About Me

My photo
Sekiranya ada pertanyaa atau komen, bolehlah add saya di akaun wechat : Ani_Mj, fb : Ngu Ani Mj, dan Twitter : Annie Ngu. Inshaa Allah, segala permasalahan anda akan saya cuba rungkai. ^____^ , Malaysia

Mesej Untuk Semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... SEMOGA ANDA SEMUA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...

Sunday, May 31, 2015

NOVEL 'Dia Bukan PLU!' adalah penambahbaikan dari 'Aku Pencintamu'

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Hari ini, suka saya nak kongsikan bersama anda semua berkenaan dengan novel 'Dia Bukan P.L.U!' di bawah terbitan syarikat penerbitan October (fb : October Love). Sebenarnya, novel ini merupakan tajuk baru bagi novel yang pernah saya post sebelum ini iaitu 'Aku Pencintamu'. Jalan cerita sebenarnya masih sama. Cuma untuk tajuk baru ini, saya ubah dan tambah semula kekurangan yang terdapat dalam novel sebelum ini atas kritikan dan nasihat para pembaca yang sudi berkongsi pandangan mereka berkenaan tulisan saya sebelum ini. Perbezaan antara judul baru dengan judul lama ini ialah hampir kepada 30%. Kepada pembaca yang setia dan sentiasa mengikuti perkembangan novel saya, suka saya maklumkan bahawa novel ini akan berada di pasaran selewat - lewatnya hujung tahun ini. Untuk maklumat terkini berkenaan dengan novel itu, akan saya update di blog ini dari masa ke semasa. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritikan mahupun pandangan/pengalaman yang ingin dikongsikan bersama saya, sila emelkan kepada saya ataupun boleh pm saya di fb : Ani Mj dan Insya Allah, saya akan cuba memberi respon secepat yang mungkin. Tapi paling cepat, biasanya emel lah. Sebab saya jarang ber FB.. Hehehe Oh ya, sebelum terlupa, buku penerbitan October biasanya boleh didapati di laman web www.october.my untuk mereka yang tercari - cari novel di bawah penerbitan syarikat ini. Sebabnya, October.my adalah sebuah syarikat penerbitan baru dan kebanyakan novel terbitannya susah untuk diperoleh di kedai - kedai buku melainkan di syarikat terbabit sendiri. Jadi, untuk kes ini, anda boleh dapatkan buku novel saya menerusi pembelian online. Itu yang paling mudah. Huhuhuhu Sekian sahaja untuk kali ini, dan saya akan update lagi berkenaan novel - novel saya yang lain di masa akan datang. Sebab sekarang ni, saya tengah proceed utk novel yang ketiga. Apa? Kedua? Novel kedua saya bertajuk 'Kerana Dia Lelaki Taruhan'. Yang ni bakal disubmit ke syarikat penerbitan yang sama. Yang ketiga? Masih lagi dalam proses mencari tajuk yang sesuai. Hehehe

No comments:

Penguin Doing Jump Ropes Backwards