan perempuan tu 24 jam, jahanam perut kita.."
Anita lantas mencebikkan mulutnya setelah mendengar ibunya itu seperti mengalah. Niatnya untuk mengapi - apikan ibunya tidak berjaya.
"Yalah, yalah..." jawab Anita lantas mengatur langkah menuju ke dapur.
"Tapi, mak akan pastikan hidup diorang takkan senang, Anita! Takkan!"
Kata - kata Mak Timah mengukir senyuman di bibir Anita. Ternyata ibunya itu masih tidak puas hati dengan apa yang berlaku dan tetap ingin menjatuhkan Ainul.
Bagus, mak! Anita sokong sangat - sangat usul mak tu. Jangan biarkan Ainul hidup senang. Biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah! Kau tengoklah nanti, Ainul!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Laa... Ni kenapa baring kat sofa pulak ni? Kenapa tak baring kat katil? Baju pun tak tukar lagi. Tu, yang kat kepala tu tak tanggalkan lagi.."
Fariesh menghampiri Ainul yang dilihatnya berada di sofa yang terletak tidak jauh dari katil.
"Eisya..."
Tiada sebarang balasan dari Ainul. Gadis itu tetap kaku seperti tadi. Seperti tidak mengendahkan kewujudannya di situ.
"Jangan panggil saya Eisya, boleh tak?" Ainul mula bersuara. Tetapi tidak mengangkat mukanya yang ditelengkup itu. Tidak mahu membiarkan Fariesh menatap wajahnya.
"Kalau saya nak jugak, macam mana?" duga lelaki itu.
Ainul kembali membisu. Tidak menyahut apa yang diperkatakan oleh suaminya itu. Membiarkan keadaan dalam bilik tersebut sunyi untuk seketika.
"Eisya, kenapa ni? Jangan sedih - sedih, boleh tak? Saya tak reti nak pujuk perempuan kalau macam ni. Please... Angkatlah muka tu. Bagi saya tengok.. "
"Tak ada apa - apalah. Saya cuma nak tidur kejap, boleh?"
"No, saya takkan benarkan awak tidur macam ni. Sekarang jugak, saya nak suruh awak pergi tukat baju tu, mandi. Tak ada nak melawan ek. Ini arahan saya. Please..."
Ainul melepaskan keluhan panjang sebelum bangkit menghadap Fariesh.
"Haa... Tengok muka tu. Kan dah comot tu. Mascara tak buang lagi. Lipstick pun tebal lagi. Eyeshadow pun sama. Kalau terus nangis, tak ke buruk muka tu nanti?" ujar Fariesh dengan nada yang mengusik. Sengaja ingin membuatkan gadis itu naik angin.
Ainul mengalihkan pandangannya ke tempat lain tatkala mata lelaki itu memanah tepat ke anak matanya.
"Yelah... Saya pergi mandi dulu.."
Ainul kemudian bangkit dari sofa dengan kepala yang masih menunduk.
"Jangan risau, saya tak makan orang. Awak jangan takut. Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Saya takkan ganggu hak peribadi awak untuk sementara waktu ni. Saya jamin..."
Gadis itu tidak mengendahkan kata - kata Fariesh sebaliknya ligat mencapai tuala dan pakaian tidurnya.
"Eisya..."
Ainul pura - pura tidak mendengar.
"Awak cantik bila tak ada sebarang make - up kat muka. Dan, lagi cantik bila tak ada penutup kat kepala tu.."
Biarpun tidak memberi sebarang respon, namun tak siapa tahu hatinya pada masa itu menjadi tidak keruan setelah mendengar kata - kata lelaki itu sebentar tadi. Sukar untuk mentafsirkan apa yang terbuku dibenaknya. Suka atau sebaliknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Eisya..."
Ainul memisat - misat matanya. Keadaaan sekeliling kelihatan penuh dengan kabus putih menebal.
"Ayah?"
Dia cuba mencari kelibat si empunya suara tersebut.
"Eisya, jangan nakal - nakal tau, nak. Ayah tak suka. Dah, tidurlah. Ayah nak ke rumah Datuk Yusof ni.."
"Ayah, tunggu! Ayah!"
Ainul cuba menyeka sisa air mata yang ligat membasahi pipi. Itulah mimpi yang dialaminya semalam. Dia terlalu rindukan ayahnya. Rindu mendengar orang yang memanggilnya Eisya. Dia tidak pernah membiarkan orang lain memanggilnya Eisya. Baginya, hanya ayahnya yang layak memanggilnya Eisya. Zafira juga tidak memanggilnya Eisya. Tidak kawan - kawannya yang lain, jirannya mahupun cikgu - cikgunya di sekolah dulu.
Dengan langkahan lemah, Ainul menghampiri meja solek yang berada tidak jauh dari hujung katil bilik.
Tuala yang membungkus kepalanya ditanggalkan dengan perlahan. Dalam masa yang sama, dia sempat menjeling ke arah bayang Fariesh di cermin yang dilihatnya sudah pun melelapkan mata. Menyedari keadaan itu, Ainul menghela nafas lega. Senang hati kerana dia tidak akan mendengar nama Eisya tersembul keluar dari mulut lelaki itu.
Alhamdulillah, ya Allah...
Ainul mencapai sikat yang ada di atas meja solek dan sekali lagi menjeling ke arah Fariesh.
"Kenapa, Eisya? Intai - intai saya. Takut apa?"
Hampir terpelanting sikat di tangan Ainul tatkala mendapati tubuh Fariesh benar - benar berada di belakangnya.
"Ya Allah!"
