About Me

My photo
Sekiranya ada pertanyaa atau komen, bolehlah add saya di akaun wechat : Ani_Mj, fb : Ngu Ani Mj, dan Twitter : Annie Ngu. Inshaa Allah, segala permasalahan anda akan saya cuba rungkai. ^____^ , Malaysia

Mesej Untuk Semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... SEMOGA ANDA SEMUA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...

Sunday, January 30, 2011

Apa Itu Melanau?

Melanau merupakan salah satu kaum atau etnik yang terdapat di negeri Sabah dan Sarawak. Saya merupakan salah seorang daripada kaum melanau Sarawak. Di Sarawak, melanau mempunyai pelbagai jenis loghat pertuturan mengikut kawasan/daerah. Antaranya ialah, melanau Matu, melanau Oya, melanau Dalat, melanau Mukah, melanau Bintulu, melanau Igan dan sebagainya. Bahasa pertuturan adalah hampir sama tetapi berbeza dari aspek loghat.

Melanau mempunyai persamaan dengan kaum Melayu dari aspek adat dan budaya. Misalnya, adat perkahwinan. Di Sarawak, melanau di bahagian Mukah beberapa dekad yang lalu adalah tiada agama tetap. Namun demikian, setelah berlakunya penyebaran agama yang semakin aktif di Sarawak, kebanyakan daripada kaum melanau adalah beragama Islam dan Kristian. Ada juga yang masih berpegang pada agama nenek moyang masing - masing tetapi kurang.

No comments:

Penguin Doing Jump Ropes Backwards