About Me

My photo
Sekiranya ada pertanyaa atau komen, bolehlah add saya di akaun wechat : Ani_Mj, fb : Ngu Ani Mj, dan Twitter : Annie Ngu. Inshaa Allah, segala permasalahan anda akan saya cuba rungkai. ^____^ , Malaysia

Mesej Untuk Semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... SEMOGA ANDA SEMUA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...

Sunday, May 31, 2015

Aku Pencintamu ( Bab 27-Bab 28 )

Aku hanya ada dia...(27) "Ainul! Tunggu kejap!" Tercungap - cungap Hairil mengejar dirinya yang sudah pun berlalu keluar dari perpustakaan. Ainul tetap meneruskan langkahnya, tidak mahu memandang lagi wajah lelaki itu setelah tahu bahawa dia menyimpan perasaan terhadap dirinya. Takut jika perkara tersebut menimbulkan salah faham yang boleh mengganggu gugat rumahtangga dia dengan Fariesh, dan juga hubungan persahabatannya dengan Mira. "Ainul! Sampai bila awak nak lari daripada saya?" Hairil akhirnya berjaya menangkap tangan Ainul dan sekaligus menghalang langkah wanita itu daripada terus menjauhkan diri. "Lepaslah! Jangan sentuh saya!" Ainul sedaya upaya meleraikan tangannya daripada pegangan Hairil. Namun, dia gagal. Ternyata lelaki itu lebih kuat berbanding dengan dirinya. Pegangan Hairil dirasakan semakin kejap. "Kenapa Ainul nak menjauhkan diri dari saya? Apa salah saya? Kalau pun Ainul tak cintakan saya janganlah buat saya macam ni. Tolonglah..." "Lepaslah!!" Kali ni, Ainul cuba menarik dengan kasar tangannya menyebabkan Hairil terpaksa melepaskan pegangannya. "Benci sangat ke Ainul dengan saya?" "Saya tak kata yang saya benci kat awak. Dan saya tak pernah kata yang saya cinta kat awak. Saya cuma suka kat awak sebagai seorang kawan. Tak lebih dari itu, Hairil. Tapi, apa yang awak dah buat tadi memang keterlaluan. Saya paling benci kalau lelaki yang sentuh saya ikut suka hati mereka aje!" "Saya tak fikir yang Ainul akan marahkan saya disebabkan benda tu aje. Mesti ada sebab lain kan?" "Boleh tak kalau Hairil jangan ganggu saya lagi?" "Tapi kenapa? Apa masalah saya sampaikan Ainul tak nak tengok muka saya? Sampai Ainul tak nak layan saya macam dulu? Besar sangatkah silap saya? Apa kurangnya saya? Ainul cubalah bagitahu supaya saya boleh perbaiki kekurangan saya. Bukan terus menipu saya dengan pengakuan palsu Ainul tu.." "Pengakuan palsu? Okey. Saya cakap benar. Hairil tak kurang apa - apa. Hairil antara lelaki yang jujur yang selama ini saya kenal.." "Habis tu, kenapa tak nak terima saya?" "Sebab saya tak cintakan awak Dan, kalau berterus- terusan saya layan awak macam dulu, mungkin awak akan salah anggap dengan saya, padahal layanan yang saya berikan cuma sebagai seorang kawan. Tak lebih dari itu. Awak faham tak?" "Tak. Saya tak faham. Dan saya tak nak faham. Kalau pun Ainul tak cintakan saya sekarang, pun tak apa, Saya masih boleh terima. Tak perlulah sampai Ainul nak mengaku dengan saya, kata Ainul dah berpunya. Saya langsung tak percaya. Ainul, percayalah. Saya akan cuba buktikan yang cinta saya pada Ainul memang kuat. Dan masa tu nanti, Ainul akan jatuh cinta dengan saya.." "Hairil, kenapa degil sangat ni? Kan saya dah cakap, saya tak boleh cintakan awak. Awak cari ajelah orang lain. Ramai lagi yang lebih baik berbanding dengan saya. Tu, Mira tu. Apa kurangnya dia di mata awak? Cantik, baik, sopan, dan setia menanti awak. Takkan awak tak nampak apa - apa yang istimewa dalam diri dia?" "Tak, Ainul. Bagi saya, awaklah satu - satunya wanita yang tetap saya cinta sampai bila - bila. Tau kenapa, sebab awak dah buat saya tergila - gilakan awak. Awak lain daripada yang lain. Awak tak sama dengan mereka - mereka yang saya kenal! Okey, kalau ini yang awak nak, saya sanggup lamar awak jadi isteri saya. Kita kahwin, Ainul. Saya janji, saya akan jadi lelaki yang terbaik dalam hidup awak. Saya akan buktikan yang saya tak main – main dengan perasaan saya.." "Hairil, berhentilah kejar saya. Apa pun alasan awak, saya tak dapat nak terima. Saya ni hak orang! Saya dah BERKAHWIN!" "Tak, tak. Ainul