About Me
- Ani Mj
- Sekiranya ada pertanyaa atau komen, bolehlah add saya di akaun wechat : Ani_Mj, fb : Ngu Ani Mj, dan Twitter : Annie Ngu. Inshaa Allah, segala permasalahan anda akan saya cuba rungkai. ^____^ , Malaysia
Mesej Untuk Semua
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... SEMOGA ANDA SEMUA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...
Friday, May 29, 2015
NOVEL : KERANA DIA LELAKI TARUHAN
Zuliyana Yasmin, gadis yang berperwatakan kasar, namun masih mempunyai naluri seorang wanita. Kehidupan normalnya berubah apabila seorang lelaki muncul dalam hidupnya dan menjadi sahabat baiknya, Amar. Lelaki itulah yang merealisasikan impiannya untuk berpenampilan seperti seorang gadis yang menawan.
Amar Aizad - Zul, kau kata kau boleh petik jari aje untuk dapatkan sepuluh orang lelaki yang datang dekat kau, kan? Aku tak nak kau pikat sepuluh lelaki, tapi aku nak cabar kau pikat Asyfar Hakimi!
Zuliyana Yasmin - Eleh, ingat aku tak boleh ke? Okey, aku terima cabaran kau! Aku jamin aku akan menang!
Asyfar Hakimi - Yana, saya betul - betul cintakan awak. Saya sanggup tinggalkan perempuan - perempuan tu sebab awak, Yana. Saya buat semua itu untuk buktikan yang saya serius dengan awak. Terimalah saya..
Kerana misi yang tidak masuk akal itu, Zuliyana Yasmin turut terperangkap dengan cinta Asyfar Hakimi yang tulus itu. Gadis itu buntu. Tidak mampu untuk menipu bahawa dia juga mencintai lelai itu. Lantas, dia mengambil keputusan untuk menyerah kalah, melupakan pertaruhan mereka, dan menerima sepenuhnya cinta Asyfar.
Amar Aizad - Aku pun suka kau, Zul. Tapi kau langsung tak pedulikan perasaan aku. Kalau kau betul - betul nak bersama Asyfar, kita putus kawan!
Zuliyana sayangkan hubungan persahabtannya itu. Pelbagai halangan yang terpaksa dihadapi dan akhirnya, dia tetap bersama dengan Asyfar sehingga ke jinjang pelamin. Entah bagaimana, bukti perjanjian pertaruhan antara dia dan Amar jatuh ke dalam genggaman Asyfar lantas mengundang amarah lelaki berkenaan kerana merasakan dirinya dipermainkan.
Asyfar Hakimi - Aku tak pernah menyangka, sampai macam tu sekali kau dengan Amar jadikan aku permainan taruhan korang. Aku ikhlas dengan kau, tapi rupa - rupanya kau penipu, Yana! Aku takkan maafkan kau!
Zuliyana Yasmin kian bingung. Lelaki yang satu - satunya dia cintai telah berdendam dengannya. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu kehilangan Amar sebagai sahabat sejatinya walaupun Amar masih mendesak supaya menerima cintanya. Apa yang harus dia lakukan? Hanya dia sahaja yang ada jalan penyelesaian itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment