Assalamulaikum dan selamat sejahtera! Hai.. Terima kasih kerana setia dengan blog ini.
Baiklah, sebelum ini, saya pernah berjanji untuk berkongsi kepada anda semua, jalan cerita "Aku Pencintamu". Biarpun belum siap sepenuhnya, tetapi saya berharap agar ia siap sepenuhnya. Hehe. Amin. Saya berhajat untuk berkongsi kepada kawan - kawan semua, apa yang ingin saya tulis dalam novel ini. Dan, ini sinopsisnya! :-)
Tolong komen ya, kawan- kawan.. :)
Sinopsis Novel Aku Pencintamu...
Ainul dan Fariesh. Dua dunia yang berbeza. Namun, kemalangan yang hampir meragut nyawa Fariesh membuatkan dia terhutang budi pada Ainul.
''Papa nak, kau kahwin dengan Ainul!"
Peristiwa hitam 19 tahun yang lampau menjadikan Fariesh membenci kaum Hawa sampai bila - bila dan telah bersumpah tidak akan mendampingi kaum ini, apatah lagi untuk dijadikan isteri!
" Awak tahu tak, apa yang awak buat ni salah? Saya bukan mahram awak!!!"
Malang tidak berbau, Ainul dan Fariesh dicekup oleh jabatan agama hanya kerana salah faham. Bermula saat itu, Fariesh terpaksa menerima Ainul sebagai isterinya biarpun dia tidak menginginkannya. Semakin lama, benih - benih cinta antara kedua- duanya bercambah tanpa sedar.
Namun, ada pihak yang cuba menagih kembali cinta mereka berdua. Tatkala Fariesh mula mengakui cintanya hanya pada Ainul, wanita itu mula menjauhkan diri daripadanya. Hanya disebabkan sejarah hidup Fariesh yang menyukai kaum sejenis baru sahaja diketahuinya. Adakah mereka akan bertahan? Ungkapan Aku Pencintamu, meleraikan segalanya!