Siapa Aku Padamu? (13)
"Hello, Ira. Aku ni, Ainul"
"Ainul! Kau apa khabar, sihat? Aku rindu sangat - sangat kat kau, Ainul. Kau tahu, sehari ni aku tak lalu makan sebab terlalu fikirkan kau.."
Suara dalam talian begitu menyentuh perasaan Ainul. Suara milik satu - satunya kawan baik baginya. Antara sedar atau tidak, Ainul sempat mengalirkan airmata kerana rindu. Selepas ini, dia pasti tidak akan dapat bersama - sama dengan kawan baiknya itu kerana dia kini sudah bersuami. Kalau pun boleh, hanya selepas dia meminta keizinan daripada Fariesh.
"Aku pun rindu kat kau jugak. Kau jangan selalu macam tu. Aku ni dah kahwin. Bukannya kena culik ke apa. Tak payah nak risau tentang aku. Nanti, lama- lama, kau pun akan jadi macam aku jugak.."
"Yelah tu. Aku mungkin boleh kahwin. Tapi, kalau nak cari anak Datuk macam yang kau dapat, tak mungkin lah kot.."
"Ira, jahatlah kau!"
"Hehe... Aku gurau aje lah. Kau ni pun. Takkan baru sehari ni, kau dah sensitif sangat - sangat. So, macam mana? Apa cerita pengantin baru kita nih?"
"Cam tu jelah. Tak ada beza pun. Aku cam ni jelah, Ira"
"Aii.. Camtu aje? Kata pengantin baru. Takkan lah kot? Fariesh buat jahat kat kau ek? Kau kena buli ke, dengan dia? Cuba bagitahu aku.."
"Hish... Kau ni ada- ada jelah. Kitorang okey aje. Fariesh layan aku dengan baik. Cuma aku aje yang garang sikit kot, dengan dia,"
Kedengaran suara lunak yang didengarnya di talian tergelak seketika. Ainul tersenyum. Dengan satu - satunya kawan baiknya, Ainul sememangnya sentiasa jujur, malahan tidak reti untuk menyimpan apa yang tersirat di benaknya. Dia juga akan segera mengakui kesilapannya tanpa perlu berselindung apa - apa kerana terbiasa dengan Zafira.
"Aku dah agak. Kau memang macam tu, sebelum kahwin ,selepas kahwin, sama aje. Kesian tau, Fariesh. Kau ni, Ainul.."
"Aku cubalah, lepas ni, nak kurangkan sikit garang tu.."
"Tapi kan, aku dengar, orang garang - garang ni yang lelaki cari untuk jadi bini kau tau.."
"Hah? Kenapa?"
"Garang - garanglah best.."
"Best yang macam mana?"
"Adelah.. Hehe..,"
"Kau ni Ira, jahat tau! Tak elok cakap macam tu.. Eeee..."
Sambil leka dengan tawanya, Ainul memandang ke belakang kerana merasakan seperti ada seseorang di belakangnya. Kelihatan Fariesh sedang asyik merenungnya entah sejak bilakah. Kelakuan aneh Fariesh itu membuatkan Ainul meredakan gelaknya dan kemudian mengalihkan pandangangnya sebentar ke gagang telefon.
"Ira, aku kena stop sampai sini dulu ek. Ada hal. Nanti aku call kau balik, boleh? Assalamualaikum.."
Talian terus dimatikan dan kemudiannya Ainul berpaling ke arah Fariesh sebentar tadi. Namun, dilihatnya kelibat lelaki itu telah pun lesap dari tempat tadi. Ainul melepaskan keluhannya untuk seketika.
Mana pulak dia pergi ni? Tadi ada aje dok tercegat dekat situ. Hmmm...
Ainul bangkit dari tempat duduknya, berhajat untuk mencari di mana Fariesh menghilangkan diri.
Puas meneliti di seluruh ruang dalam rumah, pandangan mata Ainul melilau pula ke arah cermin tingkap berkaca untuk melihat keadaan luar rumah. Rupa - rupanya lelaki itu sedang asyik merenung kolam mini yang terletak hanya semeter dua dari pintu keluar rumah. Ainul mengenakan selendang yang dililitkan di lehernya lalu dijadikan penutup kepala. Dia seterusnya mengatur langkah mendekati suaminya itu.
Fariesh yang sememangnya menyedari kehadiran Ainul tidak pula berpaling ke arah isterinya itu, sebaliknya terus melemparkan pandangan ke arah kolam, sambil menyaksikan gelagat beberapa ekora ikan carp berenang - renang sambil berebut - rebut roti yang dilemparnya ke arah kolam.
"Awak..."
Ainul cuba mendapatkan perhatian Fariesh dengan nada suara yang lembut.
"Iye..."
"Awak okey ke, awak? Kenapa nampak semacam aje?"
Fariesh memandang tepat ke anak mata milik wanita yang bertentangan dengannya. Wanita itu sungguh menyejukkan hatinya tatkala dipandang biarpun tidak mengenakan apa - apa di wajahnya. Ainul tersenyum kepadanya, cuba untuk memujuk lelaki itu mendapatkan jawapan kepada kelakuan peliknya hari itu. Fariesh turut sama tersenyum. Cuba menyembunyikan apa yang bergelora di benaknya. Satu pesanan ringkas sms diterimanya beberapa minit sebentra tadi telah berjaya mengusik ketenangan jiwanya menjadikan moodnya hilang begitu sahaja.
"Awak ada masalah ek?"
Ainul tetap berusaha untuk mengorek isi hati Fariesh. Fariesh menggeleng - gelengkan kepalanya perlahan - lahan sebagai tanda menidakkan kenyataan Ainul. Dia sebolah - bolehnya ingin merahsiakan perkara itu daripada Ainul kerana dia tahu, wanita itu tidak boleh mengetahui apa yang dihadapinya. Perkara itu merupakan satu - satunya hal yang perlu disembunyikan dari pengetahuan isterinya, Ainul.
"Habis tu, kenapa ni? Janganlah buat saya rasa serba salah, wak..."
" Eisya..."
Renungan lembut isterinya dibalas.
"Iye, awak?"
"Jom, kita bercuti. Kita belum honeymoon lagi kan? Teringin pulak nak bercuti. Nak?"
"Bercuti kat mana?"
Fariesh terdiam sejenak. Memikirkan di mana tempat yang sesuai yang perlu dia tuju untuk menenangkan fikiran. Fikirannya yang agak buntu menyukarkan lagi dirinya untuk membuat pilihan.
"Hmm.. Tak tahu ek? Nak saya cadangkan?"
Tersenyum Fariesh mendengar kata - kata Ainul. Jika dibilang, sudah masuk hari kedua perkahwinan dia dengan wanita itu. Jika semalam mereka tidak ubah bagaikan anjing dengan kucing, hari ini, dilihatnya ada sedikit perubahan yang berlaku kepada wanita itu. Yakni, tidak lagi berkasar dengannya.
"Ikutlah. Awak nak pergi mana?"
"Sarawak!!!" Laju saja Ainul menjawab pertanyaan Fariesh. Manakan tidak, tempat itu merupakan salah satu tempat yang ingin ditujunya setelah pernah bercuti di Sabah bersama arwah ayahnya setelah dia selesai menghadapi peperiksaan SPM.
"Wahhh.. Kita dah sampai ke ayah? Cantiknya...."
"Best tak?"
"Best, ayah! Tapi, sayangnya kita tak dapat bercuti lama.."
"Ayah tak dapat nak mintak cuti panjang sangat. Nanti tak ada siapa yang nak hantar dan jemput Datuk Yusof pergi ofis.."
"Hmm... Tak apalah. Janji dapat pergi. Lepas ni, Eisya nak pergi Sarawak pulak.. Mesti best macam kat sini..."
Perbualan antara dirinya dengan arwah ayahnya menyusul secara tiba - tiba sesudah dia memberi cadangan untuk bercuti di Sarawak. Banyak kenangan manis yang tercipta bersama dengan satu - satunya insan yang mempunyai pertalian darah dengannya. Dulu, ayahnya merupakan sebatang kara yang hidup di rumah kebajikan dan bertemu dengan arwah ibunya, seorang muallaf yang berasal dari selatan Thai yang berhijrah ke negara ini. Namun, perkahwinan mereka tidak kekal lama setelah lahirnya Ainul. Arwah ibunya menghadapi kesukaran untuk melahirkan Ainul pada tika itu.
Ajal maut di tangan Tuhan. Atas kehendakNya, arwah ibu Ainul menghembuskan nafas terakhir tatkala beberapa jam bertarung nyawa dan berjaya melahirkan Ainul sebelum sempat menatap wajah puterinya. Semenjak dari itu, Ainul tidak pernah sekalipun menatap wajah ibunya yang sebenar. Hanya mampu melihatnya pada sekeping photo usang milik arwah ayahnya. Gambar perkahwinan mereka. Ainul pernah menyalahkan dirinya kerana menjadi penyebab kepada kematian ibunya. Namun, arwah ayahnya senantiasa memujuk dirinya dan mengatakan semua itu adalah ujian dari Tuhan, serta percaya ada hikmah di sebalik pemergian ibunya itu. Arwah tidak putus - putus memberikan kata semangat dan dorongan kepadanya supaya dia sentiasa tabah dan berfikiran positif. Kini, pemergian ayahnya membuatkan Ainul kehilangan satu - satunya pembakar semangat baginya. Dia kini tidak lagi mempunyai saudara mara melainkan suaminya serta keluarga mertuanya. Malahan, impian percutian ke Sarawak bersama arwah tidak dapat dicapai.
"Hey..."
Tersentak Ainul. Baru perasan bahawa dia sebenarnya berkhayal seketika. Fariesh di sebelahnya menunjukkan kerutan yang terbentuk di dahi kerana kehairanan dengan sikap wanita itu yang suka mengelamun.
"Awak fikirkan siapa tu?"
"Eh, tak. Saya... Minta maaf, awak cakap apa tadi?"
Fariesh menggeleng - gelengkan kepalanya mendengar jawapan yang diberikan. Sah, wanita itu tengah berkhayal sebentar tadi.
"Ada apa - apa ke? Ke, tak jadi nak pilih Sarawak? Hmm... Banyak lagi tempat lain nak pergi. Phuket ket, Bali ke, Jepun ke..."
Tersenyum hambar wanita itu.
"Dulu, saya dan arwah pernah merancang nak pergi Sarawak. Tapi, tak kesampaian.."
"Owh... Jadi, nak tak pergi Sarawak?"
Giliran Ainul pula yang mendiamkan diri. Tidak pasti sama ada dia masih lagi mempunyai keinginan untuk bercuti ke bumi kenyalang itu setelah apa yang menimpa dirinya.
"Okay, kita pergi Sarawak. Muktamad..."
Ainul masih juga mendiamkan diri.
"Saya tahu perasaan awak. Awak mesti rindukan ayah awak sangat - sangat kan? Anggaplah percutian ni adalah untuk menunaikan hasrat dan impian ayah awak sebelum ni. Kali ini, biar saya pulak yang teman awak bercuti. Lagipun, saya kan bukan orang lain, husband awak jugak. Tak salah kan?"
Wanita itu tersenyum. Namun, tampak begitu hambar di mata Fariesh.
"Saya anggap ayah awak macam ayah saya sendiri. Kadang - kadang, bila saya fikir balik, rupa - rupanya saya tak sedar yang sayang saya terhadap ayah awak lebih daripada papa saya.. "
"Kenapa awak cakap macam tu? Kalau papa tahu, bukan ke papa kecik hati nanti?"
"Kalau awak nak tahu, ayah awak banyak terhutang budi dengan saya. Bukan budi, tapi lebih kepada nyawa sebenarnya. Dah dua kali ayah awak selamatkan diri saya daripada maut..."
"Dua kali? Maksud awak?"
Berkerut kening Ainul mendengar kenyataan yang dikeluarkan dari bibir Fariesh. Hatinya berdetak. Mengapa dua kali? Bukankah hanya sekali sahaja ayahnya menyelamatkan dirinya sehingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri?
"Ayah awak pernah selamatkan saya sekali masa saya kecik dulu. Sekali lagi masa kemalangan tu..."
"Saya kurang faham maksud awak. Selamatkan awak masa kecik? Apa yang berlaku?"
Sebuah keluhan dilepaskan sepenuh hati. Fariesh cuba menenangkan perasaan sebaknya yang entah mengapa boleh bertandang tatkala peristiwa hitam itu menjengah mindanya.
"Panjang ceritanya. Saya kalau boleh tak nak ingat lagi dah pasal tu. Apa yang boleh saya katakan, masa tu, saya hampir separuh nyawa diseksa seorang manusia yang tak mengenal siapa saya pada dia. Masa tu, tak ada sesiapa yang datang selamatkan saya. Mujurlah ayah awak datang untuk selamatkan saya.."
"Papa?"