takkan mampu menipu Hairil lagi. Hairil takkan tertipu dengan kata - kata Ainul. Dah berkahwin konon? Tunjuklah bukti kalau memang dah berkahwin! Kalau setakat pakai cincin, siapa - siapa pun boleh, Ainul. Zaman sekarang, orang mana percaya benda - benda macam ni. Sama ada yang dah berkahwin atau belum, pakai cincin tu bukan satu masalah dah..." Ahhh.. Kalau aku tahu jadi macam ni, lepas ni, aku kena ingatkan diri aku jugak untuk bawak kad nikah tu! Ainul mengurut dahinya yang dirasakan berdenyut. Semakin menjadi - jadi peningnya ditambah pula dengan perangai lelaki di hadapannya itu. "Saya penat dah nak terangkan kat awak, Hairil. Kalau awak tak percaya, sudah. Saya nak balik. Assalamualaikum..'' "Ainul! Jangan pergi dulu!!" "Dah puas kejar isteri aku dari tadi?" Sapaan seorang lelaki berkaca mata hitam yang lebih tinggi daripadanya membuatkan Hairil tersentak. Isteri? Dia cuba mengamati wajah lelaki di hadapannya itu. Kemudian, dia beralih pandangan ke arah Ainul yang berada di sebelah lelaki itu. "Siapa kau? Kau boleh tak jangan masuk campur urusan aku dengan Ainul??" Fariesh tersenyum sinis. Inilah kali pertama dia dicabar sebegitu oleh seorang lelaki yang tidak diketahui asal usulnya. Amboi.. Si ketot cicak kubin.. Ada hati nak pikat isteri aku? Fariesh menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya lantas merenung tepat ke arah Hairil. Kau cicak, kau tengok betul - betul muka aku ni. Kau kena ingat sampai bila - bila, cicak! "Aku suami Ainul. Kau siapa?" Tergelak besar Hairil mendengar kata - kata Fariesh. Manakan tidak, sekalipun dia tidak pernah bersemuka dengan lelaki tersebut dengan Ainul sebelum ni, apatah lagi bersama - sama dengannya semasa Ainul ke kampus. "Hairil, memang ini suami saya. Nama dia Fariesh. Abang, ni senior Eisya, Hairil.." "Suami? Biar betul, Ainul?? Janganlah buat Hairil macam ni. Hairil dah cukup terluka dengan apa yang Ainul dah buat. Sekarang, Ainul nak tabur garam kat luka Hairil pulak?" Ainul mengeluh mendengar apa yang diucapkan oleh Hairil. Lelaki itu masih lagi tidak mempercayainya biarpun bukti sudah ada di depan mata. "Ainul please. Jangan nak buat apa - apa lakonan lagi kat depan mata saya. Saya tak nak terima lagi semua tu. Saya benar - benar ikhlas suka kat awak. Kenapa awak langsung tak percayakan saya? Hina sangat ke saya pada awak? Malas hendak melayan kerenah lelaki itu, Ainul menyentuh lembut lengan Fariesh sebagai isyarat agar beredar dari situ. Fariesh yang tadinya hampir sahaja ingin memaki hamun Hairil tidak jadi berbuat sedemikian tatkala wajah sejuk isterinya singgah di matanya. Fariesh mengenakan kembali cermin mata gelapnya sebelum memeluk bahu Ainul dengan penuh mesra. Hairil cuba untuk menhampiri namun Fariesh pantas bertindak memberi isyarat untuk menghalang lelaki itu daripada mendekati mereka. "Berani kau sentuh Ainul? Dia milik aku, tahu tak??" tempik Hairil. Hairil mendengus geram. Ingin saja mengajukan penumbuk ke muka lelaki itu. Biar lebam terus. Biar cermin mata hitam yang buruk tu pecah! Ingat muka jantan malaya macam kau tu, aku boleh takut ke? Kalau setakat nak berlakon dengan Ainul, tak payahlah sampai pegang - pegang dia! "Milik siapa? Kau? Sebelum kau nak mengaku Ainul milik kau, sebelum aku ramas - ramas kau sampai lumat, baik kau tutup mulut kau tu. Tak pun, kau balik rumah, online, kau pergi buat research nama Fariesh Datuk Yusof. Kau akan tahu siapa aku. Sayang, jom balik.." "Tunggu! Kalau betul kau suami dia, aku nak bukti..." Hish.. Malas betul aku nak melayan mamat ni. Makin lama makin mengarut pun ada. Fariesh memalingkan mukanya, menghadap Ainul. "Eisya tak tunjuk ke kad nikah tu?" Ainu menggeleng - gelengkan kepala sebelum tunduk. "Maaf, bang. Ainul lupa nak bawak. Hari tu tertinggal kat bilik kita..." Fariesh menyeluk saku lantas mengeluarkan dompetnya. Sekeping kad di keluarkan dan kemudian diajukan ke arah Hairil. "Nah, kau nak sangat bukti kan? Ni bukan palsu. Kalau boleh, hafal sekali dengan nombor ni. Dia memang