Fariesh yang melihat telatah Ainul meledakkan tawanya. Tidak tahan dengan aksi comel Ainul yang tidak keruan akibat terperanjat.
"Hehehe.. Awak ni. Takkan la sampai macam tu sekali awak takut kat saya ek? Saya tak buat apa - apa pun.."
Ainul memalingkan mukanya dari cermin lalu menghadap Fariesh.
"Awak tahu tak, cara awak ni boleh buat orang pengsan, kalau yang lemah semangat. Kalau yang sakit jantung, nak - nak mati terkejut!"
Fariesh melemparkan senyumannya. Dia tidak pula mempedulikan bebelan Ainul sebaliknya memerhatikan keadaan gadis itu. Dengan baju tidur kuning satin berlengan dan berseluar panjang. Apatah lagi rambutnya yang separas bahu dibiarkan lepas begitu sahaja.
"Saya suka tengok awak macam ni. Nampak cantik. Kenapa awak nak pakai penutup kepala?"
"Tudung, okey?? Bukan penutup kepala. Tu hak saya sama ada nak pakai atau tak. Saya bukan seperti perempuan yang awak kenal sebelum ni.." sindir gadis itu. Geram kerana baginya lelaki itu tidak pernah faham bahasa.
Senyuman Fariesh semakin meleret. Kata - kata gadis itu tidak sedikit pun mengusik hatinya.
"Garangnya. Nanti saya..."
"Awak nak buat apa? Hah? Awak jangan ingat, saya dah kahwin dengan awak, awak boleh buat saya ikut sesuka hati awak. Jangan harap!"
"Masih nak garang lagi dengan saya? Ke, nak saya bagitahu apa yang saya nampak malam tu, baru awak senyap..."
Ainul berhenti daripada menyisir rambutnya. Kata - kata Fariesh membuatkan hatinya tidak tenang.
"Apa maksud awak?"
Fariesh sekali lagi tersenyum. Kali ini agak sinis.
"Kat dalam otak ni masih ingat lagi apa yang jadi malam tu. Masa tukar baju awak la best, kot? Saya boleh nampak segala - galanya yang ada pada awak. Tak perlulah awak nak sembunyi apa - apa dari saya. Nak tutup apa - apa. Tambah - tambah lagi, saya boleh tahu kat mana tahi lalat tu semua. Hmm... Dan, saya..."
Pranggg! Fariesh terkedu. Dilihatnya wajah Ainul kemerah - merahan menahan marah. Tubuhnya juga dilihat terketar - ketar dengan dada yang turun naik mencari nafas. Hampir semua objek yang tersusun di atas meja jatuh ke lantai akibat ditepis kasar oleh Ainul yang melepaskan rasa marahnya dari tadi. Dalam masa yang sama, dia berdiri sambil matanya tepat memandang ke arah Fariesh menerusi biasan kaca cermin di hadapannya.
"Awak jangan cuba nak cabar saya ek! Awak ingat seronok ke mempermainkan maruah orang? Mungkin orang kaya macam awak tak pernah tahu macam mana nak hormat orang! Saya takkan maafkan segala apa yang awak dah buat dengan saya! Dan untuk itu jugak, awak jangan dekat dengan saya! Awak boleh tidur kat katil, tapi saya takkan tidur sekatil dengan awak. Saya tidur kat sini aje. Dan satu lagi, jangan cuba ganggu saya!"
"Eisya..."
"Stop calling me Eisya! Awak ingat awak sorang aje boleh cakap orang putih?? Enough for what have you done to me! Saya nak tidur. Penat. Saya nak rehat!"
"Eisya... Dengar dulu.. Saya cuma nak bergurau aje.."
"Itu dinamakan bergurau? Bagi awak mungkin benda tu lawak, tapi, bagi saya awak tak ubah sedang mempersendakan maruah saya!!"
"Dengar lah dulu.."
"Dah. Saya nak tidur. Good night, Mr Fariesh"
Fariesh menggenggam penumbuknya. Cuba menahan gelodak perasaan yang kian membuak - buak kerana tindakan Ainul dirasakan keterlaluan. Dia sebenarnya tidak terniat pun hendak melukakan perasaan wanita itu.
"Inilah masalahnya perempuan! Sikit - sikit nak marah! Sensitif sangat! Semua perempuan buat aku rimas! Kau ingat aku nak sangat ke dengan kau? Drama aje lebih! Hah, elok sangat lah tu tidur dekat situ. Tak perlu ganggu aku tidur!! Aku tak suka tidur dengan perempuan!" herdik Fariesh lalu beredar menuju ke katil setelah dilihatnya Ainul sudah pun terbaring kaku di sofa, sambli tidak mempedulikannya. Manakala Ainul, wanita itu kelihatan sudah pun lena bersama bantal peluknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Datuk Yusof merenung jauh ke arah luar tingkap biliknya. Tersenyum mengenangkan peristiwa pagi tadi. Akhirnya Fariesh menerima cadangannya untuk mengahwini Ainul. Dan kedua - duanya telah pun selamat diijabkabulkan sekaligus bersanding pada tengahari tadi.
Sedegil - degil Fariesh, nak jugak dia kahwin dengan Ainul. Apalah yang melembutkan hati anak aku tu? Jangan - jangan...
Datuk Yusof mengalihkan posisinya daripada mengadap tingkap kepada mengadap ke arah katilnya.
Jangan - jangan dia dah jatuh cinta dengan Ainul tak? Kalau macam tu, anak aku tu kiranya normal lah?