"Saya tak tahu di mana papa masa tu. Yang pasti, awak tak tahu, perasaan saya masa tu sampai sekarang, macam kosong aje. Saya rasa macam tak ada sesiapa yang pedulikan saya. Ada famili pun, macam, tak ada. Sedihnya, saya hanya menumpang kasih sayang seorang drebar keluarga saya, yang memang tak ada apa - apa pertalian keluarga dengan saya. Arwah jugaklah yang mengajar saya supaya tak bencikan famili saya.."
Ainul turut terasa sebaknya setelah mendengar cerita lelaki itu. Baru dia sedar, betapa besar pengorbanan yang ayah dia telah lakukan terhadap keluarga tersebut.
"Awak..."
"Iye..."
"Maafkan saya, awak..."
Fariesh melemparkan senyuman. Sejuk hatinya melihat reaksi Ainul. Biarpun wanita itu tampak seperti wanita biasa, namun padanya, dia begitu pandai mengambil hatinya membuatkan dia berasa begitu senang setiap detik bersama wanita itu.
"Nak tanya sikit, boleh?"
"Tanyalah..."
"Mak awak.... mana?"
Pertanyaan Ainul bagaikan halilintar yang mampu membelah bumi. Biarpun dia dapat mengagak soalan cepumas itu bakal diajukan kepadanya, namun dia belum bersedia untuk jawapannya.
"Jangan tanya pasal dia. Saya tak suka..."
Itu jawapan yang diberikan. Mendengar akan itu, ditambah pula dengan reaksi yang diberikan oleh Fariesh, Ainul tahu, soalan itu sesuatu memerlukan satu jawapan yang agak pahit untuknya. Biarpun tidak tahu kisah yang sebenarnya, Ainul tidak pula sanggup meneruskan niatnya untuk bertanya.
"Sorry, awak..."
"It's okay. Lain kali jangan tanya soalan tu lagi, boleh?"
"Okay.."
Senyuman Fariesh berbunga kembali. Lantas, dia bangkit dan kemudian tangan Ainul diraih.
"Jom!"
"Hah? Nak pergi mana?" Ainul agak terpinga - pinga dengan aksi pantas Fariesh.
"Kita keluar kejap. Beli tiket. Esok kita berangkat terus..."
"Esok??? Cepatnya??"
Fariesh tidak lagi meneruskan kata - katanya, sebaliknya terus menarik tangan Ainul memasuki rumah kembali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Cakk!!!"
Kelibat Ainul yang tiba - tiba muncul di balik pintu bilik menyentak Fariesh. Dia yang sedang asyik termenung dari tadi masih tidak perasan akan kehadiran isterinya itu. Ainul tampak cantik dengan blouse krim berbunga pink dengan seluar jeans tanpa mengenakan sebarang tudung di kepala. Rambut paras bahu itu dibiarkan begitu sahaja tanpa diikat agak menarik perhatian Fariesh untuk merenung wanita itu buat seketika.
"Haaa... Termenung.. Kenapa ni, awak? Daripada semalam lagi awak macam ni. Kita dah sampai dah kat Kuching. Awak janji semalam tak nak buat muka masam macam ni. Kata nak honeymoon.." sapa Ainul lembut sambil melabuhkan punggung di sebelah Fariesh yang dari tadi duduk berteleku di atas katil bilik tersebut. Mereka berdua sengaja menempah bilik yang dikhaskan untuk keluarga disebabkan kedua - duanya masih lagi tidur berasingan.
"Entahlah, Eisya. Fikiran saya bercelaru. Eisya lapar ke?"
Mendengar soalan tersebut, Ainul mengangguk perlahan. Fariesh tersenyum dengan reaksi yang diberikan. Comel... Getus hati kecilnya.
"Jom makan.."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hello?"
"It's me, Fariesh.."
"You, Tasya? So, you pun dah tahulah contact number I? Apa yang you nak daripada I?"
"I nak you bertanggungjawab dengan apa yang you buat dengan I, Fariesh! I don't care kalau pun you dah kahwin. Rizwan bagitahu I yang you tak nak mengaku dengan apa yang you dah buat kat I. Sampai hati, you!"
"What? Sampai hati? Hey perempuan, macam mana I nak tidur dengan you kalau perasaaan suka sikit pun tak ada. Berhentilah menuding jari tu pada I. I tahu memang I tak buat sebab I lebih kenal siapa diri I. So, jangan ganggu hidup I lagi sebab I dah tak nak ada apa - apa lagi dengan you dan Rizwan. You dengan Rizwan sama aje,"
"Tak guna you Fariesh! I akan pastikan hidup you takkan aman, Fariesh! Sampai hati you buat I macam ni?! You hamilkan I, lepas tu, you tak nak bertanggungjawab? How dare you?!!''
"Jangan cuba nak perdayakan I dengan helah you, Tasya! I bukan bodoh. Kalau betul you pregnant, I berani sumpah yang kandungan tu, bukan I yang punya. I kenal siapa you. You dengan senang hatinya boleh tidur sebebas - bebasnya dengan mana - mana lelaki. Benih yang ada dalam perut you mesti anak mana - mana lelaki yang you pernah tidur bersama..."
"Fariesh!!!"
"Why? Rasa terpukul dengan kata - kata I sebab apa yang I katakan tu betul? Memang pun padan dengan muka you sebab tu silap you. Bukan I. You buat dengan jantan mana entah, lepas tu benih tu menjadi, then senang - senang aje you nak tuduh I yang buat? Memang bijak you kan? Lepas Rizwan tipu perasaan I dan pergi enjoy dengan perempuan lain, now it's your turn pulak nak kenakan I. I takkan tertipu dengan helah you untuk kali yang kedua, Tasya. No way! You dengan sepupu you tu sama je.. "
"You jangan nak kurang ajar dengan I, jantan! You mungkin tak nak mengaku sebab you lelaki. Mana - mana lelaki pun takkan mengaku kalau berada di tempat you sebab you all tak mengandung macam I. Paling penting, you pernah tiduri I masa you mabuk kat Melbourne!"
"Kalau betul apa yang you katakan tu, okay, fine! Prove it! Ingat I akan takut?"
"Jangan cakap besar. You jangan terkejut kalau nanti you akan terima bukti - bukti tu, dan masa tu, you takkan dapat nak lari dari kebenaran tu!"
"Stop dengan karut marut you tu sebab I tahu, I di pihak yang betul. And, you tidak ingat sesuatu pasal I. Atau mungkin, Rizwan lupa nak bagitahu you siapa I sebenarnya. I only loves boy. Bukan perempuan. Tambah - tambah lagi you! You know what, sampai mati pun I takkan pernah suka dengan you kalau pun I ditakdirkan suka dengan perempuan!"
"Tipu! Kalau tak, you takkan kahwin dengan perempuan tu. Ingat I tak tahu dengan siapa you berkahwin? I ada spy, Fariesh. You jangan ingat you boleh tipu I,"
"So what? I kahwin ke, tak ke bukannya ada kena mengena dengan you. Lagipun, I kahwin bersebab. I tetap Fariesh yang dulu walaupun setelah kahwin dengan perempuan,"
" Really? Jadi betullah jangkaan I selama ni. I tak sangka yang I ni lebih bijak.."
"What do you mean?"
You know Fariesh. I boleh buat hidup you berubah dengan sekelip mata. I akan sebarkan pada semua orang yang perkahwinan you adalah palsu sebab you nak cover siapa diri you yang sebenar daripada father you, daripada semua rakyat Malaysia yang kenal you. Sebab tu you kahwin dengan perempuan tu walaupun kenyataannya you tak suka perempuan. And, kalau ayah you tahu yang you gay, I jamin, father you akan lakukan sesuatu sebab dia tahu benda tu akan cemarkan nama baik dia sebagai Datuk."
"Jangan nak merepeklah, Tasya!"
"See? You dah macam takut dah dengan ancaman I. Bijak kan, I? Then, kalau you tak nak orang tahu siapa you yang sebenarnya, but you tak nak bertanggungjawab atas kandungan ni, I akan pastikan your wife and your father tahu siapa you yang sebenarnya.. Hahahaha! I dapat bayangkan betapa kucar kacirnya hidup family you selepas tu"
"Fariesh??"
Lambaian tangan Ainul yang tidak jauh daripada wajahnya membawa Fariesh kembali ke dunia nyata setelah mengelamun sebentar.
"Kenapa ni? Semenjak akhir - akhir ni, awak asyik khayal je. Macam ada sesuatu aje. Awak ada masalah ke? Cuba cerita dengan saya..."
Ainul meneruskan suapan ke mulut sesudah melihat Fariesh tersengih kepadanya. Sengihan yang tampak pelik semacam pada pandangan matanya.
'Mana ada. Awak ni. Saya leka tengok budak pimpin adik dia. Nampak comel aje,"
Itulah alasan yang diberikan tatkala terpandangkan sepasang adik beradik yang sedang berjalan menghampiri kaunter bayaran sambil diekori ibu dan bapanya dari belakang. Ainul turut memandang ke arah yang sama sejenak sebelum mengalihkan semula pandangannya pada Fariesh. Sikap lelaki itu agak pelik pada pandangannya sejak dari semalam lagi. Apa yang dia sedang fikirkan?
Fariesh meletakkan sudu dan garfu dari pegangannya ke piring yang masih lagi ada makanan yang bersisa. Dia tampak tidak begitu berselera hendak makan.
"Kenyang?" Tanya Ainul ringkas. Fariesh mengangguk. Ainul turut melakukan perkara yang sama.
"Dah?"
Ainul mengulangi apa yang dilakukan oleh Fariesh sebentar tadi. Mengangguk sebagai tanda mengiyakan kenyataan ringkas Fariesh.
"Jom balik," Ajak Fariesh.
Sesudah membayar, kedua - dua mereka berjalan mengiring keluar dari restoran tersebut. Biarpun sah bergelar suami isteri, namun kedua - duanya tampak janggal sekali untuk berjalan berdua - duaan. Sekali sekala Ainul memalingkan mukanya ke arah Fariesh tatkala lelaki itu masih mendiamkan diri. Fariesh dilihatnya hanya memandang kosong ke hadapan. Malahan, sedikit pun tidak perasan akan kelakuannya.
"Lepas ni, kita nak buat apa ek?" Ainul mengajukan pertanyaannya.
"Hmm... Jalan - jalan jelah kot. Merayau - rayau kat mana - mana. Lagipun, kalau stay kat hotel lama - lama, tak ada gunanya pulak sebab kita datang jauh- jauh nak bercuti.."
"Okay..." ujar Ainul sambil tersenyum. Fariesh yang terpandangkan senyuman wanita itu, terpaku sebentar. Merenung dalam - dalam wajah Ainul yang indah pada pandangannya. Amat mententeramkan perasaan. Entah mengapa, wanita itu begitu indah di matanya. Tidak pernah dia cuba untuk merenung mana - mana wanita sepertimana yang dia lakukan pada Ainul. Malahan, semakin lama semakin dia tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada menatap wajah ayu milik Ainul.
"Alamak! Hujan!!!"
Jeritan manja Ainul menyentak Fariesh. Wanita itu terus menarik pergelangan Fariesh sambil berlari - lari anak mencari tempat untuk berteduh tatkala merasakan titisan air yang agak lebat jatuh dari langit cuba membasahi bumi dan diri mereka.
Gerimis yang turun kian menjadi. Kedua - duanya terus berlari untuk mencari tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat berteduh untuk seketika.
"Kat sana," Fariesh mula bersuara tatkala bebola matanya terpandangkan deretan kedai serbaneka yang terletak tidak jauh dari situ. Ainul tidak menyahut kata - kata Fariesh sebaliknya terus menarik lelaki itu ke arah yang dimaksudkan.
"Alamak, basahlah kita. Tak sangka pulak boleh hujan masa panas terik macam ni, kan?" seloroh Ainul. Namun, Fariesh tidak pula bersuara. Dia memandang ke arah lelaki itu. Kelihatan Fariesh sedang tekun merenungnya dengan penuh mendalam.
"Kenapa?" Tanya Ainul. Sekali lagi lelaki itu berkelakuan pelik.
Dilihatnya anak mata lelaki itu mula beralih ke arah tangan mereka berdua yang masih lagi bertaut.
"Oppss... Maaf,"
Ainul pantas melepaskan pegangannya. Tatkala itu wajahnya merah padam kerana malu dengan tindakannya sendiri. Dia kemudian menunduk kerana tidak mampu bertentangan mata dengan pandangan Fariesh yang masih lagi memanah wajahnya. Fariesh pula seakan - akan tersentak dari lamunan, juga tersipu - sipu dengan apa yang berlaku, lantas bertindak menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal.
"Err... Kita... Kita kena tunggu sini sampai hujan reda lah nampaknya. Lebat sangat ni. Nak redah pun, payah. Kan.." ujar Fariesh pula, cuba untuk menenangkan keadaan biarpun hatinya sendiri juga tidak keruan ketika itu.
What's wrong with me? Aku ni normal ke tak normal ni? Ke, sakit? Atau... Hish.. Rasa macam kena pukau pun ada. Oh my.. Aku dah gila ke?? Takkan aku boleh jatuh hati dengan dia ni? Takkan???? Come on, Fariesh! Taste kau bukan kat perempuan okay!
