About Me

My photo
Sekiranya ada pertanyaa atau komen, bolehlah add saya di akaun wechat : Ani_Mj, fb : Ngu Ani Mj, dan Twitter : Annie Ngu. Inshaa Allah, segala permasalahan anda akan saya cuba rungkai. ^____^ , Malaysia

Mesej Untuk Semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... SEMOGA ANDA SEMUA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...

Wednesday, June 3, 2015

Sinopsis Novel Ketiga : PENGEMIS BAKAL CEO

Syahin Izmi, bakal pewaris syarikat ayahnya yang terbiasa hidup berfoya - foya terpaksa menerima hukuman ;mengharungi hidup sebagai seorang 'pengemis' selama 6 bulan atas keegoan dan kedegilannya sendiri! Itulah satu - satunya syarat yang dikenakan supaya dia terlepas daripada bebanan kerja, membantu Tan Sri Razali di pejabat kerana kemalasannya. Padahal, dia jugalah yang akan menggantikan tempat ayahnya itu. Rose Harissa, jururawat pelatih yang bernasib malang dan mempunyai kisah silam tersendiri. Sesungguhnya, dia benci lelaki kaya. Namun, gadis itu merupakan tunangan Afzan, lelaki angkuh yang selalu memperlekehkannya. Ikatan mereka bukanlah atas kerelaan Rose Harissa. Gadis itu tiada pilihan selain menerima Afzan sebagai bakal suaminya kerana paksaan ayahnya. Hanya dengan sekali lirikan yang tidak disengajakan, Syahin terjatuh cinta dengan Rose Harissa. Lantas, bagaimana caranya Syahin ingin meraih cinta Rose Harissa? Jika dia meluahkan hasrat hatinya ketika masih bergelar pengemis, tidak mungkin gadis itu menerimanya. Membongkarkan identitinya? Rose Harissa pasti lari daripadanya. Diluah mati emak, ditelan mati bapak!

No comments:

Penguin Doing Jump Ropes Backwards