Tapi, siapa Rizwan? Bukan dia mengaku dia kekasih Fariesh? Dan, setahu aku, Fariesh benci dengan perempuan? Kenapa dia nak berkahwin dengan Ainul? Kenapa??
Datuk Yusof terus membiarkan persoalan tersebut menghantui mindanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hish... Kenapa aku tak boleh tidur ni? Dari tadi matanya rasa macam segar semacam aje. Tolonglah tidur wahai mata!!
Fariesh membalikkan tubuhnya ke sebelah kanan pula, menghadap ke arah sofa yang menjadi tempat Ainul terlelap.
Hmm... Kenapa dia boleh terlelap sampai macam tu sekali? Aku dari tadi tak boleh tidur, kot? Penat sangat eh perempuan ni? Rasa - rasa aku, satu hari ni, taklah sesibuk mana pun...
Fariesh terus memerhatikan gelagat Ainul yang tidak menyedari akan kelakuannya itu.
Beberapa minit kemudian...
Gedebukkk!
Mata Fariesh terbeliak. Dia sungguh tidak menyangka dengan apa yang berlaku di hadapan matanya itu. Ainul jatuh dari sofa? Fariesh cuba menahan diri daripada tergelak besar. Geli hati dengan apa yang telah disaksikan.
Ainul dilihatnya masih tidak sedarkan diri. Tidak juga bangkit dari lantai. Keadaan itu membuatkan lelaki itu akhirnya tergelak kuat juga.
Oh my... Tidur mati? Perempuan yang macam tu pun ada kat dalam dunia ni?? No wonder lah dulu aku tukar baju dia pun, dia tak sedar. Tak sangka pulak perempuan ni macam ni kalau kat bilik. Entah - entah kalau bilik kena masuk pencuri sekalipun dia takkan sedar kot.. Eisya.. Eisya...
Fariesh terus - terusan ketawa sebelum memerhatikan Ainul sekali lagi. Kali ini, dilihatnya Ainul seperti kesejukan. Memeluk tubuh sambil mengerang dalam bahasa yang kurang jelas butirnya. Keadaan itu membuatkan hatinya yang tadi seperti digeletek mula dipagut rasa belas kasihan melihat keadaan gadis itu.
Fariesh bangun dari tempat baringnya lalu meluru ke arah Ainul yang berada di kaki sofa. Tubuh Ainul yang kelihatan menggigil ditatapnya seketika.
Kalaulah kau tak buat garang dengan aku, awal - awal lagi aku takkan biarkan kau macam ni, tahu tak? Tengok sekarang, siapa yang susah? Kau jugak. Nak tak nak, aku pun terlibat sama. Sebab aku suami kau...
Dengan penuh berhati - hati, Fariesh mendukung tubuh kecil itu menuju ke katil.
Sekarang, aku bagi kau tidur kat katil. Tapi, macam yang kau cakap, kau takkan tidur sekatil dengan aku. Sebab aku pun, tak nak tidur sekatil dengan kau...
Perlahan - lahan tubuh gadis itu didaratkan ke atas katil dan kemudian ditutup dengan selimut separas dada. Ainul kelihatan kembali seperti biasa, tidak lagi menggigil seperti tadi.
Ni kira bernasib baik tau, sebab aku jenis yang kesian kat orang. Kalau tak, dah lama aku biarkan kau jatuh sakit sebab kesejukan tidur dekat lantai. Tidur pun tak sedar dunia. Tidur buas pun ada. Alahailah... Nasib aku, dah dapat isteri macam ni...
Fariesh mencapai alat kawalan suhu dan menambah suhu bilik agar bilik tidak terlalu sejuk. Dia kemudiannya menghempaskan diri di atas sofa sambil tubuhnya di hadapkan ke arah Ainul. Dalam beberapa minit kemudian, dia sendiri pun tidak sedar bila matanya terlelap.
Kini Bersama...(12)
"Ya Allah!!"
Terkejut Ainul apabila mendapati dirinya berada di atas katil. Dia meneliti keadaan dirinya. Masih berpakaian. Sesaat kemudian, dia menarik nafas lega.
Alhamdulillah... Tapi, kenapa aku boleh berada kat katil ni? Bukan semalam aku tidur kat sofa ke? Fariesh?
Ainul mengalihkan panahan matanya ke arah sofa yang terletak di sebelah kanan, yang tidak berada jauh dari katil tersebut. Tiada pun Fariesh yang berbaring di situ. Dia mengalihkan bantal peluk yang berada di atas tubuhnya ke tepi lantas menepuk - nepuk bantal tersebut dengan sebelah tangannya sambil matanya meliar - liar mencari kelibat Fariesh.
Pukkk! Pukkk!
"Hmmmmh!"
Suara Fariesh di sebelahnya memeranjatkan Ainul, membuatkan Ainul cuba untuk bangun dari katil. Namun, kakinya tersangkut pada selimut yang menyelubungi paras pinggangnya menyebabkan dia gagal dan akhirnya terjatuh ke bawah.
"Aduh, sakitnya!"
Ainul mengurut - urut punggungnya yang terhentak kuat di lantai tadi lantas bangkit kembali. Dia melihat lelaki itu menolak bantal yang berada di atas kepalanya ke bawah.
Dia ni??? Kenapa aku boleh tak perasan dia ada kat sebelah aku je?? Eee... Bodohnya aku!
"Apa ni? Nak membunuh ke? Sesak nafas ni, tau tak! Kalau ye pun, letaklah bantal tu kat bawah. Bukan kat kepala saya. Sengaja nak sakitkan hati saya ke apa? Hishhh.. Nak tidur pun susah.."