Manakala Ainul pula berpura - pura membetulkan selendang yang menutupi kepalanya.
Aku pegang tangan dia? Aku?? Kenapa aku boleh buat macam tu? Kenapa??? Malunya, ya Allah. Apa yang aku nak buat sekarang? Fariesh mesti fikir yang bukan - bukan pasal aku..
Pandangan mata kedua - duanya dibiarkan berlegar ke luar bangunan yang menjadi tempat berlindung buat sementara. Biarpun cahaya matahari yang terik masih memancar terang, namun kehadiran titisan hujan semakin ligat turun ke lantai bumi. Ainul akhirnya melabuhkan punggung sebelum Fariesh menyusul sama. Pasangan tersebut diam membisu seribu bahasa. Masih lagi dihantui dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
Seluruh tubuh Ainul sudah pun menggigil kerana kesejukan. Namun, dia tidak pula bersuara. Fariesh pula masih kelihatan seperti biasa. Agaknya sudah lali dengan kesejukan yang dialami. Manakan tidak, di Melbourne, sejuk yang melanda lebih teruk daripada apa yang dirasakannya sekarang.
Fariesh memandang isterinya yang sejak dari tadi tidak berkata apa - apa. Tubuh Ainul dilihatnya terketar - ketar kerana sejuk. Dalam keadaan teragak - agak, Fariesh menarik lembut dagu wanita itu yang kelihatan menunduk. Bibir Ainul juga tampak pucat membiru.
"Sejuk sangat ke?" Tanya Fariesh. Dalam senyum yang dibuat - buat, Ainul mengangguk lemah.
Faham dengan isyarat yang diberikan, Fariesh memeluk bahu wanita itu dan menarik tubuh Ainul rapat ke tubuhnya. Membulat mata Ainul dengan tindakan Fariesh yang tidak dijangka itu.
"Jangan risau. Saya tak buat lebih dari ni. Cuma nak bagi awak panas sikit. Saya tak nak awak jatuh sakit. Lagipun, kita kan, suami isteri? Tak salah kan, kalau saya sentuh awak sikit camni?"
Mendengar kenyataan yang dikeluarkan, Ainul menarik nafas lega. Dia akhirnya merelakan lelaki itu memeluk dirinya. Dalam masa yang sama, jantungnya dirasakan berdetak hebat kerana itulah kali pertama dia berada dalam pelukan seorang lelaki. Semakin kuat genggaman Fariesh pada bahunya, tubuhnya terasa semakin lemah. Ainul jadi malu sendiri, tanpa bersuara. Dia tidak perasan, Fariesh juga turut berperasaan sama. Terasa nadinya berdenyut laju apabila tubuh Ainul berada dalam dakapannya.
Antara sedar mahupun tidak, Ainul akhirnya terlena dalam dakapan suaminya sambil kepalanya terlentok di bahu kanan Fariesh.
Jatuh Cintakah Aku? (14)
"Eisya, bangun..."
Suara lembut Fariesh berbisik di balik corong telinganya menyedarkan Ainul. Dia memerhatikan sekeliling. Hujan sudah pun berhenti. Dia memandang pula ke arah Fariesh. Lelaki itu melemparkan senyuman kepadanya.
"Amboi, lenanya tidur. Tu, air liur basi meleleh kat dagu tu.." usik Fariesh. Ainul menunduk malu sebelum menumbuk manja bahu Fariesh.
"Mana ada air liur basi. Awak ni.."
Tergelak lelaki itu dengan reaksi Ainul. Wanita itu tampaknya mula membiasakan diri dengannya.
"Sejuk lagi tak?"
Ainul menggeleng - gelengkan kepalanya.
"Tak lagi dah.."
"Nasib baik..." ujar Fariesh lagi.
"Awak..." Ainul membiarkan pandangan mereka bertentangan.
"Hmm?"
"Thanks sebab tak biarkan saya sejuk..."
Senyuman Fariesh makin meleret.
"Tak apa. Saya dah biasa sejuk kat Melbourne.."
Senyuman Fariesh turut sama di balas sebelum kembali menunduk. Fariesh akhirnya meleraikan pelukan tangannya dari bahu Ainul dan membiarkan wanita itu untuk duduk seperti biasa.
"Eisya,saya nak minta something boleh?"
"Apa dia?"
Ainul membetul - betulkan baju dan selendangnya tanpa memandang Fariesh sebentar.
"Boleh tak kalau awak panggil saya abang?"
Tangan Ainul yang menarik - narik untuk memastikan bajunya kemas terhenti. Dia mengalihkan pandangannya pada suaminya.
"Abang?"
"Yup. Tak salah kan, kalau panggil abang? Lagipun, ber'awak' dan ber'saya' tu agak tak sedap bunyinya. Bolehkan, Eisya?"
Ainul tersenyum malu sebelum mengangguk.
"Okey..."
Fariesh mengerutkan keningnya sedikit sebagai isyarat bahawa wanita itu tertinggal sesuatu.
"...Abang.." sambung Ainul pula.
"So, lepas ni, jangan lagi awak saya dengan abang, okay?"
Fariesh bangun sambil menggeliat kerana seluruh badannya dirasakan agak lenguh. Ainul juga melakukan perkara yang sama.
"Memandangkan kita berdua masih dalam keadaan basah kuyup, dan abang pula masih lagi nak berjalan - jalan..."
"Kita balik hotel dululah, salin baju. Lepas tu, baru kita keluar balik.."
"Tak payah. Kita masuk aje kat mana - mana tempat yang ada jual baju, kita shopping, lepas tu tukar kat kedai terus. Nak?"
"Tapi, kat mana?"
"Takkan tak tahu? Ni, kat belakang kita ni kan ada?"
"Okey.. Ikut je.."
Fariesh mencapai tangan Ainul tanpa kata membuatkan sekali lagi detakan nadi wanita bergelora hebat.
"Ye, encik? Ada apa yang boleh saya bantu?" Sapa seorang wanita yang berkerudung ala - ala Hana Tajima itu dengan ramah tatkala pasangan suami isteri itu melangkahkan kaki memasuki kedainya.
"Boleh tak awak tolong pilihkan baju untuk isteri saya? Saya boleh pilih baju saya sendiri tapi masalahnya saya kurang pakar sikit bab - bab pilih baju isteri saya," jawab Fariesh dengan panjang lebar.
"Baiklah, encik. Silakan, puan.." kata pembantu kedai itu lagi. Ainul hanya menurut kata gadis yang hampir sebaya dengannya itu lantas mengekorinya dari belakang.
Mata Ainul meliar - liar memerhatikan deretan baju - baju wanita yang dilihatnya tergantung kemas. Blouse, T-shirt, peplum, jeans, rompers, blouse, gown malahan baju kurung fesyen terkini juga ada. Dia sungguh tidak menyangka kedai tersebut memiliki koleksi pakaian yang agak banyak. Jika diperhatikan dari luar, kedai tersebut agak kecil, namun dia tidak menyangka kedai tersebut memiliki ruang yang agak besar setelah memasuki kedai tersebut.
"Puan nak yang mana?"
"Err.. Saya...." Dia tidak menghabiskan ayatnya kerana tidak tahu apa yang diinginkannya. Dia memerhatikan sekelilingnya untuk mencari kelibat Fariesh. Namun, lelaki itu sudah pun menghilangkan diri. Kemana dia pergi?
"Apa kata puan cuba blouse ni, memandangkan puan pun gemar blouse.."
"Macam mana awak tahu?"
"Saya teka aje sebab saya tengok puan pun pakai blouse..."
"Owh... Err.. Cik, cik ada nampak tak mana suami saya pergi. Saya tak nampak pun dia dari tadi.."
"Mungkin dia ke sana sekejap agaknya, kat bahagian pakaian lelaki. Puan dengan suami dah berapa lama kahwin?"
"Tak sampai seminggu pun lagi.."
"Owh. Patut pun. Nampak lagi seri pengantin kat muka," seloroh gadis tersebut.
"Eh, tak adalah..."
"Bertuah puan dapat suami macam tu. Penyayang, romantik.."
Hai.. Perempuan ni. Banyak cakap pulak. Dah tu suka hati aje cakap Fariesh tu macam tu. Macamlah kenal. Biasa je pun aku tengok...
"Macam mana awak tahu?"
"Puan marah ek, sebab saya banyak cakap?"
"Ehhh.. Taklah. Suami saya tu biasa aje..."
"Tadi saya nampak suami dengan puan kat luar kedai. Minta maaflah sebab pada mulanya saya fikir yang bukan - bukan pasal puan dan suami sebab duduk berpeluk macam tu, macam tak segan silu aje. Jadi, saya tegurlah suami puan. Dia yang bagitahu saya, puan dengan dia suami isteri. Dia kata, puan sejuk lepas tu tertidur. Saya suruhlah suami puan bawak puan masuk kedai ni sebab kesian tengok puan berdua basah kuyup macam tu. Suami puan katakan pada saya, dia tak sampai hati nak kejutkan puan sebab dia tengok puan nyenyak sangat tidur. Sebab tu saya cakap, beruntung puan dapat suami macam tu. Dahlah romantik, penyayang pulak tu.."
Tersenyum Ainul yang dari tadi mendengar kata - kata wanita itu. Namun dia hanya diam membisu. Hatinya agak tersentuh dengan apa yang diperkatakan. Benar kata wanita itu. Fariesh yang dikenalnya itu dari mula mereka kenal sehingga kini adalah seorang yang penyayang. Namun, bertuahkah dia memiliki lelaki itu sebagai suaminya? Padahal perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta. Hanya dijadikan sebagai hijab bagi menutup aib yang telah terpalit antara dia dengan Fariesh biarpun perkara tersebut sebenarnya tidak berlaku seperti yang disangkakan.
"Dah siap?"
Telinganya yang pantas menangkap suara milik Fariesh terus berpaling ke belakang. Kelihatan Fariesh sudah pun menukar pakaiannya dengan T-shirt hijau lumut yang tampak muat - muat pada tubuhnya dengan seluar paras bawah lutut. Santai namun tidak pernah menjejaskan imej kekacakan yang dimilikinya.
"La, Eisya tak pilih baju lagi ke?"
Ainul menggeleng - gelengkan kepalanya. Dari tadi sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibirnya.
"Dia cakap apa tadi cik?"
"Maaf, encik. Saya pun tak tahu sebab puan macam tak banyak cakap dari tadi.."
Fariesh memeluk tubuhnya sambil tangan kanan menongkat dagu seperti sedang memikirkan sesuatu. Matanya pula diarahkan menghala Ainul yang kelihatan tidak selesa diperlakukan seperti itu.
"Tak apalah, cik. Biar saya sendiri yang pilihkan.." kata Fariesh lantas merapati isterinya.
"Sorry, bang. Tak tahulah, nak pilih yang mana satu..."
Meleret senyuman Fariesh mendengar alasan yang diberikan. Dia membelek - belek beberapa helai baju yang ada di situ. Kemudian matanya tertancap pada satu manikin baju.
"Cik, boleh carikan saya baju yang sama macam kat patung tu. Tolong cari saiz yang kecik sikit sebab dia ni kecik..."
Huh? Kecik? Sampai hati. Aku tahulah tinggi aku ni paras dada dia aje. Tak payahlah sampai nak bagitahu orang lain yang aku ni kecik. Eeee!
Ainul menggigit bibir bawahnya sambil matanya menjegil ke arah Fariesh. Terasa dengan kata - kata lelaki itu.
"Amboi, buat muka macam tu pulak. Abang gurau ajelah. Tu, tak perlu nak besar - besarkan lagi mata tu. Kata orang, kecik - kecik, cili padi..."
Mendengar usikan Fariesh, Ainul sekadar mencebik bibirnya.
"Nah, encik. Bilik salin dekat sana.." ujar wanita tadi setelah datang kembali dengan baju yang dimaksudkan.
"Sekejap ye..."
Fariesh menuju ke arah beberapa pasang skirt labuh yang berada di sebelah kanannya lantas dicapai skirt yang berwarna krim.
"Nah, abang nak tengok Eisya pakai sekali dengan ni..."
"Hah??" Ainul menunjukkan reaksi terkejut. Tidak pernah sama sekali dia berpakaian seperti itu. Dia hanya biasa mengenakan seluar panjang atau berbaju kurung.
"Tak biasa tulah kena biasakan. Lagipun, tak nampak seksi pun. Jangan risau. Abang study oversea gak. Tapi abang tahulah macam mana trend muslimah macam Eisya sebab abang ada jugak nampak ada course mate yang bertudung macam Eisya kat sana. So, abang tak jadi masalah bab - bab ni,"
Ainul tidak lagi bersuara malahan terus mencapai skirt tersebut dan membawa sekali ke bilik salin pakaian. Beberapa minit kemudian, Ainul membuka pintu bilik sambil melambai - lambai ke arah Fariesh.
"Abang! Seganlah... Mari sini kejap..."