isteri aku. Kau tak payah nak kejar dia lagi." kata – kata Fariesh dan kad yang ditunjukkan itu membuatkan Hairil hilang akal untuk berkata – kata. "Awak, maafkan saya. Saya bukan sengaja nak lukakan perasaan awak. Saya dah bagitahu awak dulu yang sayadah ada suami tapi awak tak pernah percayakan saya. Saya harap, awak carilah perempuan lain. Ada ramai lagi yang lebih baik berbanding saya, Hairil.. Maafkan, saya. Saya balik dulu..." Fariesh menarik lembut tangan Ainul. Wanita itu pula hanya mengikut sahaja tindakan Fariesh. Dan Hairil pula, lelaki itu terkesima buat seketika. Kedua - duanya terus meninggalkan Hairil bersendirian di situ. Ainul dah ada suami? Tidak! Tak mungkin! **************** "Abang tengok si Hairil tu macam suka sangat dengan Eisya.." Fariesh memulakan perbualan sebelum sampai ke pintu kereta. "Biarkanlah, bang. Eisya cuma anggap dia kawan Eisya. Eisya kan dah ada suami? Dulu kan Eisya pernah explain kat abang macam mana hubungan kitorang?" Matanya melirik ke arah suaminya di sebelah sambil tersenyum. Sengaja berkelakuan sedemikian bagi menarik perhatian suaminya itu. Namun, lain pula reaksi Fariesh. Lelaki itu tampak serius. Tiada sebarang senyuman pun yang terpalit di wajah. Tiba - tiba tangan Fariesh yang melingkari bahunya dilonggarkan, membuatkan Ainul sedikit tersentak dengan tindakan suaminya itu. Jealouskah Fariesh? Nampak semacam aje aku tengok... Tapi, aku dah bagitahu dia, terangkan kat dia siapa Hairil. Takkan dia nak jealous jugak kot? Di kala itu, senyumannya mati kerana tidak berbalas. Dalam diam, Ainul melepaskan keluhan. "Abang... Kenapa pulak ni? Janganlah macam ni dengan Eisya. Please... Eisya dengan Hairil memang tak ada apa - apa. Kosong, bang... Percayalah.." "Eisya dengan dia memang tak ada apa - apa. Abang tahu. Abang ni pun suami Eisya, kan? Tu pun abang tahu. Tapi, cicak kubin tu dah melampau tau! Eisya ingat abang suka ke Eisya terus rapat - rapat dengan Hairil? Tengoklah macam mana tadi. Dia boleh tak tahu abang ni suami Eisya. Pun tak nak tahu, atau sengaja tak nak ambil tahu. Orang zaman sekarang ni bukannya boleh percaya sangat. Isteri orang pun diorang boleh kebas kalau dah suka..." Hah? Cicak kubin??? Amboi... Sejak bila pulak suami aku ni pandai melabel orang lain? Hairan sungguh aku... "Habis tu, abang tu orang zaman bila? Zaman hang tuah?" balas Ainul berbunga usikan. Namun, Fariesh tidak pula bersuara setelah dia mengajukan kata - kata tersebut. Ainul memberhentikan langkah sambil tangannya menyambar pantas pergelangan tangan Fariesh. "Berhenti. Pandang Eisya sekarang..." Fariesh yang sudah mula tarik muka masam mencuka memusingkan badannya dengan perlahan, menghadap Ainul. "Abang jealous ek?" Fariesh tidak memandang wajah Ainul. Mukanya hanya diajukan ke arah lain, berlagak seperti tidak mendengar apa - apa. Dia kemudian terus memasuki kereta sebelum Ainul menyusul di sebelahnya. Huh... Macam budak kecik je kalau merajuk.. Dahlah muka macam tu. Tak sesuai langsung.. Untuk seketika, tawa Ainul hampir meledak membuatkan Fariesh segera menoleh dengan pandangan tajam. "Apahal pulak gelak? Ingat lawak ke? Tengah sakit hati ni, tau tak! Memanglah abang ni suami Eisya. Tapi, yelah.. Entah - entah, nama je ada suami kot. Padahal, hati terpaut dekat orang lain. Abang bukan tak tahu hidup dekat kampus macam mana. Last - last nanti, suami entah ke mana, boyfriend melambak kat kampus. Dah tu, boleh pulak nak tinggalkan kad nikah tu kat rumah.." Ainul tidak pula membalas kata - kata Fariesh dahulu , sebaliknya memeluk lelaki itu dengan erat. "Abang, terima kasih..." Berkerut dahi Fariesh kerana berasa pelik dengan kelakuan Ainul. Kenapa pulak isteri aku ni tak marah - marah ek? Baru nak tengok dia merajuk... Haishhh... Spoil betul! "Sekarang Eisya dah faham perasaan abang macam mana. Eisya terharu sangat - sangat. Sayang abang sampai bila - bila..." Pelukan semakin erat. Beberapa orang pelajar yang lalu di situ berbisik sesama sendiri apabila melihat kelakuan