"Hahh? Macam mana saya boleh ada atas katil, dengan awak?"
Ainul memandang ke arah Fariesh dengan riak wajah keruh. Ingin sahaja dia menumbuk lelaki itu kerana sesuka hati tidur di sebelahnya.
"Dah awak tidur berjalan, lepas tu naik atas katil. Saya nak buat macam mana? Takkan saya nak campak awak ke bawah pulak?" balas Fariesh yang mula mengalih posisinya dalam keadaan meniarap dengan mata tertutup sebelah kanan, berpaling ke arah Ainul.
"Tipu! Awak jangan cuba nak berbohong dengan saya. Saya tak pernah tidur macam tu!"
Eleh... Tak pernah tidur macam tu konon.. Ingat orang buta ke? Yang semalam macam nangka gugur dari pokok tu apa? Bukannya nak sedar pun diri tu jatuh dari sofa. Sabar jelah hati...
"Saya bukan kejam mana pun sampai nak biarkan awak tidur kesejukan kat situ. Lagipun, kalau awak sakit esok, apa pulak kata papa dan saudara mara kita? Baru malam pertama dah jatuh sakitlah, apalah.."
"Masalahnya sekarang, kenapa awak boleh tidur sebelah saya? Saya tak naklah! Awak faham tak?"
Fariesh mengalihkan kepalanya dan menyembunyikannya di bawah bantal yang tadinya menjadi alas kepalanya.
"Hish.. Bising aje pagi - pagi buta ni. Tidur macam apa pun aku tak tahu. Cakap ajelah malu nak mengaku diri tu ada penyakit mengigau teruk.." ujar Fariesh separuh berbisik yang mana suaranya antara dengar mahupun tidak di balik bantal tersebut. Ingat aku teringin sangat ke nak tidur sebelah kau? Tolong sikit. Perasan je lebih!
"Apa??! Hey, siapa yang mengigau? Yang awak pergi angkat saya naik katil, tidur sebelah awak ni, kenapa? Dah tu, biar ajelah saya tidur dekat sofa tu! Saya tak buat apa - apa masalah pun dengan awak!"
Ainul semakin bengang dengan kata - kata yang dilontarkan ke pendengarannya. Fariesh dilihatnya tidak lagi menyahut. Barangkali sambung tidur agaknya.
"Perempuan mana yang tak terkejut, kalau semalam dia tidur seorang - sorang kat katil, tiba - tiba bangun, ada seorang lelaki kat sebelah? Nak - nak, macam kita ni. Kenal pun tak pernah, jangankan nak rapat. Bercinta, lagi tak pernah. Tiba - tiba, tidur sebelah menyebelah? Dahlah..."
Ainul tidak menghabiskan kata - katanya. Sebaliknya, dia merenung tajam suaminya yang didapatinya masih lagi membeku seperti tadi.
"Tengok tu. Buat - buat tak tau aje. Agaknya semua lelaki sama aje. Suka sangat nak ambil kesempatan ke atas perempuan. Tengoklah. Sikit pun tak rasa bersalah.."
Tidak tahan mendengar Ainul yang terus berleter, Fariesh bangun dan menentang pandangan wajah Ainul dengan riak geram.
"Hey, boleh tak jangan nak membebel? Lagi - lagi time matahari tak timbul lagi ni? Kalau dengar suara awak membebel ni, saya rasa matahari pun takut nak muncul sebab bising sangat! Pagi - pagi buat pencemaran bunyi! Kalau nak membebel sangat, tu nampak tu, pintu bilik tu tak berkunci, sedia nak jemput awak keluar dari bilik ni! Awak keluar dari bilik ni, awak membebel la sampai awak puas hati, sampai air liur awak kering! Hish, tak fahamlah aku dengan perempuan macam ni!"
Menghamburkan sisa - sisa kemarahan yang dipendamnya sejak dari tadi. Kali ini, giliran Ainul pula mendiamkan diri. Tersentak dengan kata - kata Fariesh.
"Dan, awak kena ingat. Saya suami awak. Jadi, saya ada hak ke atas awak tak kira awak suka atau tak. Dan awak tak boleh membantah kata - kata saya, faham?"
Huhhhh! Biar padan muka! Membebel aje kerja dia!
Fariesh menepuk - nepuk bantal, berkira - kira untuk baring semula. Kali ini, dia membelakangkan Ainul, mengelak daripada bertentangan dengannya.
Memanglah semalam aku tidur dekat sofa! Sejuk sangat kot! Seumur hidup aku mana pernah tidur kat sofa? Aku pindahlah balik pergi katil! Aku boleh kesian dekat kau sampai aku sanggup angkat kau ke katil. So what? Kau patut bersyukur sebab aku masih lagi berperikemanusiaan dengan kau. Tapi kau langsung tak kesian dekat aku! Huhhhh!
Dalam hati, Fariesh tidak habis - habis menghamburkan kemarahannya. Terkelu lidah Ainul untuk membalas kata - kata Fariesh. Nampaknya, dia kehabisan peluru untuk dijadikan serangan balas. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia kemudiannya menepuk - nepuk bantal miliknya dan melabuhkan kembali punggungnya ke katil.
"Subuh dah ni. Jom kita solat.." Ainul menundukkan kepalanya lantas bangkit dari katil.
"So..solat?" Fariesh berpaling sebentar.
Ainul tidak lagi bersuara. Hanya menganggukkan kepalanya, lalu menghayun langkah menuju ke bilik air.
"Erkk.. Aw.. Awak pergilah solat dulu. Nanti saya solat..."