"Kenapa pulak?" Tanya Fariesh sambil menghampiri Ainul. Ainul segera berbisik kepadanya dan seterusnya disusuli dengan tawa Fariesh.
"Eisya... Eisya... Abang ingatkan apa tadi. Transparent tak apa. Nanti Eisya tanya cik tu untuk dalam tu pulak. Eisya bagitahu cik ni apa yang Eisya nak, then cik, tolong cari satu selendang yang boleh match dengan color baju dia ni.."
"Baik, encik," jawab wanita tersebut lantas mencapai dan menarik lembut bahu Ainul supaya mengikutinya.
"Abang tunggu kat luar tau, Eisya," kata Fariesh tatkala mendapati Ainul masih lagi memandang ke arahnya dengan riak wajah yang sukar dimengertikan.
Lima belas minit kemudian, Ainul kembali bersama dengan wanita tadi dengan penampilan yang agak berbeza. Kalau tadi Ainul hanya mengenakan blouse pendek bersama inner yang dipadankan dengan jeans, kini wanita itu tampak lebih anggun dengan blouse pink lengan panjang yang dipadankan dengan skirt labuh krim dengan selendang krim bercorak lembut.
Oh God... She's so beautiful! Aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri yang aku suka tengok Eisya dengan berpakaian macam tu...
"Abang?"
"Erkk.. Iye, Eisya?" Fariesh terkejut dengan sapaan Ainul lantas khayalannya terus terbang entah ke mana.
"Okay tak? Rasa macam nak pergi fashion show pun ade.." Tampak janggal dengan keadaaan dirinya, Ainul menginginkan pendapat daripada suaminya sendiri. Hanya dia yang lebih tahu bagaimana penampilannya ketika itu.
Fariesh menghadiahkan kuntuman senyuman kepada Ainul. Tidak pula bersuara untuk menjawab kepada soalan Ainul yang menginginkan kepastian daripadanya.
"Okay, cik. Saya ambik yang ni. Eh, kejap.."
Fariesh mencapai salah satu topi putih besar yang bereben hitam lantas dipakaikannya kepada Ainul.
"Okay, settle! Berapa? Boleh guna credit card tak?"
Tenungan mata Ainul pada lelaki itu tidak pernah beralih tempat. Entah, agak sukar hendak dimengertikan apa yang berada dalam benaknya. Sikap lelaki itu semakin indah pada nalurinya. Semakin memikat hati. Sungguh, dia mula akui, bahawa dia mulai menyukai lelaki itu.
"Eisya? Amboi, senyum sorang - sorang.. Ingatkan siapa tu?"
Cubitan lembut Fariesh pada dagunya membuatkan fikiran Ainul kembali ke dunia nyata.
"Err... Dah ke?'
"Dahlah, Eisya. Jom, balik. Pakaian basah kita kat dalam beg ni.."
"Okay.."
"Ehh.. Tunggulah kejap. Tu, nak pakai sekali ke dengan price tag tu?"
Jari jemari Fariesh tampak lincah sambil bermain - main dengan tanda harga yang masih tergantung pada topi yang dipakainya, membuatkan Ainul malu sendiri, ditambah pula dengan senyuman dan lirikan mata lelaki itu yang agak menyentuh perasaan malu dan segannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mana Fariesh ni? Kata sekejap aje pergi tandas. Eee... Ni yang buat aku rasa semacam aje ni.. Cepatlah sikit. Aku tak selesa duduk sorang - sorang ni. Aku rasa macam semua orang dok pandang aku seorang aje nih.. Malu laaaa...
Ainul berkali - kali membetulkan pakaiannya sambil matanya melilau ke sekeliling dalam restoran tersebut.
Bukk! Topi miliknya yang diletaknya di riba jatuh ke lantai.
Adoyai... Kenapalah boleh jatuh pulak topi nih.. Menyusahkan aku betullah! Malunye........
Ainul merungut sendiri sebelum tunduk untuk mencapai topinya. Namun, belum pun sempat dia mencapainya, pandangannya pantas menangkap satu tangan menyambar topinya.
"Nah cik..." Lelaki tersebut menghulurkan topi tersebut kepadanya.
"Terima kasih," balas Ainul segan sambil tertunduk - tunduk malu, menyambut huluran tersebut.
"Ainul?"
Tersentak tatkala mendengar namanya disebut, Ainul mendongakkan kepalanya. Dia seakan pernah mendengar pemilik suara tersebut. Dan, apabila mata mreka saling bertemu, sekali lagi Ainul terkejut. Dia kenal lelaki itu! Sangat - sangat kenal!
"Tak sangka pulak dunia ni kecik. Kat Sarawak pun boleh jumpa..." ujar pemuda tersebut, tanpa disuruh terus duduk bertentangan dengan Ainul.
"Err.. Haris apa khabar? Haris buat apa kat sini?"
"Haris sambung belajar kat sini. Sekarang ni pun tengah cuti sem, jadinya, Haris kerja part time dekat restoran ni.."
Ainul mengangguk mendengar apa yang dikatakan oleh Haris. Tidak banyak kata yang hendak dilontarkan kerana dia tidak menjangka bahawa dia akan bertemu dengan lelaki itu semula, di situ. Apatah lagi lidahnya masih terkelu tatkala berdepan dengan Haris. Lelaki yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.
"Ainul dengan siapa? Tak pernah - pernahnya Haris tengok Ainul sorang - sorang. Lebih - lebih lagi kat Sarawak ni. Lagi jauh. Hmm.. Dengan pak cik ek?"
Sambil tersenyum hambar menyambut andaian Haris, Ainul cuba untuk menyenangkan hatinya. Takkanlah Haris tidak tahu akan hal berkenaan dengan ayahnya itu?
"Ayah baru aje meninggal sebulan yang lepas.."
"Oh, maafkan Haris. Sungguh, Haris langsung tak tahu, Ainul!"
"Tak apa. Mungkin sebab Haris jarang pulang kampung, Haris tak tahu pasal hal tu. Benda dah lama dah..."
Sekali sekala Ainul menundukkan pandangannya daripada tikaman mata tajam milik Haris. Sehingga kini, dia akui, dia masih tidak mampu bertentangan mata dengan Haris. Setiap kali perkara itu berlaku, setiap kali itulah jantungnya akan berdegup kencang. Ya Allah. Jauhkanlah aku daripada berperasaan seperti itu Ya Allah. Aku ini isteri orang Ya Allah...
"Ainul nampak lain sangat. Makin cantik..."
Pujian Haris menebalkan lagi kulit pipi Ainul. Manakan tidak, apa yang dilihatnya, lelaki itu jarang sekali untuk memuji wanita lain kecuali dirinya.
"Sayang, berborak dengan siapa tu?"
Satu suara lelaki menyampuk dari arah belakang Ainul, sekaligus membuatkan wanita itu tersentak. Makin - makin Haris yang langsung tidak mengetahui apa - apa. Kedua - duanya pantas menoleh ke belakang. Kelihatan Fariesh muncul dengan sejambak bunga di tangan kanannya sambil melemparkan senyuman mesra. Mana - mana gadis yang terpandang akan senyuman lelaki itu pastinya cair kerana begitu manis dan mempesonakan.
"Sorry lambat. Abang pergi beli bunga ni tadi. Nah, untuk sayang.."
Tanpa mempedulikan riak wajah Ainul yang masih dalam kehairanan, Fariesh segera menghulurkan jambangan bunga tersebut sambil melirik tajam ke arah Haris.
"Eh, siapa ni, Ainul?"
Ainul kematian suara untuk mnjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Dia hanya menyambut huluran Fariesh lantas diam membisu.
"Saya husband dia, Fariesh. Dan, awak?"
Dihulurkan juga tangan kanannya untuk bersalam biarpun hatinya sedikit sakit dengan apa yang berlaku di hadapan matanya sebentar tadi.
"Saya.... Haris..."
"Haris?"
"Err.. Kawan sekolah menengah Ainul..."
"Oh, I see. So, ada apa - apa nk cakap lagi?"
Amboi, sombongnya mamat ni! Mentang - mentanglah anak orang kaya. Kenapa Ainul boleh berkahwin dengan dia ni?
"Tak ada apa - apa. Maaf, saya ada kerja nak buat. Ainul, nice to meet you again.."
Benci untuk terus menatap wajah lelaki yang berdiri di sebelah Ainul, Haris memutuskan untuk mengundur diri. Namun, tidak semudah itu untuk dia melepaskan Ainul dari pandangan matanya. Dia harus tahu kisah sebenar mengapa wanita itu berada di situ dan bersama lelaki itu!
"Sayang? Huhh.. "
"What's wrong?"
Fariesh yang menyedari Ainul dari tadi asyik mengeluh menarik pergelangan tangan Ainul bagi mengelakkan wanita itu daripada terus melangkah laju meninggalkan dirinya dari belakang. Manakala Ainul, wanita itu cuba untuk melepaskan genggaman tangan Fariesh yang mencengkam kuat pergelangan tangannya.
"Saya tak tahu apa niat sebenar abang. Abang kenapa tiba - tiba nak panggil saya sayang, siap bawak bunga cakap ayat manis - manis? Dah tu depan classmate saya pulak tu. Malu saya, bang. Mana saya nak letak muka ni?"
"Salah ke abang panggil Eisya sayang? Salah? Atau Eisya takut boyfriend Eisya tu marahkan Eisya sebab Eisya dah kahwin?"
"Dia bukan boyfriend saya. Classmate aje. Tapi, saya malu, bang. Abang kan tahu, apa penyebab perkahwinan kita ni? Saya tak nak classmate saya tahu yang saya berkahwin. Saya belum bersedia, bang."
"Ohh.. Belum bersedia. Kalau macam tu, kenapa tak ajak aje mamat tadi tu keluar jalan - jalan terus? Bagitahu mamat tu, yang abang ni cuma bergurau aje. Lepas tu, senanglah Eisya nak bercinta dengan mamat tu.."
"Abang!"
"What? Nak marahkan abang? Hey, siapa yang sepatutnya marahkan siapa? Eisya kena tahu, Eisya tu isteri abang yang sah. Perkahwinan kita ni, tak perlu kita nak rahsiakan. Nanti lambat laun orang akan tahu jugak siapa Eisya. Buat apa Eisya nak rahsiakan? Mengaku ajelah yang Eisya masih sayangkan si Haris tu.."
"Okay, fine! Abang cakap ajelah apa yang abang suka. Nah, ambik balik bunga abang. Eisya tak suka!"
Pappp! Jambangan bunga yang ada pada pegangan dihempas ke tanah kerana terlalu marah. Dia tidak mempedulikan reaksi Fariesh terhadap tindakannya itu lantas beredar meninggalkan lelaki itu di situ.
Sampai hati Eisya buat abang macam ni....
Sambil mata terus menatap jambangan bunga yang berada tidak jauh dari hujung kakinya, Fariesh menggenggam erat buku limanya. Kelelakiannya dirasakan tercabar. Bukan kerana perbuatan Ainul itu seperti membazir duitnya, namun itu adalah kali pertama dia menghadiahkan seseorang jambangan bunga. Dan yang paling penting, orang itu adalah wanita! Belum pernah dalam sejarah hidupnya menghadiahkan apa - apa kepada mana - mana wanita.
Saya nak bunga ni, boleh? Tapi, nak tanya, kalau nak bagi dekat perempuan, kena bagi bunga yang macam mana?
Khas buat teman wanita ke?
Eh.. Bukanlah. Isteri saya..
Wah, beruntung sangat isteri encik dapat suami macam encik!
Beruntung? Aku tak pernah rasakan yang Eisya akan rasa diri dia beruntung sebab aku ni suami dia. Fariesh cuba untuk mencapai jambangan tersebut. Namun, insiden sebentar tadi melintasi mindanya.
"Err.. Haris apa khabar? Haris buat apa kat sini?"
"Ainul nampak lain sangat. Makin cantik..."
Damn! Kaki kanan Fariesh dihayunkan ke arah jambangan bunga yang terbaring di tanah menjadikan beberapa kelopak bunga tersebut gugur manakala jambangannya terpelanting jauh sedikit daripada jarak Fariesh.
Tanpa sedar, cinta kian berputik (15)
Benci Fariesh! Benci!!
Langkah dihayun semakin laju. Dia pun tidak tahu kemana arah dituju kerana fikirannya tidak tertumpu kepada di mana dia berada kini. Amarahnya terus dihambur semampu yang boleh. Namun, dalam masa yang sama, seluruh anggota tubuhnya dirasakan kurang selesa. Bertambah teruk apabila kepalanya juga terasa pening dan berdenyut - denyut.
"What? Nak marahkan abang? Hey, siapa yang sepatutnya marahkan siapa? Eisya kena tahu, Eisya tu isteri abang yang sah. Perkahwinan kita ni, tak perlu kita nak rahsiakan. Nanti lambat laun orang akan tahu jugak siapa Eisya. Buat apa Eisya nak rahsiakan? Mengaku ajelah yang Eisya masih sayangkan si Haris tu.."
"Benci!!!!"