mereka di dalam perut kereta itu membuatkan Fariesh cuba untuk melonggarkan pelukan Ainul. "Eisya, sudah lah tu. Tak malu ke, orang pandang kita semacam? Abang tak selesalah.." "Kejaplah.." Ainul masih kelihatan asyik dengan perbuatannya. Tok... Tok... Tokkk.. Kaca tingkap kereta diketuk. Kelihatan beberapa orang pelajar di situ berdiri di luar kereta Fariesh, membuatkan Ainul akhirnya meleraikan pelukannya lantas berpaling ke arah mereka. Kaca tingkap kereta diturunkan seketika. "Boleh tak jangan buat benda yang tak elok kat sini?" "Minta maaf semua. Ni, sebenarnya suami saya..." "Entah betul entahkan tak.. Tiba - tiba mengaku suami isteri," sindir salah seorang daripada kumpulan tersebut. Ainul kenal siapa mereka. Geng - geng yang sama kelas dengannya. "Yelah, kot ye pun suami, yang pergi peluk mesra depan orang ni pahal?? Dah tak reti nak malu ke? Entah - entah mengaku suami aje. Padahal, nikah pun belum. Suka sangat bertukar - tukar jantan. Hari tu dengan Hairil. Sekarang entah dengan siapa pulak.." tegur gadis berselendang biru pula. "Hairil? Saya tau saudari semua admirer dia kan? Dia bukan siapa - siapa pada saya. Kawan aje. Tak perlu nak bergosip sangat. Saya minta maaf kalau kami ni nampak over sangat. Tapi, kami bukan bermesra depan orang ramai. Kat tempat parkir je. Orang lalu lalang masa ni, mesti tak ramai. Ni pun, baru nampak muka saudari semua lalu sini. Kami nampak macam bukan pasangan suami isteri ke? Okey. Kalau tak percaya, sila semak status saya kat pejabat dekan ye.. Saya memang sudah berkahwin, dan ini adalah suami saya. Haaa.. Lupa pulak. Kad nikah pun ada ni. Nak tengok?" Kumpulan tersebut seperti terkejut dengan pengakuan berani Ainul membuatkan mereka seterusnya beredar dari situ. Malahan, sebelum beredar, ada beberapa pasang mata sempat melirik ke arah mereka berdua dengan perasaan yang tidak percaya. "Eisya, apa yang Eisya buat ni?" "Alah, abang ni. Bertenanglah sikit. Kita kan suami isteri? Eisya bukannya buat salah pun. Eisya cuma nak peluk suami Eisya sekejap. Bukannya abang berpeluk dengan lelaki pun. Dengan Eisya kan?" Fariesh merenung wajah isterinya itu dengan tajam. "Kenapa? Abang nak membela mereka pulak? Abang rasa apa yang Eisya cakap tak betul? Eisya yang salah? Gitu??" nada suara Ainul berubah rentak. Barangkali merajuk dengan reaksi lelaki tersebut. Fariesh kembali tersenyum lantas mencuit lembut pipi gebu Ainul. "Eee.. Cute. Semenjak masuk U ni, dah macam burung murai pulak abang tengok cara Eisya bercakap. Pot pet pot pet. Dah. Tutup mulut tu. Dari tadi tak habis - habis duk membebel aje keje. Nak tunjuk kad nikah konon. Kad nikah abang ade lh..." Ainul ceria semula dengan pujukan suaminya itu. "Abang, malam ni abang tak ada apa - apa kan?" tanya Ainul dengan nada manja. "Tak kot, rasanya. Kenapa?" "Ermmm.. Ingat nak tunjuk kat abang something.." "Ape pulak tu?" "Adelah. Nanti nak ke pejabat ke?" "Yup. Tak apa. Abang try balik awal malam ni ek.." "Okey.." Ainul kembali mendakap manja tubuh Fariesh dengan hati yang girang. Benar, dia berasa sungguh bahagia bersama lelaki itu! Selamat Hari Jadi, sayangku... (28) "Kau pulang sini sebab kau nak bagitahu itu aje dekat aku?" Mak Timah mencapai secawan teh yang terhidang di hadapannya itu lantas disuakan ke bibir. Anita melemparkan senyuman. Kepuasan tetap terpahat pada hatinya. Insiden seminggu yang lepas telah berjaya "dilakonkan" dengan lancar tanpa ada sebarang masalah sedikit pun. Paling membahagiakan, dia dapat melihat dengan jelas kesedihan yang terpapar di wajah Ainul. Pasti perempuan itu kecewa bila dapat tahu suami dia curang! "Kau pasti ke, anak datuk tu dah jatuh hati kat kau? Tengok dari muka kau, aku macam tak percaya aje" "Betul, mak. Anita tak tipu. Atau mak nak Anita tunjuk bukti yang Anita tak tipu mak?" "Dah tu, tunjuk aje lah. Tak payah nak berbasa basi dengan aku.. Hishh.. Budak nih.." Anita segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangannya dan kemudian gambar yang ada dalam telefon