Fariesh sengaja mencipta alasan tatkala ada sahaja soalan mengenai solat ditujukan kepadanya. Baginya, seumur hidupnya, mana pernah dia solat biarpun dia sudah belajar mendirikannya seminggu sebelum mereka diijabkabulkan. Setelah melemparkan alasan tersebut, lelaki itu kembali membalut tubuhnya dengan comforter, menyambung semula lenanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Good morning! Amboi, rajin sungguh menantu papa ni. Kenapa tak biarkan bibik sahaja yang buat semua tu? Biarkan ajelah... Eh, kenapa pagi - pagi mata sembab ni? Ainul tak cukup tidur ke? Tak selesa ke tidur kat bilik tu?" sapa Datuk Yusof dengan mesra tatkala mendapati Ainul sudah pun berada di dapur, bersama bibik menyediakan sarapan pagi.
Ainul tersenyum hambar menyambut kata - kata bapa mertuanya itu. Dia cuba berlagak seperti biasa. Sembab? Pasti sebab dia menangis semalaman.
"Tak apalah, Datuk. Ainul pun dah biasa buat semua kerja ni. Lagipun, kasihan Ainul tengok bibik buat kerja sorang - sorang pagi - pagi ni. Rasa ringan aje nak tolong.."
"Ainul, tak payah panggil Datuk. Panggil papa. Papa kan bapa Ainul juga sekarang?"
Ainul segan dengan cadangan Datuk Yusof supaya membahasakannya dengan panggilan yang agak mesra seperti mana yang dilakukan oleh Fariesh.
"Ermmm.. Maaf, Datuk. Ainul tak biasa.."
"Yang tak biasa tu lah kita kena biasakan, Ainul. Lagipun, Ainul menantu papa. Nanti apa pulak kata orang kalau satu - satunya menantu papa ni masih panggil dengan panggilan Datuk?"
"Tapi.."
"Boleh kan, Ainul?"
"Boleh.. Papa"
Datuk Yusof lega mendengar Ainul yang akhirnya mahu memanggilnya papa sepertimana yang dia mahu. Biarpun wanita itu hanyalah anak kepada bekas drebarnya, namun secara jujurnya dia amat menyenangi sikap wanita itu. Tambahan pula, dengan mengambil Ainul sebagai menantunya adalah satu perkara yang sangat menggembirakan dalam hidupnya. Berharap dengan kehadiran Ainul dalam rumah tersebut akan dapat mengubah anak tunggalnya menjadi seorang yang lebih baik apatah lagi hanya dia seorang sahaja yang bakal mewarisi perniagaannya kelak.
"So, kalau menantu papa yang sediakan sarapan, papa tak boleh agak apa yang ada untuk sarapan pagi ni.." usik DatukYusof.
"Tak ada apa sangat pun, papa. Ainul cuma tolong bibik aje. Ainul tak tahu orang rumah prefer apa." balas Ainul dengan rasa segan kerana dia tahu bapa mentuanya sengaja mengusiknya.
"Alaa.. Baru aje nak rasa masakan orang baru. Mesti sedap, kan?"
"Ish.. Tak adalah, papa. Biasa aje. Papa buat Ainul rasa segan pulak.."
Datuk Yusof menghadiahkan senyuman manisnya kepada anak menantunya itu. Tanpa mempedulikan bibik yang sedang menuangkan teh panas ke dalam cawannya, Datuk Yusof mempelawa Ainul untuk duduk bersamanya.
"Eh, Ainul.. Kenapa nak berdiri lama - lama di situ? Duduklah dengan papa. Rasa terasing pulak bila Ainul buat macam tu. Rasa macam papa seorang aje yang hidup kat dalam rumah ni..''
"Err..."
"Duduk. Rumah ni kan rumah Ainul? Kenapa perlu takut? Mulai hari ni, Ainul kenalah biasakan diri kat sini. Boleh?"
Ainul mengangguk. Siapa - siapa pun takkan biasa dengan keadaan itu jika berada di tempatnya. Tidak ubah seperti mimpi, tanpa sebarang ikatan hubungan cinta, dia kini berkahwin dengan anak lelaki kepada seorang usahawan terkemuka yang kaya raya. Dengan bermertuakan seorang Datukyang melayannya dengan baik, tinggal di rumah yang besar dan selesa, semua itu berlaku dalam sekelip mata di luar jangkaannya.
"Ainul.."
Hilang semua lamunan Ainul dalam sekelip mata tatkala suara garau Datuk Yusof memecah kesunyian untuk beberapa minit yang lalu.
"Erk, iye, papa?"
"Fariesh tidur lagi ke?"
Ainul hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh bapa mertuanya itu. Faham dengan maksud isyarat yang disampaikan, Datuk Yusof menggeleng - gelengkan kepalanya.
"Fariesh.. Fariesh.. Hari minggu macam ni, kalau bilik tu runtuh sekali pun, dia takkan bangun selagi jam tak tunjuk angka 12 tengah hari. Tak pernahnya nak berubah walaupun dah ada isteri.."
Hampir tersedak Ainul mendengar ayat DatukYusof. Ingin sahaja meletuskan tawa sebaik sahaja mendengar apa yang diperkatakan mengenai suaminya itu.
Hahaha! Sama aje macam Ira. Kenapa tak kahwin aje dengan Ira?
Perasan dengan tindakan Datuk Yusof yang merenungnya, Ainul tersipu - sipu lantas menundukkan pandangannya.
"Funny, right?" Ainul mengangguk sebagai tanda mengiyakannya.