Langkahnya mati. Ainul mengesat matanya yang mulai digenangi air. Dia tidak tahu sebab yang sebenar kenapa dia harus menangis. Menangis kerana Fariesh telah membocorkan rahsia perkahwinan mereka? Ainul berfikir lagi sejenak. Lambat laun, Haris akan tahu jugak perkahwinannya. Kenapa harus dirahsiakan? Kisah dia dengan Haris sudah lama terkubur. Dan Fariesh tidak pernah bersalah dalam hal ini.
Ainul menarik nafas panjang. Dia tidak patut menyesali tindakan Fariesh. Apa yang dikatakan suaminya itu adalah betul.
Aku terlalu mengikut perasaan. Ahh.. Bodohnya aku!
Dia berhajat untuk patah balik. Pergi untuk mendapatkan semula Fariesh dan memohon maaf di atas apa yang berlaku sebentar tadi.
Namun, belum pun dua langkah dia bergerak, kelihatan dua orang pemuda yang tidak dikenali sedang mengepungnya dari hadapan membuatkan jantung Ainul seakan berhenti berdetak. Wajah kedua - duanya dilihat sedang tersenyum sinis, merenung dirinya dengan renungan yang amat menakutkan.
"Korang sapa?"
"Tak tahu tulah yang nak kenal. Nanti boleh kita jalan - jalan sekali. Cik adik nampak macam sunyi aje, tak berteman. Tak apa. Abang boleh temankan kemana sahaja yang cik adik nak.."
"Maaf. Saya dah kahwin. Suami saya sedang menunggu saya kat sana.."
"Suami?" kata salah seorang daripada mereka dan seterusnya disertakan dengan gelak tawa yang semakin menggerunkan Ainul.
"Comel lote macam ni tak payahlah nak tipu kitorang. Ingat kitorang percaya ke, cik adik yang manis lawa macam ni dah ada suami? Dah tu jalan seorang - seorang pulak tu.."
"Tak apa. Cik adik ikut aje kitorang. Kitorang ni baik. Kitorang layan cik adik dengan baik jugak nanti.."
Ainul mengelak tangannya daripada cubaan dipegang salah seorang daripada lelaki tersebut. Namun, rakan kepada lelaki tersebut berjaya menangkap pergelangan tangan kirinya.
"Tolong!!!"
"Hey, lepaskan isteri aku! Kalau tak, aku telefon polis!"
Gertakan satu suara garau dari belakang mereka berjaya membuatkan kedua - dua mereka ketakutan lantas segera melarikan diri. Ainul kembali dalam esakannya kerana terlalu takut tanpa mempedulikan kelibat lelaki yang menyelamatkannya sebentar tadi semakin dekat ke arahnya.
Melihat keadaan Ainul yang tidak menetu itu, Fariesh terus mendapatkannya lantas dibawa ke dalam dakapannya bagi menenangkan perasaan isterinya itu.
"Sudahlah, Eisya. Abang kat sini. Eisya jangan takut..."
"Abang..."
"Syhhh.. Dah, dah. Eisya selamat. Abang kan ada?"
Fariesh mengusap lembut belakang Ainul. Amarahnya sebentar tadi terus hilang begitu sahaja sebaik melihat airmata wanita itu menitik kerana terlalu takut.
"Abang, maafkan saya. Saya yang salah. Saya tak patut marahkan abang tadi.."
"Tak apa, Eisya. Abang faham... Lain kali, jangan buat macam ni tau. Abang tak nak jadi apa - apa kat Eisya.."
Senyap. Fariesh meleraikan pelukan. Sebaik cuba melepaskan tubuh Ainul, dilihatnya wanita itu hampir rebah namun sempat ditahan olehnya.
"Eisya, kenapa ni??"
"Kepala saya pening sangat - sangat bang.."
Fariesh mendekatkan telapak tangan kanannya ke dahi wanita itu, sementara tangan kirinya cuba menyokong Ainul untuk terus berdiri.
"Eisya demam ni! Kenapa tak bagitahu abang?"
Tiada sebarang balasan daripada Ainul. Namun, tubuh wanita itu sempat bersandar pada dadanya membuatkan Fariesh cepat - cepat menahan lantas mendukung wanita itu. Dia tahu, Ainul sudah pun tidak sedarkan diri ketika itu!
Ni mesti kes berhujan tadi. Aku tak terfikir pulak Eisya mudah jatuh sakit!
"Kenapa ni?"
"Isteri saya..."
Belum pun sempat menghabiskan ayatnya, Fariesh terus diam membisu setelah mendapati orang yang mengajukan soalan itu adalah Haris. Dia mendapati lelaki tersebut berada betul - betul di hadapannya.
"Awak?"
"Kenapa dengan Ainul??"
"Dia demam.."
"Jom kita hantar dia pergi klinik. Lagipun, kereta saya tak jauh daripada sini.."
"Saya tak perlukan pertolongan awak!" jawab Fariesh keras. Tersenyum Haris mendengar ayat balasan Fariesh. Tampak begitu sinis sekali pada pandangan mata Fariesh.
"Apa masalahnya kalau awak terima pertolongan saya? Lagipun, kalau awak nak tunggu teksi, lagi lama. Awak tak kesiankan Ainul ke? Buang ajelah ego awak tu jauh - jauh. Sedar sikit, Ainul perlukan rawatan sekarang ni. Kalau pun awak tak suka saya, tak apa. Tapi, awak kena fikirkan keadaan Ainul dulu..."
"Apa maksud awak? Ego? Jangan nak bercakap soal ego dengan saya. Lagipun, saya tak kenal awak. Saya tak biasa bercakap dengan orang yang saya tak kenal.."
"Ikut suka awaklah, Encik Fariesh. Tapi, saya tak peduli sama ada awak marahkan saya atau tak. Suka mahupun tidak, awak kena hantar isteri awak tu segera sebelum demam dia makin melarat. Jom, ikut saya.."
Fariesh akhirnya akur dengan ajakan Haris lantas membuntuti lelaki itu dari belakang.
"Saya tak suka pergi klinik. Saya nak hantar dia ke hospital!" ujarnya tegas. Haris tersenyum mendengar kenyataan Fariesh. Dasar lelaki, ego tak bertempat! Bisik hati kecilnya sebelum membuka pintu kereta bagi memberi ruang kepada Fariesh dan Ainul.
Namun begitu, dalam masa yang sama, hatinya menjerit pedih melihat layanan yang diberikan oleh Fariesh kepada Ainul. Fariesh tampak benar sayang akan wanita itu!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Berapa lama dah awak kenal isteri saya?"
"Sejak sekolah rendah. Lagipun, Ainul sama kampung dengan saya. Jadi, kitorang memang agak rapat..."
Setelah itu, Fariesh mendiamkan diri sebentar. Sambil itu, tangan kanannya tidak henti - henti mengusap dahi dan pipi Ainul kerana risau akan keadaan wanita itu.
Eisya, wake up please! Abang tak boleh kalau Eisya terus macam ni...
"Macam mana Ainul boleh bersama dengan awak? I mean, awak berkenalan dengan Ainul, lepas tu kahwin dengan dia? Ainul setahu saya, dia tak mudah nak bergaul dengan mana - mana lelaki kecualilah kalau lelaki itu dia memang dah kenal lama masa kecik lagi. Saya terkejut sikit bila dapat tahu yang Ainul dah kahwin, lebih - lebih lagi dalam usia belasan tahun macam ni. Ainul yang saya kenal takkan mudah jatuh ke tangan lelaki even...."
"Awak tak perlu tahu semua tu. Cukuplah awak tahu yang Ainul adalah isteri saya, dan perkahwinan kami adalah sah. Awak tak berhak nak ambil tahu lebih daripada itu..."
"Oo.. Okay. Tapi, saya rasa awak perlu tahu satu perkara. Atau mungkin, Ainul tak pernah beritahu awak tentang perkara ni selama awak berkahwin dengan dia..."
Terangkat terus kepala Fariesh menghala ke arah Haris yang berada di tempat pemandu itu tatkala terpancing akan ayat yang membuatkan dia terasa tercabar dan ingin tahu.
"Apa maksud awak?"
Haris tersenyum. Umpan sudah mengena. Fariesh yang tadinya tidak mempedulikannya kini kelihatan seperti berharap padanya bahawa dia akan menceritakan rahsia yang dimaksudkannya itu.
"Kita dah sampai. Saya turunkan awak dekat sini, sementara tu, saya nak cari parking kereta yang terdekat..."
Apa maksud dia yang sebenarnya?!
Fariesh sempat mengerling ke arah kereta tersebut setelah keluar bersama Ainul yang masih lagi dalam dunianya. Secara tiba - tiba dia merasakan perasaannya terhadap Ainul mulai tergugat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Encik jangan risau. Keadaan puan Ainul tak lah seteruk mana. Itu pun kira bernasib baik sebab encik sempat menghantar puan ke sini. Tapi, macam mana pun, puan perlukan rehat secukupnya. Nanti, kalau ada apa - apa hal, encik boleh tanyakan dengan kakitangan jururawat bertugas ye..." ujar doktor wanita tersebut sebelum beredar bersama dengan seorang jururawat. Manakala sala seorang lagi sedang membetulkan kedudukan tilam dan selimut yang membaluti tubuh Ainul sebelum turut sama menghilangkan diri.
Fariesh melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di sebelah kanan katil Ainul. Wajah pucat Ainul ditatap.
Tapi, saya rasa awak perlu tahu satu perkara. Atau mungkin, Ainul tak pernah beritahu awak tentang perkara ni selama awak berkahwin dengan dia...
Sekali sekala bibirnya mengapit - apit ibu jari tangan miliknya sendiri, resah memikirkan ayat yang dimaksudkan oleh Haris.
Eisya rahsiakan sesuatu daripada aku? Tapi apa dia? Kenapa Eisya tak pernah pun cuba untuk beritahu aku apa yang cuba disembunyikan? Hmmm... Mana mungkin Eisya akan beritahu. Pada Eisya, aku ini hanya suami dia atas nama aje, tapi, dia tak mungkin sayangkan aku sampaikan dia nak kongsi semua rahsia peribadi dia pada aku...
"Abang..."
Satu suara lembut memecah kesunyian sekaligus berjaya menghalau pergi khayalan Fariesh sebentar tadi.
"Eisya! Eisya dah sedar? Eisya okey tak? Sakit lagi tak?"
Ainul menggeleng - gelengkan kepalanya.
"Pening dah kurang sikit..."
"Doktor bagitahu abang, Eisya kena rehat cukup - cukup. Lagipun, panas badan Eisya tak hilang lagi. Eisya nak apa - apa? Abang tolong belikan apa - apa ke.."
Ainul senyap. Soalan Fariesh terbiar tidak berjawab. Matanya tertancap ke arah belakang Fariesh. Seakan - akan seperti ternampak sesuatu.
"What's wrong, Eisya?"
"Haris?"
Fariesh turut tersentak, lantas menoleh ke belakang. Benar, lelaki itu ada di belakangnya.
Aku suami dia yang sah, ok! (16)
"Sorry kalau saya ganggu..."
Fariesh menghalakan semula pandangannya ke arah Ainul. Wanita itu dilihatnya seperti meminta supaya dia memberi sedikit ruang kepada mereka berdua. Memaparkan satu pandangan yang agak bermakna.
"Abang, please... Saya nak cakap sikit dengan Haris. Bolehkan?"
Fariesh mencapai tangan milik Ainul sebelum menggenggamnya erat. Dia kemudiannya menghadiahkan kuntuman senyuman kepada wanita itu, biarpun agak terpaksa.
"Okay. Abang tunggu kat luar ek.."
Dia bangun lalu beredar dari situ dengan hati yang sedikit berat. Mana kan tidak, dia telah membenarkan isterinya berdua - duaan dengan seorang lelaki! Dan lelaki itu sangat kurang disenangi.
"Ainul dah sihat?"
"Alhamdulillah... Kurang sikit demam. Tapi, macam mana Haris boleh ada dekat sini? Macam mana Haris tahu yang Ainul...."
"Haris yang tolong Fariesh hantar Ainul ke sini. Tadi terserempak Fariesh dengan Ainul, nampak Ainul dah pengsan dah. Jadi, Haris tolong hantarkan Fariesh dengan Ainul ke sini..."
"Ooo.."
"Nah, bunga untuk Ainul. Haris baru tahu yang Ainul suka bunga..."
Haris meletakkan sebuah bakul kecil yang berisi bunga segar di atas meja bersebelahan dengan katil. Mata Ainul tertancap pada bunga tersebut lantas, sesuatu menerjah fikirannya.
"Saya tak tahu apa niat sebenar abang. Abang kenapa tiba - tiba nak panggil saya sayang, siap bawak bunga cakap ayat manis - manis? Dah tu depan classmate saya pulak tu. Malu saya, bang. Mana saya nak letak muka ni?"
"Salah ke abang panggil Eisya sayang? Salah? Atau Eisya takut boyfriend Eisya tu marahkan Eisya sebab Eisya dah kahwin?"