tersebut ditunjukkan kepada Mak Timah. Mak Timah yang melihat gambar tersebut terbeliak mata, seakan - akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Gambar itu cukup membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh Anita adalah betul. Setelah itu, Mak Timah tersenyum puas. Penuh makna. "Macam mana? Hebat tak anak mak ni?" "Hebat!! Sangat hebat! Mak tak sangka pulak kau boleh buat anak Datuk tu benar - benar terpikat dengan kau..." "Anita kan, anak mak? Tengok lah maknya siapa..." "Macam mana si Ainul tu tahu kau dengan suami dia...?" "Masa tu, Anita panggilkan dia sekali masuk pejabat Fariesh. Anita call guna telefon Fariesh lah. Hmm.. Dipendekkan cerita, masa tu, Anita cuba tolong Fariesh yang sakit. Masa dia datang, apa lagi, terus Anita berlakon mesra dengan Fariesh. Mak nak tahu..." "Dah, dah.. Aku tak nak dengar.." Berubah riak wajah Anita mendengar kata - kata Mak Timah. Orang tua itu pasti masih tidak mempercayainya. "Kenapa pulak?" "Tu bukannya anak Datuk tu terpikat dengan kau. Tu berlakon je namanya. Ngokk.. Aku ingatkan anak datuk tu betul - betul syok kat kau. Heiiiishh.." "Memang lah betul, yang Fariesh dah jatuh cinta dengan Anita. Buktinya, dia selalu layan Anita baik. Selalu bagi apa yang Anita nak.." "Apa yang dia bagi kat kau? Angin?" "Mak nampak tak kat laman rumah kita tu apa?" "Mata aku belum buta lagi sampai tak nampak kereta kat depan rumah tu.." "Haa.. Tulah kereta yang Fariesh bagi dekat saya, mak.." akui Anita, padahal hanya tipu semata – mata. Huh... Banyaklah Fariesh nak bagi. Tu kereta syarikat aje kot.. Harapkan Fariesh nak bagi? Habuk pun tak dapat... "Alahh.. Aku masih tak percaya. Kalau pun betul, aku masih tak puas hati. Selagi anak Datuk tu tak jatuh ke tangan kau, jadi laki kau, aku takkan pernah puas hati.." ujar Mak Timah lantas berlalu ke dapur, meninggalkan Anita yang duduk bersendirian di situ. Huhh.. Fariesh.. Fariesh... Fariesh.. Asyik - asyik, Fariesh! Macam tak ada lelaki kaya lain dah kat dunin ni! Anita melepaskan keluhannya mendengar kata - kata Mak Timah. Baginya, bukan senang hendak memujuk Fariesh untuk mengambilnya sebagai isteri. Hendak bertentangan mata pun payah. Yelah. Dah gay. Takkan nak jatuh hati dekat aku kot? Huh... Mak ni pun satu. Boleh tak kalau aku pergi pikat lelaki lain selain Fariesh tu? Dia tu buat aku rasa nak muntah mak tau? Rizwan tu pun dah okey dah. Cukup aje sifat lelaki idaman aku. Baik, penyayang, romantik, yang penting hensem... Memanglah tak sekaya Fariesh tapi at least, ade jugak keje. Nanti, taklah aku terseksa jiwa dan raga macam aku dengan lelaki yang tak ada perasaan langsung kat perempuan. Macam Fariesh tu?? Simpang malaikat 44 pun aku tak hingin dah. Menjijikkan.. Eeeeww... "Mak, kalau Anita cakap sikit boleh?" kata Anita dengan nada suara yang agak besar. Berharap agar si ibu mendengar dari dapur. "Hah, ape pulak tu?" "Boleh tak kalau kita lupakan saja plan kita, pasal nak goda Fariesh? Anita tak berapa berkenan dengan dialah mak.." "Apa kau kata? Ke, telinga aku ni pekak??" Mak Timah keluar semula dari dapur lantas berdiri bertentangan dengan anaknya. Panas hati mendengar bait - bait kata Anita itu. "Yelah.. Sekali sekala, Anita nak jugak rasa bahagia. Tak bolehlah kita selalu nak runtuhkan kebahagiaan orang lain sampai korbankan kebahagiaan kita sendiri. Huhuhu..." "Kau nampak senduk ni? Kalau kau nampak, maksudnya kejap lagi kau kena ketukan padu senduk ni. Aku penat - penat bagi izin kau kerja kat situ nak pikat laki perempuan tu, kau boleh pulak nak batalkan gitu aje?? " "Alaa.. Anita penatlah, mak. Asyik nak menjatuhkan Ainul aje keja kita. Bila lagi kita nak maju ke depan?" Ke nak aku bagitahu kat mak pasal Fariesh? Tapi, Rizwan tak nak aku sebarkan kat siapa - siapa dulu rahsia Fariesh tu.. Aduhhhhhh... Mak ni pun bermasalah jugak. Sekali aku bagitahu,kejap lagi satu kampung boleh tahu. Aku bukan tak tahu mak ni macam satelit bergerak.. "Kau nak tolong aku ke tak? Bukan kau pernah kata kat aku