"Ainul tak perlu segan nak gelak ke, apa ke. Papa tak kisah pun Ainul nak buat apa. Papa tak suka something formal apatah lagi dalam villa ni. Biarlah villa ni penuh dengan gelak tawa. You know what, villa ni tak pernah bingit dengan suara tawa riang, gurau senda. Setiap masa, papa balik, villa ni macam tak ada apa - apa bagi papa. Apa yang papa harapkan, villa ni akan dipenuhi dengan cahaya kebahagiaan. Apatah lagi dengan kehadiran Ainul. Papa pasti, Ainul mampu bawa keceriaan pada villa ni.."
Membahang muka Ainul menahan malu setelah Datuk Yusof menghabiskan ayatnya. Agak tinggi harapan mertuanya itu. Sedangkan dia hanya insan yang biasa apatah lagi tidak memiliki apa - apa untuk keluarga itu. Hanya bergantung sepenuhnya kepada keluarga itu untuk menjaga dirinya, meneruskan hidupnya yang tidak memiliki siapa - siapa pun saudara mara yang masih hidup.
"Maaf... Ainul tak dapat nak janji,"
Mukanya ditundukkan sedikit daripada terus menjadi tatapan bola mata DatukYusof. Resah berbaur gelisah kerana bimbang, dia tidak dapat menunaikan permintaannya.
"Papa tak kisah pun kalau Ainul rasa Ainul tak mampu. Yang penting sekarang, villa ni dah ada orang baru. Tu pun papa dah kira bersyukur.."
"Terima kasih, papa"
Datuk Yusof menyuakan cawan yang dipegangnya ke bibirnya sebentar, meneguk isi cawan sebelum kembali bersuara.
"Lama betul jugak si Fariesh ni. Dah beristeri macam ni, patutnya kenalah bangun awal.."
Ainul senyap sahaja mendengar apa yang diperkatakan oleh bapa mertuanya itu. Namun begitu, tanpa diundang, degupan jantungnya kembali berdetak sebaik sahaja peristiwa semasa subuh pagi tadi menjengah mindanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ehh? Fariesh tak nak solat ke apa? Dari tadi tak berganjak pun aku tengok kat atas katil tu..
Ainul bermonolog sendiri sambil melipat kain telekungnya sementara masih sujud di atas hamparan kain sejadah. Dia merenung sebentar ke arah katil, melihat keadaan suaminya.
Amboi, amboi, amboi... Sedapnya tidur sorang - sorang. Tak ingat dunia langsung tidur. Ingat jam tu boleh tunggu dia tidur dulu ke semetara nak bangun? Subuh dah nak abis dah, takkan nak tangguh jugak?
Ainul kemudian meletakkan kain telekung bersama sejadah di rak yang di sediakan tidak jauh dari tempatnya berteleku tadi. Dia kemudian mengatur langkahnya menuju ke arah katil yang menjadi tempat dia dan Fariesh beradu sebentar tadi.
Tu dia mak aih.. Tidur macam baby pun ada. Nyenyak sungguh. Hmm... Siap kau lepas ni..
Ainul mengukir satu senyuman yang amat bermakna. Dia terfikirkan satu cara untuk mengejutkan suaminya itu dari tidur. Cara yang sama yang pernah digunakan ke atas Zafira tatkala menolak untuk mencelikkan mata dari tidurnya. Dia pasti suaminya itu akan melompat terus dari katil sepertimana yang pernah berlaku ke atas Zafira.
Ainul berlalu sebentar, menuju ke arah cermin solek lantas mencapai bedak miliknya yang berada di atas rak yang menyokong berdirinya cermin itu. Ditempekkan sedikit bedak itu ke mukanya. Rambutnya yang tersikat elok sengaja dialihkan ke hadapan bagi menutupi wajahnya. Dia kemudian memandang semula keadaannya di cermin.
Perfect! Hehehe.. Siap kau, Fariesh. Tadi kau marah kat aku kan? Tak apa.. Aku balas balik..
Puas dengan keadaan dirinya, Ainul melangkah perlahan - lahan, menghampiri Fariesh yang masih lagi dalam lenanya.
"Awak... Awak.."
Ainul merapatkan sedikit wajahnya ke wajah Fariesh. Sedetik kemudian, dia seakan- akan terpaku. Bukan kerana kekejangan atau apa - apa, tetapi, dia mula terpana dengan apa yang ditatapnya. Wajah mulus milik Fariesh ketika itu, apatah lagi semasa tidak bercermin mata menarik minatnya untuk terus menumpukan pandangannya. Seperti ada sesuatu yang menarik hatinya. Inilah kali pertama dia menatap sepuas - puasnya wajah lelaki yang dinikahinya itu. Dalam beberapa saat, jantungnya berdebar kencang. Seluruh tubuhnya dirasakan lemah. Mukanya berbahang. Manakan tidak, seumur dia hidup, inilah kali pertama dia merenung selama - lamanya wajah milik seorang lelaki selain daripada arwah ayahnya. Ya, memang benar. Sebelum ini, dia kurang bergaul dengan mana - mana lelaki kerana tahu akan batasnya, menjadikan dia tidak pernah serapat itu dengan mana - mana lelaki.
Chupp!
Ainul tersentak. Fariesh dilihatnya tersenyum.
Apa... Apa yang berlaku sebentar tadi?
"Amboi... Nak takutkan orang ek? Tak payah nak berangan. Saya tak pernahnya takut dengan benda - benda ni semua.."ujar Fariesh selamba.
"Hah?" Wanita itu masih terpinga.
"Padan muka. Lain kali, buatlah lagi. Tu kira nasib baik saya cium kat bibir aje. Kalau tak..."