"Dia bukan boyfriend saya. Classmate aje. Tapi, saya malu, bang. Abang kan tahu, apa penyebab perkahwinan kita ni? Saya tak nak classmate saya tahu yang saya berkahwin. Saya belum bersedia, bang."
"Ohh.. Belum bersedia. Kalau macam tu, kenapa tak ajak aje mamat tadi tu keluar jalan - jalan terus? Bagitahu mamat tu, yang abang ni cuma bergurau aje. Lepas tu, senanglah Eisya nak bercinta dengan mamat tu.."
Tanpa sedar, Ainul melepaskan satu keluhan. Haris cuma memerhati gelagat Ainul.
Ya Allah, kesian Fariesh. Dia tak bersalah. Kenapa aku layan dia macam tu? Aku buang bunga pertama dia pada aku. Aku campak depan - depan dia... Apa perasaan Fariesh masa tu? Tadi pun, dia yang selamatkan aku daripada lelaki - lelaki itu. Dia tak pernah nak ambil hati dengan apa yang aku dah buat kat dia sebentar tadi.. Fariesh...
" Ainul? Kenapa ni? Kenapa tiba - tiba menangis?"
"Erk, sorry..."
Pantas jari jemari runcingnya menghapus airmata yang mulai mengalir keluar. Haris sekadar memerhatikan sahaja perilaku wanita itu. Namun, sedikit sebanyak, hatinya terusik dengan apa yang diperhatikannya sebentar tadi.
Ainul menangis? Tapi kenapa?
"Ainul..."
"Iye, Haris?"
"Kalau Haris tanya, Ainul jangan marah ek. Haris cuma nak tahu aje. Sejak bila Ainul berkahwin? Kenapa Haris tak tahu pun pasal perkahwinan Ainul?"
Ainul menggigit bibir. Soalan Haris sememangnya sudah dijangkakan. Jawapan sudah ada, namun sukar untuk dijelaskan kepada lelaki tersebut.
"Haris tau, Ainul tak cintakan Haris. Tapi, Ainul kan tahu yang Haris sentiasa cintakan Ainul. Tak pernah sekalipun Haris cintakan sesiapa apatah lagi Anita. Haris tak mampu nak lupakan Ainul.."
"Haris, pernah dengarkan, cinta tak seharusnya memiliki? Lagipun, ramai lagi gadis yang lebih baik daripada Ainul. Anita lebih perlukan Haris berbanding Ainul..."
Ahh.. Haris, kalau kau tahu yang aku pun pernah menaruh hati pada kau. Tapi, aku tak boleh nak katakannya sebab Anita terlampau sayangkan kau. Terlalu gilakan kau, Haris. Aku harus mengalah sebab aku sedar aku tak sesempurna Anita. Dia cantik, pandai bergaya. Tapi, aku tak. Kalau pun aku bersama kau, Anita mungkin akan lebih bencikan aku. Lebih baik aku berdiam diri saja, Haris...
"Haris tak pernah sukakan Anita. Cinta Haris hanya pada Ainul aje. Kenapa Ainul tak pernah cuba nak faham perasaan Haris pada Ainul? Ainul tak pernah cuba nak terima Haris... Bagi peluang kat Haris untuk kali yang kedua... Haris..."
Haris berhenti sebentar. Sebaknya sudah bertandang. Pandangannya juga sudah mula berkaca. Sukar untuk dirinya melupakan Ainul kerana wanita itulah yang telah berjaya mencuri hatinya. Wanita pertama yang berjaya menggamit naluri lelakinya kerana sukar untuk didekati.
"Haris dah buat keputusan lepas Haris terima tawaran UNIMAS..."
Haris mengesat airmata yang hampir berlinang. Sungguh, perasaannya begitu perit untuk terima hakikat tersebut.
"Haris nak melamar Ainul. Mak ayah pun dah setuju dengan keputusan Haris. Haris kerja sambil belajar ni pun, sebab nak cari duit, untuk pinang Ainul..."
Ya Allah... Haris... Kau buat aku rasa semakin bersalah pada kau!
Ainul masih lagi mengunci mulutnya. Perasaan sebaknya juga harus ditahan. Sebolehnya, dia tidak mahu Haris tahu akan perasaannya
"Haris memang bersungguh - sungguh nak Ainul jadi teman hidup Haris. Masa mula - mula mak ayah Haris tahu yang Haris nak kahwin, mak ayah pun tak setuju. Tapi, bila Haris sebut nama Ainul, mak ayah Haris terus suka. Mak ayah bagitahu, nanti lamar Ainul secepat mungkin, takut terlepas ke tangan orang lain. Haris seboleh - bolehnya tak nak guna duit ayah untuk melamar Ainul..."
Airmata Haris mengalir lagi. Entah, mengapa dia tidak mampu untuk menahan rasa sebaknya biarpun di hadapan Ainul. Malahan, rasa segan juga tiada lagi pada masa itu. Biarlah wanita itu tahu akan perasaannya ketika itu bukan cuma mainan kata.
"Bila dapat tahu yang Ainul dah kahwin, Haris... Haris rasa diri Haris kecil sangat. Haris tak mampu nak memiliki Ainul. Kenapa mak ayah Haris tak pernah bagitahu Haris tentang perkahwinan Ainul??"
"Haris, Ainul minta maaf kalau Ainul banyak lukakan hati Haris. Jangan salahkan mak ayah Haris sebab tak beritahu Haris tentang perkahwinan Ainul. Mungkin, mak ayah Haris tak nak Haris kecik hati. Mungkin pada mereka, biarlah Haris tahu sendiri. Lagipun, jodoh di tangan Tuhan. Mungkin Ainul bukanlah yang terbaik buat Haris. Ainul minta maaf..."
Ahh... Haris.. Kalau kau tahu apa punca perkahwinan aku , pasti kau akan marah padaku...
Wanita itu tunduk semula setelah menghabiskan ayatnya. Tidak berani bertentangan mata dengan Haris. Sungguh, dia takut akan jatuh cinta pada lelaki itu untuk kali yang kedua. Dan jika itu berlaku, dia akan berdosa pada suaminya pula. Baginya, cinta antara dia dengan Haris sudah lama terkubur setelah dia memutuskannya sebaik sahaja selesai menduduki STPM.
"Ainul bahagia tak dengan Fariesh?"
Soalan spontan Haris agak menyentuh jiwa Ainul.
"Ainul bahagia sangat - sangat.."
Ainul tidak pasti sama ada jawapan yang diberikan itu jujur atau tidak. Tersenyum perit dengan jawapan yang diberikan oleh Ainul, Haris menyapu kering sisa airmata yang masih ada di pipi.
"Alhamdulillah... Kalau Ainul bahagia, Haris pun rasa lega..."
Haris tahu, kenyataannya itu tidak benar sama sekali. Namun, demi kebaikan Ainul, dia harus mengalah. Biarlah wanita itu bahagia bersama dengan pilihannya. Biarlah.
"Haris balik dululah ek. Sebab petang ni Haris ada hal..."
"Oh, ye ke? Okey. Terima kasih sebab datang melawat Ainul. Nanti kalau jumpa mak ayah Haris, tolong sampaikan salam Ainul ye.. Dan, Ainul minta maaf sebab..."
"Tak perlu minta maaf, Ainul. Ainul tak buat salah apa - apa pun..."
Sekali lagi Ainul dilanda kebisuan.
"Nanti, ada masa, datanglah rumah Haris. Ajak Fariesh sekali.."
Ainul mengangguk sebagai tanda mengiyakan.
"Insya Allah, Haris..."
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam..."
Balasan salam yang dihulurkan Haris kepada Ainul umpama titik noktah perbualan mereka. Dan seterusnya, Haris terus melangkah pergi, meninggalkan Ainul keseorangan di situ.
Usai sahaja menyingkap pintu bilik untuk meloloskan diri, Haris terpandangkan kelibat Fariesh yang sedang bersandar di dinding bersebelahan pintu.
"Sorry kalau buat awak lama tunggu.."
Satu senyuman dilemparkan kepada Fariesh. Tampak manis, namun berbaur sinis.
"Apa rahsia di antara awak dengan isteri saya?"
"Rahsia?"
"Awak yang bagitahu saya yang awak dengan Ainul rahsiakan sesuatu daripada saya.."
"Kenapa awak tak tanya terus aje dengan Ainul? Dia kan isteri awak?"
Soalan Haris mencabar nalurinya. Memang betul, dia dengan Ainul adalah suami isteri, namun tidak mungkin wanita itu akan bersuara kepadanya, menceritakan segala rahsia lampaunya dalam usia perkahwinan mereka yang terlalu muda itu.
"Saya nak dengar sendiri apa yang keluar daripada mulut awak.."
"Kalau macam tu, okay.. Nak tau sangat kan? Yup... Memang kitorang ada rahsia yang awak tak tahu. So?"
Fariesh yang tadinya bersandar di dinding pantas menghadap Haris, bertentangan dengannya. Mata mereka saling berpadu antara satu sama lain. Wajah Fariesh tampak serius, namun wajah Haris hanya menampakkan reaksi yang agak selamba.
"Saya dengan Ainul pernah bercinta. Dan dia adalah bekas kekasih saya. ."
Apa?? Bekas??
Seakan terbeliak mata Fariesh mendengar pengakuan Haris.
"Yup. Dan lepas tu, Ainul tak pernah cuba untuk cintakan orang lain selain daripada saya.."
"Kurang ajar!!! Berani awak....!!"
Fariesh menarik kolar baju Haris. Hatinya kian panas. Namun Haris masih lagi kelihatan tenang. Malahan semakin sinis raut wajahnya.
"Kenapa awak nak marahkan saya sedangkan awak yang rampas Ainul daripada saya? Saya hanya menyatakan kebenaran. Terpulang kepada awak sama ada nak percaya atau tidak. Tak perlu sampai berkasar macam ni..."
"Awak tak ada hak nak menyatakan yang Ainul cintakan awak atau tidak. Dia sekarang isteri saya, awak faham tak??!"
Nada suara Fariesh kian lantang menjadikan beberapa orang yang lalu lalang memandang ke arah mereka berdua. Menyedari akan dirinya sedang diperhatikan, Fariesh kemudian menurunkan semula tangannya yang tadi mencengkam kolar baju Haris.
"Sekarang saya tahu, kenapa Ainul sudi berkahwin dengan awak. Sebab terpaksa, bukan? Dan saya tahu, perkahwinan awak berdua bukan atas dasar cinta sebab saya kenal sangat - sangat siapa Ainul.."
"Cukup dengan apa yang awak cakapkan tu! Saya tak nak ambil tahu hal awak dengan Ainul. Jangan cuba berlagak seperti awak kenal sangat dengan Ainul. Dia isteri saya yang sah, dan perkahwinan kami memang atas dasar cinta!"
"Ye ke atas dasar cinta? Hmmm.. Apa - apa pun, tahniah, sebab berjaya dapatkan Ainul. Mungkin, awak suami dia yang sah. Tapi, awak kena ingat, saya cinta pertama Ainul dan selamanya pun saya akan terpahat dalam hati dia..."
Dada Fariesh turun naik menahan rasa marah. Haris memang suka mengapi - apikan perasaannya.
"Saya ulang sekali lagi Encik Fariesh. Awak mungkin suami dia, tapi, saya adalah orang yang dia cintai dan orang yang dia akan kenang buat selama - lamanya..."
Setelah itu, Haris beredar dengan senyuman yang penuh bermakna, tanpa menoleh kembali ke belakang.
Damn it! Kau ingat kau hebat sangat ke, Haris?!!
Dinding wad di mana Ainul ditempatkan di tumbuk berkali - kali bagi melepaskan kemarahannya.
"Tak guna!!!"
"Encik..."
"Apa dia?!!!"
Tersentak jururawat tersebut dengan nada kasar Fariesh.
"Doktor benarkan encik bawak isteri encik pulang. Jadi, encik boleh berbuat sedemikian..."
Fariesh meraup mukanya sebentar setelah menyedari sikapnya yang sudah keterlaluan itu.
"Sorry, nurse. Saya tak perasan..."
"Tak apa. Ada apa - apa lagi yang perlu saya tolong?"
"Tak ada apa - apa. Terima kasih, nurse..."
"Sama - sama.."
Sabar Fariesh. Awak kena kawal perasaan awak. Bawak Eisya tu balik, dan pastikan Haris tak dapat cari di mana awak berdua. Jadi, dia tak akan ganggu hidup awak dengan Eisya lagi...
Fariesh cuba mententeramkan perasaannya sebelum masuk semula ke dalam wad. Namun, secara tiba - tiba, kakinya berhenti daripada melangkah masuk, malahan menutup semula pintu bilik.
Eh? Kejap. Tapi kenapa aku nak kisah sangat dengan semua ni? Aku... Aku dah jatuh cinta dengan Eisya ke?
Tangan sebelahnya mencubit dagu sebentar. Tidak ubah seperti seorang yang sedang berangan.