yang kau nak tengok perempuan tu jatuh tersungkur depan kau? Kau tak ingat apa yang keluarga dia dah buat kat mak dulu? Kau dah tak ingat??'" Anita mencebik lantas memeluk kusyen yang berada di sebelahnya. Bebelan maknya itu sudah boleh dijangka akan berlaku apabila perkara itu disuarakan. Dia merasakan dirinya seperti tiada kebebasan ataupun hak untuk bersuara. Tidak ubah seperti dikongkong. Iye - iye je mak Ainul tu pernah buat dajal dengan mak. Aku pun kadang - kadang terpikir jugak. Betul ke tidak apa yang mak aku cakap. Kalau fikir logik akal, aku rasa, mak yang pernah pedajal orang. Ni, mak Ainul yang pedajal mak? Macam tak masuk akal pun ada. Anak dia yang lembik macam sayur tu pun senang kena buli aku tengok, tak ada pulak ada ciri - ciri macam mak cakap. Biar betul?? "Oi, dengar tak apa yang aku cakap ni??" Tokkk! Bunyi kepala senduk tersebut mengena kepala Anita membuatkan gadis itu mengaduh kecil kerana sakit yang berdenyut - denyut. "Aduh, sakitlah mak! Mak ni, tak sah kalau tak ketuk kepala Anita..." "Yelah. Biar otak kau berfungsi sikit Kau jangan nak mengada - ngada nak tukar plan. Aku sanggup tidur sorang - sorang kat sini, bagi kau kerja kat bandar tu sebab benda tu. Kau kena ingat, dendam kita tak akan terbalas selagi anak Datuk tu tak jatuh ke tangan kau!" Ceramah terakhir tersebut dilontarkan kepada Anita sebelum menghilangkan diri semula ke dapur. Anita mencampak kusyen yang dipeluknya tadi ke lantai sebagai tanda protes. Huh! Tu dendam mak sorang aje! Ape pun tak boleh!! Aku pun tak pernah berdendam kat Ainul sampai macam tu sekali! **************** "Abang!!" tersentak Fariesh yang masih terduduk di birai katil tatkala Ainul menerjahnya dari belakang sambil memeluk pinggangnya dengan penuh mesra. "Amboi... Happy semacam aje abang tengok Eisya ni. Ada apa - apa ke? Atau, semalam silap makan?" Memuncung Ainul mendengar ayat suaminya itu. Pura - pura tak tahu pula. "Abang memang.. Sengaja kan, nak sakitkan hati Ainul?" Fariesh memusingkan tubuhnya lantas menghadap Ainul yang mula memeluk tubuh itu. "Sayang, pandang abang, please.." "Tak nak!" "Pandanglah, abang..." "Tak mau!!" "Hmm... Buruk benar rupa Eisya merajuk..." "Eee... Jahat tau!!" Ainul menumbuk lembut bahu Fariesh. Tidak tahan dengan usikan lelaki itu. Dalam diam, hatinya terasa ingin melonjak mendengar Fariesh memanggilnya sayang. Sungguh! Sayangnya tumpah begitu banyak buat lelaki itu. Sayangnya melebihi Zafira. Satu kucupan hinggap di pipi Ainul. Mata Fariesh memanah tepat ke anak matanya. Wanita itu pula mulai menunduk kerana tersipu - sipu malu. Tidak menyangka akan tindakan Fariesh yang seberani itu. "Thanks for being my wife. Abang sangat bahagia bersama Eisya. Kalau abang tahu selama ni Eisya seorang yang dapat membahagiakan abang, dah lama abang ikut arwah ayah Eisya masuk rumah Eisya, jumpa Eisya, kita berkenal - kenalan macam biasa” “Eh? Yang sebelum ni kata pernah ke datang kampung?” “Memanglah pernah. Itu masa abang dengan Eisya kecik – kecik lagi. Macam mana nak nampak Eisya comel ke tak. Abang nampak berbalut aje dengan kain. Muka merah lagi masa tu. Tapi, stay dalam kereta ajelah. Nak keluar masa tu pun cuak.Takut kena gigit nyamuk. Arwah pernah bagitahu kat kampung banyak nyamuk.. hehe..” ujar Fariesh lantas tersengih. “Amboi, sampai macam tu sekali takut abang tu?” usik Ainul. “Yelah. Abang tak macam Eisya. Abang budak bandar. Lagipun, kalau masa tu abang masuk rumah Eisya, mesti dapat tengok Eisya dah pandai berjalan masa tu. Lepas tu, bolehlah kita jadi kawan, rapat – rapat. Bila dah besar, jumpa balik. And then, abang masuk meminang Eisya. Hmmm.. Best kan? Tapi, kita jumpa dan bersama atas satu benda yang abang rasa tak patut sebenarnya berlaku. Abang tak sangka apa yang abang buat masa tu mendatangkan satu kesan yang sangat besar dalam hidup abang dan Eisya. Sayang, I'm so sorry for what happen to you that time..." Ya! Dia terharu dengan kata - kata lelaki itu membuatkan Ainul sekali lagi memeluk lelaki itu