Ainul masih lagi membatu.
"Kalau tak..." Fariesh sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Dia ingin melihat reaksi wanita itu sebentar lagi. Namun, apa yang berlaku, Ainul tetap seperti tadi. Seakan - akan kekejangan.
"Comelnya cara nak kejutkan orang ye? Kalah Ju-On..." usik Fariesh sambil disulami dengan gelaknya. Namun, Ainul tetap membatu, seperti tadi.
"Hey, takkan kena cium sikit pun dah jadi teruk macam ni?"
Cuitan Fariesh ke pipi mulus Ainul menyedarkan wanita itu dari lamunannya. Melihat wajah Fariesh yang terlalu dekat jaraknya dari wajahnya, Ainul pantas menjauhkan sedikit dirinya.
Fariesh tersenyum dengan reaksi Ainul lalu bangkit dan melangkah perlahan ke arah Ainul yang semakin mengundur ke belakang.
"Ohhoo... I see.. Mesti perempuan melayu terakhir macam awak ni, tak pernah kena sentuh dengan mana - mana lelaki, kan? Tengok gaya pun dah tahu.."
"Apa maksud awak?"
"Awak nak rasa tak?"
"Rasa apa?" Ainul semakin mundur. Manakala Fariesh pula semakin galak melangkah menghampiri dirinya.
"Belaian kasih seorang suami. Saya jamin, awak suka..."
"Fariesh, hentikan..."
Degupan nadinya semakin deras, seiring dengan dirinya yang didapati semakin menghampiri dinding bilik. Dilihatnya senyuman Fariesh meleret tatkala tubuhnya menyentuh dinding bilik. Dia kini tidak dapat melarikan diri!
"Awak cantik, Eisya. Wanita yang paling cantik yang pernah saya jumpa kat dunia ni.."
"Jangan... Jangan dekat!"
Fariesh tidak menghiraukan amaran Ainul, sebaliknya terus menerkam ke arah wanita itu dan menyentuh bahunya.
"Awak pekak ke bengong??"
Ainul menolak kuat kedua - dua tangan Fariesh yang berada di atas bahunya lantas berlari ke arah bilik air.
"See? Ada hati nak takutkan orang. Buat macam tu sikit pun dah takut. Hahahahaha!!" ujar Fariesh dengan suara yang agak lantang dengan harapan Ainul akan mendengarnya. Dia berhajat untuk kembali ke arah katil. Namun, selang beberapa saat kemudian, tawanya mati. Yang hadir kini, perasaan geram dan marah.
"What!? Pekak? Bengong??? Cakap ikut sedap mulut aje! Seumur hidup aku tak pernah ada orang panggil aku macam tu! Hey, sedar sikit kau cakap pekak bengong tu kat siapa?? Aku ni suami kau!" sambungnya lagi tatkala memikirkan kembali ayat Ainul tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Eeeeee! Tak guna kau!!!"
Ainul menggenggam erat gelas kosong yang ada di tangannya.
"Apa yang tak gunanya, Ainul?"
Sapaan Datuk Yusof membuatkan Ainul tersedar yang dia dari tadi sedang asyik berkhayal.
"Erkk.. Papa. Tak ada apa - apa. Hee..." balas Ainul sambil menunjukkan sengihan kerang busuknya. Malu dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Sempat lagi berkhayal depan bapak mertua. Ainul menggigit bibirnya sambil memandang ke arah cawan yang di pegangnya sebagai tanda segan.
"Papa, bibik mana?"
Suara Fariesh dari arah belakang begitu menyentak perasaan Ainul.
Huhh.. Dia dah datang... Alamak...
"What's wrong pagi - pagi macam ni nak cari bibik? Isteri kat depan mata tu haa.. Tak pasal - pasal Ainul merajuk nanti..."
"Saja aje nak mencari. Dah kita ni, tak ada orang nak peduli..."
"Siapa yang tak peduli siapa tu, Fariesh? Haish.. Kamu ni, kadang - kadang papa tak faham dengan perangai kamu ni..."
Datuk Yusof menyudahkan suapan bihun goreng ke mulut lantas mengelap bibirnya dengan napkin.
"Hari ni papa ada temujanji dengan Datuk Hassan, nak main golf sama - sama. Ainul dengan Fariesh buatlah apa yang patut ye. Ingat, kamu berdua tu dah sah jadi suami isteri. Fariesh, kurang - kurang pun ajak lah isteri kamu makan kat luar ke, jalan - jalan ke, apa ke. Papa tak kisah. Ainul, kalau Fariesh buli kamu, report kat papa ye. Jangan takut. Biar papa yang ajar dia. Dah, papa nak keluar ni" ujar Datuk Yusof lalu bangkit dari tempat untuk meninggalkan ruang makan.
"Hari ni papa ada temujanji dengan Datuk Hassan, nak main golf sama - sama. Ainul dengan Fariesh buatlah apa yang patut ye. Ingat, kamu berdua tu dah sah jadi suami isteri. Fariesh, kurang - kurang pun ajak lah isteri kamu makan kat luar ke, jalan - jalan ke, apa ke. Papa tak kisah. Ainul, kalau Fariesh buli kamu, report kat papa ye. Jangan takut. Biar papa yang ajar dia. Dah, papa nak keluar ni" ujar Datuk Yusof lalu bangkit dari tempat untuk meninggalkan ruang makan.
Ainul mengangguk lemah lantas tunduk perlahan - lahan, tidak mahu melihat wajah suaminya kerana terlalu segan. Fariesh mengerling tajam ke arah Ainul. Masih geram dengan apa yang berlaku subuh tadi.