Ahhh!!! Dah macam orang bodoh pulak aku ni! Sampai marah - marah pulak tu! No... No... No... Aku tak boleh jatuh cinta dengan perempuan! Seriously!! I'm not that kind of guy.. Ini Fariesh yang sama okay! Fariesh Faridzam takkan sukakan perempuan! Falling in love with a lady? No way! Jangan lukakan perasaan aku! (17)
Fariesh mendukung tubuh kecil Ainul memasuki bilik hotel yang didiami mereka baru sehari itu. Di luar kaca tingkap, jelas kelihatan matahari sedang tenggelam bersama dengan cahayanya menandakan hari hampir beransur malam. Perlahan - lahan, dia meletakkan tubuh Ainul di atas katil sebelum beralih ke arah tingkap untuk menutup langsir.
"Dalam sehari ni, banyak benda yang berlaku, kan.." Fariesh cuba untuk memecah suasana yang dari tadi sunyi kerana masing - masing mendiamkan diri. Dalam masa yang sama, tangan kanannya ligat menarik - narik langsir sambil kepalanya dipalingkan ke arah Ainul. Namun, wanita itu kelihatan tidak memberikan sebarang reaksi mahupun balasan kepada kata - katanya. Fariesh mengalihkan kembali pandangannya setelah mendapati Ainul langsung tidak bersuara dan meneruskankan kerjanya mengatup langsir di bahagian tingkap yang lain pula.
Selesai sahaja berbuat sedemikian, Fariesh kembali mendekati katil isterinya.
"Eisya nak apa - apa tak?"
Wajah lesu isterinya ditenung lembut. Ainul juga kelihatan lemah dan tidak bermaya.
"Saya nak mandi..."
Wanita itu cuba bangun. Namun, dengan pantas, Fariesh menolak semula tubuhnya supaya kekal berbaring.
"No. Eisya kalau nak mandi, biar abang yang tolong. Jangan nak memandai - mandai pergi bilik air, nak mandi. Nanti abang jugak yang susah..."
Ainul terdiam sejenak. Fariesh memerhatikan sekeliling katil yang menjadi tempat Ainul berbaring. Seperti ada yang tak kena.
"Kenapa, bang?"
"Abang rasa, abang tertinggal sesuatu. Eisya perasan tak?"
"Tertinggal sesuatu? Apa yang tertinggal pulak?"
"Eh, tadi bukan Eisya ada terima bunga ke, kalau tak silap?"
Diam. Tiada sebarang jawapan daripada Ainul.
"Hmmm... Tak apalah. Abang pergi ke hospital tu balik. Lagipun, bunga tu kan, hadiah daripada kawan Eisya?"
"Abang..." Pantas sahaja tangan kanan Ainul menyambar pergelangan tangan milik Fariesh bagi menghalangnya untuk pergi.
"Kenapa?"
"Bunga tu tak penting untuk saya. Yang penting sekarang, abang..."
"What's wrong? Kenapa dengan abang?"
"Abang, tolonglah jangan buat - buat tak tahu..."
"Kenapa pulak ni? Abang tak fahamlah, Eisya..."
Fariesh duduk semula di sisi katil menghadap Ainul.
"Bunga tu hanya pemberian daripada kawan saya aje, bang. Kalau tertinggal pun tak apa. Tapi, petang tadi, saya dah buang bunga yang abang bagi kat saya, campak macam tu aje depan abang sebab saya terlalu ikutkan perasaan saya. Saya tahu saya terlalu pentingkan diri sendiri. Maafkan saya, bang. Saya tahu, abang masih marahkan saya sebab hal tu..."
"Eisya, abang tak kisah. As long as Eisya ingat yang Eisya adalah isteri abang. Bunga tu, kalau Eisya tak suka, Eisya boleh buang sebab bunga tu untuk Eisya. Jadi, Eisya ada hak untuk.."
Ainul pantas bangun dan kemudian mendakap tubuh Fariesh seerat yang mungkin menjadikan lelaki itu tidak mampu menghabiskan ayatnya.
"Abang, please... Maafkan saya... Abang janganlah macam ni. Saya tahu, saya yang salah.. Maafkan saya, bang... "
"Erkk.. Eisya..." Ingin sahaja dia meleraikan pelukan wanita itu. Bukan kerana dia tidak suka, namun dia tidak ingin untuk meneruskannya kerana, sungguh, dalam masa yang sama jantungnya berdegup kencang! Dan dia hampir kalah dengan dakapan wanita itu.
"Maafkan Eisya please.."
Itulah kali pertama Ainul membahasakan dirinya sebagai Eisya di hadapan Fariesh. Dia mulai akur dengan permintaan lelaki itu untuk memanggilnya sedemikian kerana dia tahu, lelaki itu adalah pengganti kepada arwah ayahnya, dan semestinya, lelaki itu mempunyai hak untuk memanggilnya Eisya.
"O...Oo... Okay.."
Fariesh menelan air liur. Suhu badan Ainul yang masih lagi terlampau panas seakan - akan mengalir pula ke tubuhnya. Sungguh! Itulah kali pertama dia merelakan dirinya dipeluk seorang wanita. Bahkan sebelum ini, mana - mana wanita yang ingin mendekatinya akan segera dijauhi dan tidak akan membenarkan mereka menyentuh dirinya biarpun sekadar telapak tangan. Dalam keadaan separuh sedar, Fariesh turut sama membalas pelukan tersebut.
"Thanks, abang..."
Ainul sungguh terharu dengan jawapan yang diberikan. Biarpun ringkas, baginya itu sudah mencukupi untuk menghapus kekhilafan yang telah dilakukannya terhadap Fariesh. Dia ingin menerima lelaki itu seadanya, seterusnya mengakui bahawa lelaki itu adalah suaminya dan dia bertekad akan menyayangi lelaki itu sampai bila - bila. Dia kini sudah mulai sedar, Fariesh memberi layanan yang sangat baik dan dia sebenarnya beruntung kerana memiliki lelaki dan suami seperti Fariesh, dan bukannya Haris. Ya, dia harus melupakan Haris dan memulakan hidup baharu bersama Fariesh.
"Abang nak tahu something?"
"Apa dia? Pasal Haris?"
"Bukan. Mulai sekarang, Eisya benarkan abang panggil Eisya dengan nama Eisya. Dan Eisya nak abang tahu, abang adalah orang yang kedua yang layak memanggil Eisya dengan nama tu selepas arwah ayah. Abang nak tahu tak, masa abang mula - mula bercadang nak panggil dengan nama Eisya, Eisya hampir terkejut sebab selain arwah ayah, tak ada sesiapa pun yang panggil Eisya dengan nama tu walaupun diorang tahu tu nama lain Eisya. Sebabnya, Eisya nak hanya arwah ayah Eisya seorang sahaja yang layak panggil Eisya dengan nama Eisya. Eisya pun tak sangka, walaupun abang tak tahu apa - apa nama lain Eisya, abang cuba panggil Eisya dengan nama Eisya jugak..."
"Sebab kalau Ainul, abang rasa tak mesra sangat bunyinya. Fariesya, abang fikir balik. Abang rasa, lagi sedap kalau panggil Eisya..."
"Hehe.. Saaaaaayang abang!"
"Ek? Bukan sayang Haris ke?"
Ainul meleraikan pelukan. Wajah lelaki itu ditatap dengan muka yang masam beserta muncungnya.
"Abang ni... Haris, Haris, Haris! Kenapa selalu sebut nama tu? Eisya dengan dia tak ada apa - apalah, abang..."
Fariesh tersenyum lantas dagu Ainul dicuit. Terasa terhibur juga dengan telatah wanita itu.
"Iyelah tu. Apa pun, abang tak kisah kalau Haris tu dulu kekasih Eisya. Kita kahwin pun sebab salah abang, kan? So, abang tak ada hak nak pertikaikan apa - apa yang Eisya dulu pernah bercinta dengan Haris.."
Ainul tidak pula bersuara setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Fariesh. Dia hanya sekadar memerhatikan sahaja suaminya itu bangun dan menolaknya semula ke atas katil.
"Abang pergi mandi dulu ek. Eisya kena berehat. Eisya tak sihat tu. Lagipun, tak payah mandi dulu. Tunggu abang.." ujarnya lantas menuju ke arah bilik mandi yang berada di sebelah kiri katil tanpa menoleh ke arah Ainul.
Memang Haris dengan aku pernah bercinta. Tapi, itu dulu, Fariesh. Sekarang, aku bersama kau. Haris bukan lagi siapa - siapa padaku selain daripada kawan. Aku tahu, perkahwinan kita ni terjadi di atas satu salah faham yang pernah berlaku antara kau dan aku. Tapi, aku dah mula belajar untuk terima hakikat ini yang kau suami aku. Fariesh... Aku dah mula sayangkan kau. Jangan buat aku macam orang asing... Tolonglah...
Ainul menutup matanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pili shower dibiarkan terbuka. Curahan air dari shower terus mencurah laju menimpa tubuhnya seakan - akan tidak terasa. Fikirannya tidak menentu. Fariesh mengelap cermin yang terpampang besar di hadapannya dan kemudiannya, dia merenung imej pantulan dirinya sendiri di hadapan cermin tersebut. Wajah yang terpampang di cermin itu terus ditenung. Beberapa saat kemudian, dia seakan - akan nampak kelibat Haris berdiri betul - betul di hadapannya.
"Kenapa awak nak marahkan saya sedangkan awak yang rampas Ainul daripada saya? Saya hanya menyatakan kebenaran. Terpulang kepada awak sama ada nak percaya atau tidak. Tak perlu sampai berkasar macam ni..."
"Awak tak ada hak nak menyatakan yang Ainul cintakan awak atau tidak. Dia sekarang isteri saya, awak faham tak??!"
"Saya ulang sekali lagi Encik Fariesh. Awak mungkin suami dia, tapi, saya adalah orang yang dia cintai dan orang yang dia akan kenang buat selama - lamanya..."
Bayangan Haris di hadapannya terus lenyap sebaik sahaja satu tumbukan padu diajukan ke cermin. Berkali - kali Fariesh meraup wajahnya. Cuba untuk mengusir pergi perbualan antara dia dengan Haris petang tadi.
"Saya ulang sekali lagi Encik Fariesh. Awak mungkin suami dia, tapi, saya adalah orang yang dia cintai dan orang yang dia akan kenang buat selama - lamanya..."
Dia kemudiannya menggeleng - gelengkan kepalanya berulang - ulang kali. Tidak ingin untuk mengingati ayat terakhir Haris yang kerap mengganggu mindanya sepanjang petang itu sehinggalah dirinya dengan Ainul selamat pulang ke hotel.
"Bunga tu tak penting untuk saya. Yang penting sekarang, abang..."
Spontan kemudian, peristiwa sebentar tadi pula mengganti. Dakapan mesra daripada Ainul. Suara yang gemersik dan nada separuh merayu. Raut wajahnya yang indah biarpun tampak pucat lesi. Suhu badan Ainul yang agak panas, juga masih lagi segar dalam ingatannya.
"Abang, please... Maafkan saya... Abang janganlah macam ni. Saya tahu, saya yang salah.. Maafkan saya, bang... "
Fariesh membuka pula pili air yang berada di atas sinki cermin tersebut lantas mencuci mukanya berulang - ulang kali. Kemudian, dia beralih semula ke arah cermin.
Fariesh Faridzam! Come on man... Kenapa dengan kau ni? Takkanlah dengan semudah itu pun kau boleh cair dengan Eisya? Perempuan tu tak menarik mana pun...
Tak menarik? Tak menjadi masalah. Tapi Eisya perempuan! Ya, dia perempuan!
Mak aihh... Aku ni apa hal sebenarnya? Aku okay ke? Ke, aku pun demam sama? Gila! Takkan aku dah suka pulak dekat perempuan... Wake up, please!
Kedua - dua belah tapak tangannya dihentakkan ke dinding cermin. Dia harus mengusir semua dialog yang mengganggu layar mindanya. Sindiran Haris, kata - kata Ainul. Semua itu harus dilupakan! Fariesh mengangguk seorang diri sebelum menyambung kembali mandinya yang dari tadi tidak pernah memberi peluang kepadanya untuk berasa tenang.
Usai sahaja mandi, Fariesh menuju ke arah beg pakaian yang terletak di dalam almari. Namun, sekali sekala dia menjeling ke arah katil.
Suasana bilik kelihatan sunyi. Hanya sekali sekala kedengaran bunyi zip beg yang ditarik oleh Fariesh. Dia berpaling semula, memandang ke arah Ainul.
Tidur dah ke? Agaknya kot. Senyap aje. Aku dah siap mandi dah. Tapi, nampak dia macam tak bersuara.
Fariesh meletakkan semula beg di kedudukan asalnya, berhajat untuk menghampiri Ainul. Benar, wanita itu sudah terlena. Tapi, masih dalam pakaian yang dipakai petang tadi!
Dia ni kalau tidur boleh tak tukar baju dulu? Hish... Pantang keturunan aku tak pergi tukar baju kotor tu, bawak sekali naik katil! Tak mandi, aku tak kesah. Tapi, tolonglah tukar baju tu dulu! Dahlah tidur macam dunia ni dia yang punya...