dengan erat. Dia tidak peduli apa - apa kerana hanya dengan cara itu sahaja, dia mampu untuk meluahkan betapa dia menghargai kewujudan lelaki itu dalam hidupnya. Bukan Haris apatah lagi Hairil. Hanya Fariesh Faridzam! "Tak, bang. Abang jangan cakap macam tu. Eisya bersyukur dengan hikmah yang muncul di sebalik apa yang berlaku pada Eisya. Kalau tak berlaku macam tu, mana mungkin kita boleh kenal, bang? Mana mungkin Eisya boleh dapat suami macam abang. Terima kasih, abang. Eisya rasa bahagia. Bahagia sangat dengan abang..." Fariesh tersenyum tatkala didakap wanita kesayangannya. Jujur, dia sendiri pun tidak akan menyangka sama sekali kehadiran wanita itu dalam hidupnya merubah segalanya. Mengubah dia menjadi seorang yang menghargai seorang wanita. Mengubah dia supaya kembali berani untuk hidup bersama - sama dengan wanita. Malahan, paling penting, dia kini jatuh cinta dengan seorang yang bergelar wanita! Betapa hebat kuasa Tuhan, Maha Pencipta sekalian alam! "Abang sayang..." "Iye, Eisya sayang..." "Temankan Eisya ke belakang rumah kejap. Boleh?" "Eh, bukan ke pernah kata nak tunjuk something kat abang? Kenapa nak pergi belakang pulak?" "Yang tu nantilah. Temankan Eisya kejap..." "Nak buat apa pulak nak ke situ malam - malam macam ni?" "Alaa.. Kejap je. Please... Eisya tertinggal novel Eisya kat belakang pagi tadi. Lupa nak ambil..." "Kenapa tak ambil esok aje??" "Ingat nak baca malam ni. Please..." Ainul menarik tangan Fariesh keluar bilik. Biarpun agak keberatan, kerana sayang, lelaki itu terpaksa menurut kehendaknya. Sesudah berada di hadapan pintu keluar, Ainul melepaskan pegangannya kemudian cepat - cepat membuka pintu tersebut dan menutupnya semula. Seperti menghalang lelaki itu daripada mengekorinya. Ainul menjelirkan lidahnya dari luar cermin tingkap bersebelahan dengan pintu tersebut. "Eisya, tadi kata nak ambil novel? Ni kenapa nak buat macam ni pulak?" Ainul terus - terusan berkelakuan tersebut sambil tangannya melambai - lambai lelaki tersebut. "Huh, tak lawak pun. Abang tak nak main dah. Abang penat. Nak balik bilik..." Fariesh berpaling untuk kembali semula ke bilik. Namun, serentak dengan itu, kedengaran suara Ainul menjerit dari luar. "Abang!!! Tolong!!!!" Fariesh berpaling semula. Kelibat Ainul didapati sudah tiada di situ. Ke mana wanita itu menghilang? "Eisya, jangan takutkan abang! Eisya?" Namun, tiada sebarang sahutan dari luar. Malahan, kelibat wanita itu juga tidak juga muncul. "Eisya!!!" Fariesh cemas. Mula teringat akan ugutan Rizwan. Sehelai nota daripada lelaki tersebut yang menyatakan bahawa dia akan melakukan sesuatu terhadap dirinya. Adakah Ainul telah diapa - apakan oleh lelaki tersebut? Serentak dengan itu, dia meloloskan diri keluar dari villa bagi mencari kelibat istrinya. Hanya beberapa langkah, kakinya mula kaku. Ada sesuatu di hadapannya. "Selamat hari jadi, sayang..." Kelihatan Ainul sedang berdiri di suatu ruang taman yang dikelilingi dengan biasan cahaya lilin yang bersinar indah. Di tengah - tengah ruangan tersebut kelihatan satu set tempat duduk khas untuk dua orang. Keadaan di situ yang pada kebisaannya hanya bergantung kepada satu lampu yang berfungsi mengurangkan kegelapan di situ kini kelihatan begitu terang dan indah dengan adanya cahaya kecil dari lilin - lilin yang dinyalakan. Fariesh mengurut dada lantas bercekak pinggang. Cemasnya pada kehilangan isterinya sebentar tadi sirna begitu sahaja tatkala mendapati kelibat Ainul berada di hadapannya. Ainul mendekati Fariesh lantas menarik tangan suaminya itu sebelum menyuruhnya duduk di situ. Namun, Fariesh enggan mengikuti kehendak isterinya. "Abang sampaikan risau sangat - sangat sebab Eisya tadi tau. Sampai hati Eisya macam buat tak ada apa - apa aje yang berlaku..." Mendengar rajuk suaminya itu, Ainul mendakap pinggangnya sebelum mengucup manja pipi Fariesh. "Maaf, abang. Eisya nak bagi surprise kat abang aje tadi. Abang jangan marah ek? Eisya sayang abang sangat - sangat..." Fariesh merasakan kehangatan tubuh