Panggil aku pekak bengong? Dahlah turun sarapan tak tunggu aku. Apa punya isteri kau ni. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku angkat kau, rendam dalam bathtub. Asyik - asyik nak marah aje. Sikit - sikit nak marah, merajuk.. Marah.. Merajuk.. Aku benci perempuan macam tu!
Fariesh mengetap bibirnya sambil menarik kerusi. Sengaja dia memilih tempat duduk yang bertentangan dengan Ainul. Dia ingin melihat, sejauh mana isterinya itu bertahan duduk bersamanya.
"Amboi, tak elok buat macam tu kat suami Eisya. Lagipun, saya ni tak pernah makan orang. Tak payah nak sampai macam tu sekali. Kalau dah salah tu, memang la nampak salahnya..."
Ainul mendengus geram mendengar ayat Fariesh yang berbaur sindiran itu. Terasa seperti diramas - ramas hatinya tatkala ayat itu dilontarkan kepadanya.
"Orang cuma nak kejutkan dia aje. Dah dia macam susah aje nak bangun..." jawabnya dengan nada suara rendah. Masih lagi dilanda rasa malu berbaur rasa bersalah.
"Yang tu, saya tak kisah. Awak nak buat berkali - kali pun tak apa...."
"Pekak? Bengong? Pertama kali dalam sejarah orang panggil saya macam tu. Dah tu, isteri saya sendiri pulak tu. Sampainya hati kan?"
Ainul menggigit gigit hujung garfu di tangannya dengan pandangannya masih lagi menghala ke bawah. Tidak berani bertentangan mata dengan Fariesh.
"Dah awak buat macam tu dekat saya..." lirih saja suaranya membalas kata - kata Fariesh.
"Buat apa? Amboi, macam lah saya ni jahat sangat. Kalau pun saya nak buat, apa masalahnya? Dah kita ni suami isteri. Itu hak saya.."
Hak... Hak... Hak... Tak habis - habis dengan hak dia! Tu jelah yang dia tau. Hak aku dia tak ambil tau pulak!
Ainul mendengus dalam posisi kepala yang menunduk. Fariesh masih lagi merenung Ainul sambil berpeluk tubuh. Dia ingin wanita itu bertentangan mata dengannya. Bukan sekadar menunduk sahaja.
"Saya minta maaf kalau buat awak sakit hati.."
"Tu aje?"
"Abis tu?"
Kali ni, Ainul memberanikan diri mengangkat mukanya, memandang tepat ke arah Fariesh.
"Dah lah tu. Saya malas nak gaduh - gaduh pasal tu semua. Kita ni, dari semalam sampailah hari ni, asyik nak bertekak aje. Walhal, baru aje nikah. Apa kata lepas ni, kita berbaik? Kalau pun awak tak biasa dengan saya, saya tak kisah. Tapi, jangan anggap saya macam orang asing. Saya ni kan suami awak. Paling - paling pun, anggap ajelah saya ni kawan rapat awak..."
"Kawan rapat?"
"Boleh, kan? Mungkin sekarang ni awak belum kenal lagi siapa saya. Tapi lepas ni, saya jamin, kalau awak percaya pada saya, awak takkan menyesal dengan keputusan awak tu.."
"Betul ni?"
"Saya tak pernah melanggar apa yang saya janjikan,"
Dengan mata yang penuh sinar, Ainul mengangguk laju sambil tersenyum. Hilang semua apa yang mencengkam perasaannya sebentar tadi.
"Awak okey ke?"
"Err.. Ye?" Ainul kelihatan tersentak sedikit. Huh? Takkan aku berangan kot?
"Pagi tadi awak jatuh kan? Nampak macam teruk sangat.."
"Err.. Jatuh?"
"First, awak jatuh dari sofa. Lepas tu, awak jatuh masa nak bangun dari katil.."
Hahhh? Jatuh dari sofa?? Betul ke ni? Betul ke???? Kenapa aku boleh tak rasa apa - apa?? Mak aihh.. Malunya... Ainul seperti tidak keruan dengan kenyataan yang diberikan oleh Fariesh.
""Saya minta maaflah kalau awak tak suka saya tidur sebelah awak. Saya cuma tak sanggup tengok awak tidur kesejukan kat lantai tu. Jadi, saya angkatlah naik katil. Pasal saya tidur kat sebelah awak tu, awak tak payah fikir yang bukan - bukan. Saya tak apa - apakan awak. Awak jangan risau. Lagipun, kita dah jadi suami isteri yang sah. Apa pun salah awak, kekurangan awak, kelemahan awak, bagi saya, tu adalah rahsia kita berdua saja. Betul tak? Awak tak perlu nak malu dengan saya. Saya pun, bukan jenis yang suka memperbesar - besarkan hal - hal yang macam tu.."
"Thanks..."
"Betul awak okey ni?"
"Err... Betul. Saya tak apa - apa..."
"Tak perlu pergi klinik ke, hospital ke, nak cek?"
"Ehhh.. Tak, tak.. Tak apa, tak apa. Saya...err.. Saya.. Okey.." ujar Ainul dengan aksi gelabahnya. Huhu.. Patutlah badan aku rasa lenguh semacam je..
Ainul melemparkan senyumannya bagi menutup malu. Manakala Fariesh, lelaki itu tanpa sedar turut sama membalas senyuman Ainul. Mana kan tidak, senyuman wanita di hadapannya itu merupakan antara senyuman yang termanis yang pernah dia lihat selama ini.
No comments:
Post a Comment