"Eisya... Bangun kejap. Jangan tidur dengan baju ni. Kotor. Pergi tukar baju dulu..."
Wanita itu tidak memberikan sebarang respon.
Dia ni, kalau aku pergi tukarkan jap lagi, mau nya tak mengamuk. Karang aku jugak yang kena hambur... Tu satu hal. Satu hal lagi, kalau dah tidur, gempa bumi pun tak dapat nak kejutkan dia...
Tergaru - garu Fariesh memikirkan jalan untuk mengejutkan wanita itu. Penat untuk mencari jalan, dia akhirnya bangkit lalu berjalan menuju ke arah bilik mandi. Beberapa minit kemudian, Fariesh kembali bersama bekas berisi air suam dan juga sehelai tuala kecil.
Mula - mula, selendang wanita itu di tanggalkan dengan berhati - hati. Kemudian, tuala tadi direndam ke dalam bekas tersebut, bilas, dan kemudian dijadikan untuk mengelap muka dan leher Ainul. Sepanjang mengelap, tanpa diundang, fikirannya mengimbau kembali detik - detik yang berjaya menyatukan dirinya dengan Ainul.
"Kenapa awak ada kat rumah saya? Kenapa awak berada dalam bilik saya??"
"Maaf kalau kedatangan saya membuatkan awak tidak senang. Sebenarnya tadi, masa saya datang, awak tak sahut pun bila saya ketuk pintu banyak kali. Pintu tak berkunci. Jadi, saya masuk terus sebab saya takut kalau jadi apa - apa kat awak. Awak demam panas. Saya cuma tolong setakat yang saya mampu. Mula - mula saya bercadang nak hantar awak ke hospital, tapi saya tak tahu kat mana hospital yang paling dekat kat sini. Jadi, saya.... Maaflah kalau tindakan saya buat awak rasa tak selesa. Tapi, saya betul - betul ikhlas nak tolong awak..."
"Baju saya??? Awak....???"
"Saya terpaksa tukar sebab baju awak basah masa saya lap awak. Awak jangan risau. Saya tak berniat apa - apa pun. Saya tak lakukan apa - apa pun pada awak.. Saya cuma tukar baju aje..."
"Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... Ya Allah..."
"Ainul, please... Kenapa ni? Jelaskanlah pada saya. Saya dah buat silap ke? Janganlah menangis. Awak buat saya rasa bersalah..."
"Ainul..."
"Jangan cuba datang dekat!"
"Awak tahu tak, apa yang awak buat ni salah? Saya bukan mahram awak!!!"
"Saya... Tak faham..."
"Lebih baik awak balik sekarang sebelum jadi apa -apa! Kalau betul awak tak buat salah, saya maafkan awak. Tapi, jangan pernah melangkah masuk ke rumah ini kalau saya tak benarkan! Pergi!"
"Tapi awak... Okey ke?"
"Pergi!! Saya tak nak tengok muka awak kat sini lagi!"
Peristiwa di mana dia berani mati untuk memandikan wanita itu dan seterusnya menukar pakaiannya dalam keadaan wanita itu yang tidak sedarkan diri. Fariesh meneruskan juga kerjanya, dan dalam masa yang sama, senyuman di bibir kian meleret. Manakan tidak, kadang - kadang, perkara tersebut mencuit perasaannya bila difikirkan balik.
Funny pun ada jugak. Bodohnya aku masa tu.. Haha..
"Tergelak sorang - sorang. Tak nak kongsi ke?"
Hampir terpelanting kain di tangan Fariesh tatkala terdengar satu suara memecah kesunyian bilik tersebut, menyapa dirinya. Agak perlahan bunyinya, namun berjaya membuatkan dia terkejut.
"Laa.. Eisya buat abang terkejut je... Eisya marah ek?"
"Kenapa pulak nak marah?"
Fariesh meletakkan tuala basah di dalam bekas air yang berada di atas meja.
"Boleh bangun tak ni?" sengaja Fariesh menukar topik.
"Tak. Tapi, sejuklah, bang..."
Papp.. Fariesh menepuk dahi. Baru teringat bahawa dia terlupa untuk memadam penghawa dingin sebelum mengelap tubuh Ainul.
"Sorry, sorry... Terlupa pulak.."
Lantas tangan kanannya mencapai alat kawalan penghawa dingin dan menekan punat off. Dia kemudiannya memandang semula ke wajah Ainul.
"Sorrylah. Abang sebenarnya dah kejutkan Eisya tadi tapi Eisya tak bangun - bangun jugak. Abang lap aje mana yang patut.."
"Yang senyum sorang - sorang tadi kenapa?"
"Abang... Err..."
"Apa dia bang?"
Ainul menumpukan panahan bebola matanya ke arah Fariesh. Cuba untuk memberikan perhatian. Dalam masa itu, dia menyaksikan Fariesh yang sekali - sekala membetulkan kedudukan cermin matanya.
"Eisya tau tak, dulu masa kat rumah Eisya dulu demam panas macam ni jugak. Bila abang gerak - gerak, Eisya langsung tak bagi respon. Abang... Abang kesian tengok Eisya. Nak tak nak, abang fikir, abang kena jugak tolong Eisya. Jadi, masa tu, abang memang nampak sangat - sangat jahil bak kata ustaz tu. Abang sebenarnya memang tak ada niat lain. Abang cuma nak tolong Eisya aje. Tak terlintas pun kat kepala abang ni nak buat apa - apa dengan Eisya..."
Tidak semena - mena pipi Ainul yang tadinya pucat berubah warna setelah mendengar cerita Fariesh. Kisah yang menjadikan dia terlalu membenci Fariesh.
"Abang nampak...?"
Soalan tersebut agak berbunyi tergantung, namun hatinya berharap agar Fariesh faham apa yang dipersoalkan. Dia hanya cuba untuk mendapatkan kepastian.
"Tak apa. Anggap ajelah abang buta, tak nampak apa - apa masa tu. Lupakan pasal tu. Abang akan cuba hapuskan apa yang pernah abang nampak malam tu dalam otak abang ni.."
"Hahh?? Eeeeeee... Mana Eisya nak letak muka ni, bang? Ya Allah..." terketar - ketar tubuh Ainul kerana terlalu malu tatkala memikirkan apa yang telah berlaku pada malam tersebut. Lantas, dia menarik selimut yang tadinya berada pada paras dada bagi menutupi wajahnya. Tidak ingin untuk bertentangan mata dengan suaminya sendiri.
"Alaa... Abang dah cakap dah tadi, abang lupakan pasal tu. Abang tak akan ungkit dah. Eisya janganlah macam ni. Tu, jangan tarik selimut dulu, nanti basah..."
"Habis, yang abang tersengih sorang - sorang tadi tu apa? Bencinya!!!"
"Aduh, abang senyum - senyum tadi tu sebab abang baru terfikir yang abang ni bodoh sangat - sangat masa tu. Serius, abang betul - betul tak tahu tindakan abang tu salah.."
Kali ini, Ainul tidak lagi bersuara di sebalik selimut. Namun, Fariesh tahu, wanita itu sedang menangis kerana kedengaran sendu sedan Ainul biarpun agak lirih nadanya.
"Eisya..."
Serba salah Fariesh dibuatnya. Dia tidak dapat mengagak, apa sebenarnya perasaan Ainul sama ada wanita itu sedih ataupun benci dengan apa yang telah dia lakukan pada masa kejadian.
"Please... Eisya janganlah menangis. Abang janji, abang takkan sebut lagi pasal tu. Abang tak berniat pun nak sakitkan hati Eisya."
Dengan perlahan dan penuh berhati - hati, Fariesh berusaha untuk menarik lembut selimut yang menutupi wajah Ainul, sedikit demi sedikit. Sah, wanita itu memang menangis. Wajah yang kelihatan suram, bebola mata yang agak kemerah - merahan berserta dengan linangan airmata yang turun dari pelupuk matanya. Dia tahu, Ainul bukan berlakon, dan wanita itu tidak bijak untuk menyembunyikan perasaannya.
Lalu, tanpa sebarang isyarat, Fariesh mendakap tubuh Ainul yang masih terlentang itu bagi menenangkan perasaannya. Tika itu, tangisan Ainul semakin menjadi.
"Abang selalu salahkan diri abang atas semua yang berlaku pada Eisya. Abang minta maaf sangat - sangat sebab selalu buat Eisya menangis, sedih macam ni. Abang... Jujur abang cakap, seumur hidup abang, abang tak pernah nak dekat - dekat dengan perempuan even kat tempat abang dulu pun, ramai aje perempuan. Dan, Eisya adalah wanita pertama yang dekat dengan abang selepas apa yang berlaku kepada Pak Mail. Mungkin Eisya akan kata abang tipu Eisya, tapi, percayalah, apa yang abang katakan ini benar.."
Tak pernah dekat dengan mana - mana perempuan? Benarkah? Tapi, kau lelaki. Anak Datuk, muka pun boleh tahan. Mana mungkin!
"Dan, buktinya, pada malam tu, abang tak apa - apakan Eisya. Kalau Eisya masih tak percaya jugak, tak apa, abang tak pernah nak kisah. Abang tak tipu Eisya. Sebab, abang... Abang... Fobia dengan perempuan..."
"Fobia...dengan perempuan??"
Fariesh meleraikan pelukannya. Pipi basah Ainul disentuh lembut bagi menghilangkan sedikit airmata yang berbaki.
Ahhh.. Perlukan aku ceritakan kisah hidup aku pada wanita ini?
"Fobia maksud abang tu, macam mana? Eisya tak faham..."
"Tak perlulah abang nak ceritakan kisah lama. Yang penting sekarang, abang rasa dah boleh atasi fobia abang tu dengan adanya Eisya.. Abang nak tutup kisah lama, dan mulakan hidup baru dengan Eisya. Boleh kan? By the way, I so sorry for what happen. Abang janji, abang akan jaga Eisya sebaik yang mungkin.. Eisya boleh pegang kata - kata abang..."
Tangan Ainul digenggam kemas seperti seakan - akan tidak mahu dilepaskan.
Arghhh.. Aku hampir sahaja membocorkan rahsia aku pada Eisya! Harap - harap Eisya tidak mengungkit lagi lepas ni tentang apa yang aku cuba sampaikan...
"Eisya nak tidur, boleh? Eisya ngantuk.."
Genggaman tangan Fariesh turut sama dibalas. Sikap penyayang Fariesh yang agak menonjol melembutkan kembali perasaannya sehinggakan dia begitu mudah untuk memaafkan lelaki tersebut. Fariesh senyum padanya.
Maafkanlah dia, Eisya. Lagipun, kau kan nampak keikhlasan Fariesh?
"Tadi abang tanya, Eisya dapat bangun ke tak, Eisya tak jawab pun soalan abang..."
"Kenapa pulak?"
Jari tangan kiri Fariesh yang dari tadi bebas daripada sebarang pegangan hinggap pada hidung Ainul dan kemudian memicitnya.
Duhai hati, wanita di hadapanku ini tidak pernah sekali membuatkan aku berasa janggal untuk berdampingan dengannya. Bolehkah aku menganggap dia sebagai seorang teman dan berharap akan tidak jatuh cinta padanya? Biarlah aku dan dia seakrab manapun. Aku tahu, aku tidak mungkin akan jatuh cinta kepada seorang wanita biarpun dia ini isteri aku...
"Aduh, sakitlah bang!"
"Eisya tak dapat bangun, biar abang tolong tukarkan.." ujar Fariesh sebelum bangkit untuk berdiri.
"Hah??"
"Masa kursus kahwin hari tu, ustaz bagitahu abang boleh buat macam tu kan?"
"Tak nak!!!"
"No, no, no... Abang terpaksa buat. Abang bukan tak tahu, Eisya mudah jatuh sakit? Abang tak nak Eisya makin melarat. Lagipun, abangkan suami Eisya? Salah ke abang buat macam tu?"
"Tak nak.. Eisya...segan..."
"Jangan risau. Abang tak buat lebih dari itu. Tukar aje pun. Eisya tak payah nak melawan. Okey?"
Selesai memalapkan sedikit cahaya bilik, Fariesh kembali mendapatkan isterinya. Ainul melemparkan pandangan yang penuh bermakna. Seperti dapat mengagak mesej yang cuba disampaikan, Fariesh menunduk sedikit, lantas meletakkan telapak tangannya mendekati mata Ainul.
"Eisya just tutup mata, and bagi abang masa 2 minit aje nak tukar. Boleh? Lagipun, baju Eisya basah. Nanti, tidur dengan baju basah macam ni, sakit Eisya makin teruk..."
Ainul hanya membisu. Tidak pula memberikan jawapan sama ada dia mengiyakan atau tidak. Namun, dia memberi reaksi seperti yang dipinta Fariesh. Menutup kelopak matanya dan segala yang berlaku, Ainul merelakannya!
2 comments:
best cepatalh sambung ya tq.
tma kasih baby mio.. :)
Post a Comment