About Me

My photo
Sekiranya ada pertanyaa atau komen, bolehlah add saya di akaun wechat : Ani_Mj, fb : Ngu Ani Mj, dan Twitter : Annie Ngu. Inshaa Allah, segala permasalahan anda akan saya cuba rungkai. ^____^ , Malaysia

Mesej Untuk Semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... SEMOGA ANDA SEMUA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...

Friday, May 29, 2015

NOVEL 'DIA BUKAN P.L.U!' BAKAL DITERBITKAN!

Untuk kesekian kalinya, setelah 4 tahun saya resubmit novel saya yang pertama ini, akhirnya, Tuhan beri juga jalan untuk saya meneruskan cita - cita saya. Bermula dari 2011, saya menulis novel ini dengan tajuk 'Aku Pencintamu'. Saya submit ke banyak syarikat penerbitan. Ada yang memberi respon dan ada yang langsung tidak memberikan sebarang komen mahupun jawapan. Tapi, sepanjang proses cubaan saya menghantar manuskrip ini, kebanyakannya menolak manuskrip saya kerana tidak memenuhi kriteria yang mereka inginkan. Mula - mula tu rasa kecewa juga. Tapi, saya teruskan niat saya. Saya kuatkan semangat saya dan saya buat semakan dan edit semula manuskrip untuk ini sampai 10 kali. Dan kemudiannya, saya hantar ke sebuah syarikat penerbitan yang agak baru iaitu October setelah saya buat semakan dan edit semula jalan cerita, dan kemudian, saya tukarkan tajuk kepada "Dia Bukan P.L.U!". Yang menariknya tentang syarikat ini, syarikat ini memberikan respon yang sangat cepat dan hanya mengambil masa sebulan lebih untuk menilai manuskrip saya. Setelah itu, pihak editor memberi maklumbalas menerusi emel yang menyatakan, manuskrip saya diterima. Alhamdulillah. Setelah menanti agak lama juga (4 tahun), ada juga pihak yang mahu memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan novel saya ini. Pada yang pernah membaca novel ini sepertimana yang saya pernah hantar di laman web Penulisan2u serta di blog ini, untuk yang bakal diterbitkan ini, terdapat sedikit kelainan berbanding yang sebelum ini kerana saya dah buat lebih 50% penambahbaikan setelah ditolak banyak kali. Sedih tak sedih? hahaha.. tak apa. Berkat gigih berusaha, hasilnya pasti memuaskan. Apa yang penting, jangan berputus asa dan jangan fikir negatif terhadap usaha orang lain yang menampakkan kelemahan kita. Sebab dari kelemahan itulah, kita perbaiki, kita belajar dan kita bangkit semula. Saya berterima kasih kepada pihak - pihak yang memberikan kritikan negatif kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membuka mata dan minda saya untuk terus ke hadapan. Insya-Allah, dalam masa lebih kurang 6 bulan dari sekarang, 'Dia Bukan P.L.U!' bakal diterbitkan dan akan berada di pasaran. Bagi pembaca dan pencinta novel, terima kasih sangat - sangat. kalau bukan kerana anda semua, tidak akan lahir para novelis tempatan yang mampu mencipta sebuah cerita yang mantap dan setanding dengan novel - novel di luar sana. Sampai berjumpa lagi! Kalau ada sebarang pertanyaan mahupun komen, bolehlah add saya di twitter @Annie_Ngu, atau emel ke zurianimuhd.junaidi@yahoo.com ataupun WeChat saya, id : Ani_Mj. Salam Sya'aban.

No comments:

Penguin Doing Jump Ropes Backwards