About Me

My photo
Sekiranya ada pertanyaa atau komen, bolehlah add saya di akaun wechat : Ani_Mj, fb : Ngu Ani Mj, dan Twitter : Annie Ngu. Inshaa Allah, segala permasalahan anda akan saya cuba rungkai. ^____^ , Malaysia

Mesej Untuk Semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... SEMOGA ANDA SEMUA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...

Wednesday, January 2, 2013

Aku Pencintamu (Prolog)


Prolog
....Fariesh Faridzam Bin Datuk Yusof, aku nikahkan dikau dengan Nur Ainul Fariesya Binti Ismail dengan mas kahwinnya RM150 tunai....
Aku, dah kahwin? Bermimpikah aku? Betul ke ni? Aku.. dah ada suami?
Ainul mengetap bibirnya. Cincin di jari manis kanan direnung dalam - dalam. Lelaki itu baru dikenalinya tidak sampai sebulan pun. Fariesh. Anak Datuk Yusof. Hanya itu yang dia tahu. Hanya kerana satu pertemuan yang tidak disangka, malahan menjadikan ianya satu peristiwa yang sangat pahit dalam sejarah hidupnya. Dalam masa yang sama, dia sangat bencikan lelaki itu. Benci sebenci bencinya!
Biarpun begitu, dia setuju untuk menerima lelaki itu sebagai suaminya. Bukan kerana kekayaannya. Bukan juga kerana darjat dan pangkatnya. Paras rupa, pun bukan. Untuk menikahi lelaki itu, bukan kerelaannya. Dia terpaksa. Ya, benar. Terpaksa untuk menerima lelaki tersebut.
Jadi, kenapa dia bersetuju kalau pun terpaksa? Sedangkan semua ciri tersebut bukan menjadi faktor penyebab kepada perkahwinan dia dan Fariesh. Perkahwinan bukanlah satu permainan yang boleh diputar belit. Perkahwinan adalah satu perkara yang serius. Itu adalah masa depannya. Jika sesuatu berlaku disebabkan kegagalan dalam perkahwinannya, dia akan rugi. Ya, betul. Dia hanya akan merugikan masa hadapannya, mensia -siakan perkahwinannya yang dianggap bukan atas kerelaannya. Tambahan pula, di usia awal 20, agak sukar untuk dia menerima tanggungjawab tersebut. Ainul meraba pipinya yang mulai lencun dengan airmata yang mengalir dari tubir mata.
Kau kenapa? Tak percaya dengan apa yang berlaku?
Ainul seperti terdengar satu suara berbisik di belakang telinganya. Dia cuba mencari siapa pemilik suara itu.
Kau tak bermimpi, Ainul. Dia memang pilihan kau untuk menjadi suami kau Kau dah tak ada pilihan lain. Kau tak berkahwin dengan dia, kau akan berdepan dengan pelbagai lagi masalah lain. Terimalah hakikat yang kau dah kahwin!
Siapa kau?? 
Takkan kau tak tahu? Aku suara hati kau. Fariesh tu dah sah jadi suami kau. Kau tak percaya jugak?
Aku..
Kau yang setuju untuk kahwin dengan dia. Takkan lafaz akad dah selesai baru kau nak menyesal dengan perkahwin antara kau dengan dia? Baru kau nak menyesal yang kau dah sah jadi isteri dia? Dah terlambat, Ainul. Tak payah nak membazir airmata kau semata - mata sebab kau menyesal. Terimalah kenyataan yang, Fariesh Faridzam Bin Datuk Yusof   tu adalah suami kau yang sah...
Kau diamlah!
Tok, tok, tok! Ketukan bergema di luar pintu bilik pengantin menjadikan Ainul tersentak. Degupan konsisten jantungnya berubah sama sekali, menjadikan detakan yang sangat laju. Dia pantas mengeringkan sekitar bawah mata dan pipinya kerana tidak mahu sesiapa mengetahui keadaannya yang sedang bersedih.
Dalam masa yang sama, dia terpandangkan satu potret wajah bersaiz A5 yang sangat mempesonakan di mata sesiapa sahaja yang memandang di sudut meja soleknya. Sungguh, dia langsung tidak terpikat dengan wajah yang berbingkai kemas itu. Padanya, semakin dipandang, semakin dia benci akan wajah itu! Pada masa itu, airmata kembali merembes keluar.

No comments:

Penguin Doing Jump Ropes Backwards