isterinya mula menjalar masuk melalui permukaan kulitnya. Rambut Ainul diusap dengan penuh rasa sayang. Wajah wanita itu ditatap seperti tidak mahu memandang ke tempat lain. "Macam mana Eisya tahu hari ni hari jadi abang?" "Eisya check kat IC abang.." "Tapi hari ni bukan hari jadi abang..." "Hah? Yeke? Takkan Eisya silap tarikh kot??" Menggelabah Ainul mendengar kata - kata Fariesh. Manakan tidak, pagi tadi sudah banyak kali Ainul memeriksa haribulan hari itu supaya tidak berlaku kesilapan. Berniat untuk memberi kejutan buat suaminya. Malahan, dia sanggup mengubahsuai tempat tersebut tanpa bantuan sesiapa. Bukan Bibik, apatah lagi Mak Jah. Chup! Bibir mereka bertemu. Sekali lagi Ainul menjadi tidak keruan. "Comelnya sayang bila menggelabah macam ni.." "Huh? Apa ni?" "Abang gurau aje tadi. Betullah hari ni hari jadi abang. Thanks, sayang..." "Eee... Tak baik tau.." Tergelak Fariesh apabila tangan lembut Ainul menampar bahunya. Lantas, lelaki itu memcempung tubuh Ainul tanpa mempedulikan jeritannya. "Abang, turunkanlah Eisya! Eeee..." "Abang tak kira. Abang nak buat jugak. Eisya jangan nak membantah cakap abang. Kata hari ni hari jadi abang. So, janganlah marah - marah kat abang. Eisya ikut aje apa yang abang nak.." Pipi wanita itu kemerah - merahan menahan rasa malu. Hatinya menjadi tidak keruan. Malahan, denyutan nadi kian berkocak deras. "Eisya tak ada hadiah special untuk abang. Tapi, Eisya ada masak something special untuk abang.." "Kalau abang tak nak makan?" "Ermmmm, abang tak nak makan, abang mintak ajelah apa yang abang nak.." "Apa - apa aje?" "Ye. Apa saja. Eisya sanggup buat.." Fariesh semakin ligat mengusik isterinya. Suka benar dengan telatah Ainul yang kadang - kadang mencuit hati. Menggelabah, merajuk, marah, bermasam muka, gembira. Semua yang ada pada Ainul itu indah pada matanya. Tiba - tiba hujan turun dengan lebatnya membuatkan Fariesh yang masih mendukung Ainul bergegas masuk ke dalam villa semula. "Hujanlah..." "Alaaa... Penat Eisya masakkan untuk abang. Eisya dah siap letak kat luar dah.." "Nak buat macam mana. Kalau bawah bumbung tadi tak apa jugak.." "Manalah Eisya tau hari nak hujan. Ramalan cuaca petang tadi kata okey aje.." Panjang sejengkal muncung Ainul kerana usahanya itu gagal. Segala penat lelah yang dicurahnya seharian menyusun atur tempat tadi dirasakan tidak berbaloi. Sayu pun ada ada. Kecewa, apatah lagi. "Kalau Eisya ingat lagi, masa kat Penang dulu pun hujan macam ni jugak kan?" Merah pipi Ainul mendengar kata - kata Fariesh. Spontan saja fikirannya terimbau kembali detik - detik mereka kebasahan berhujan di bumi kenyalang pada hari pertama menjejakkan kaki di situ. “Ingat. Kenapa, abang?” soal wanita itu tersipu – sipu. “Eisya comel sangat masa tarik tangan abang…” ujar Fariesh. Ainul tersenyum. Namun tidak lagi bersuara kerana terlalu malu. Mengenangkan detik indah berkenaan ketika dia berada dalam dukungan Fariesh menjadikan hati wanitanya tidak keruan. "Eisya.." "Ye, abang?" Ainul memandang wajah suaminya yang dari tadi tidak putus - putus merenungnya. Fariesh tampak sungguh berbeza ketika itu melalui pandangannya. Secara tiba - tiba perasaan berdebar - debarnya menyerbu. "Eisya sanggup lakukan apa saja untuk abang kan?" "Kenapa pulak abang cakap macam tu?" soal Ainul, pelik dengan pertanyaan Fariesh. Fariesh dilihatnya mendekatkan jarak wajah mereka. Ainul menurut sahaja apa yang dilakukan oleh suamnya itu. Sekali lagi kucupan Fariesh bertamu. Bukan pada bibir, tetapi pada dahinya. Kali ini, agak lama. Seluruh tubuh Ainul tika itu terasa seperti terkena renjatan elektrik. Urat - urat saraf yang ada di seluruh penjuru kulitnya kejang. Tubuhnya kini lemah. Fariesh mengangkat semula wajahnya. "Kita masuk bilik ye, sayang..." Fariesh bersuara semula. Ainul hanya mengangguk sahaja sambil memaut leher lelaki itu, menanti sahaja tindakan Fariesh yang selanjutnya sebaik sahaja kaki Fariesh mula melangkah menuju ke bilik mereka.

No comments:

Penguin Doing Jump Ropes Backwards