Semakin merindu... (22)
"Assalamualaikum..." sapa Ainul kepada jururawat tersebut.
"Waalaikumsalam... Eh, Ainul! Macam mana awak boleh ada dekat sini?" balas jururawat berkenaan dengan ramah.
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya join program baktisiswa anjuran pusat pengajian kampus saya. Emmm, boleh saya jumpa dengan Datin Maznah? Rasa - rasa dekat dua minggu lebih dah kita tak jumpa kan?"
"Oh, jadi awaklah antara student yang terlibat untuk baktisiswa tu ek? Tak sangka boleh jumpa lagi. Nak jumpa Datin ek? Mari saya tunjukkan. Hari ni, awak kira bertuah tau, sebab menurut rekod, Datin dah okey sikit.."
"Oh ye ke? Alhamdulillah... Jadi, kiranya saya boleh berborak - borak dengan dia la ni ek?'
"Insya Allah, boleh. Jom.."
Ainul hanya sekadar membuntuti jururawat tersebut dari belakang sebelum dibawa ke sebuah wad khas.
"Dia ada kat dalam. Tapi, sebelum tu, saya nasihatkan, Ainul borak macam biasa aje. Kalau boleh, jangan sentuh pasal kisah silam Datin. Takut Datin tak suka, dan penyakit dia berkemungkinan akan datang balik.."
"Maksud cik?"
"Datin dah okey tapi tak sembuh sepenuhnya. Kami khuatir, penyakit Datin kembali menyerang Datin. Dia pernah mencederakan beberapa orang pesakit dekat sini sampai ada yang luka teruk..."
Gulp! Ya Allah, mintak - mintaklah tak berlaku...
"Oh.. Okey.. Terima kasih ek.."
"Sama - sama. Nanti, kalau ada apa - apa, panggil saya. Saya ada kat bilik sebelah," kata jururawat itu lagi.
Ainul mengetuk pintu wad.
"Assalamualaikum.."
Tiada sebarang sahutan dari dalam.
"Assalamualaikum, Datin..."
Kali ini, nada suaranya dikuatkan sedikit.
"Waalaikumsalam. Ye, sapa tu? Awak ke, Nina?"
"Err.. Tak. Saya bukan Nina. Saya student. Nak jumpa Datin, boleh?"
"Student? Masuklah. Pintu tak berkunci tu.."
Nada suara wanita itu kedengaran seperti seorang yang normal sahaja. Sudah pulihkan dia? Ainul memulas tombol pintu dengan hati yang penuh debaran. Sebentar kemudian, penglihatannya jelas menangkap sesusuk tubuh yang sedang bertelekung sambil duduk berteleku di atas sejadah.
"Err.. Maaf, Datin. Saya mengganggu Datin ke?"
"Eh, taklah. Saya baru aje selesai Zuhur. Ni, nak jumpa saya ni, dah Zuhur belum?" tanya wanita tersebut.
"Err.. Dah, Datin.."
Dia sungguh berbeza daripada apa yang aku jumpa hari tu! Sungguh! Datin Maznah yang ada kat depan aku ni dah macam orang lain..
Puan Maznah menghadiahkan senyuman sebelum menanggalkan telekungnya. Dia kemudian menjemput wanita itu supaya duduk bersebelahan dengannya di birai katil. Ainul akur dengan pelawaan Puan Maznah.
"Saya tahu, awak mesti nak temu bual saya kan?"
"Macam mana Datin tau?"
"Sebelum ni pun, ada jugak yang datang cari saya. Dah ramai student macam awak ni saya jumpa. Selalu buat program kat hospital ni..."
"Oh.. Err.. Datin tak kisah ke?"
Debaran di dada wanita itu masih belum sirna. Baginya, itulah pengalaman pertamanya berdua - duaan dengan pesakit mental.
"Tak kisah pun. Saya suka berkongsi cerita dengan sesiapa yang saya rasa senang. Lupa pulak nak tanya. Nama siapa?"
"Saya Nur Ainul Fariesya. Panggil Ainul aje.."
"Oh, Ainul... Sedap nama tu. Padan dengan orangnya..." puji Puan Maznah sambil mencuit dagu wanita tersebut. Ainul hanya sekadar malu - malu diperlakukan sebegitu.
"Kalaulah saya ada anak perempuan macam Ainul.. Comel.. Ayu.. Sedap mata memandang... Hati saya pun jadi sejuk aje bila pandang Ainul..."
"Kalau tak keberatan, Datin boleh anggap Ainul macam anak Datin sendiri. Tu pun, kalau boleh.."
Puan Maznah tersenyum lagi. Sungguh senang hatinya mendengar kata - kata Ainul. Didakapnya Ainul dengan mesra tanpa meminta keizinannya.
"Err.. Datin.."
"Saya nak peluk anak saya sebentar..."
Suasana senyap seketika. Ainul membiarkan wanita tu itu mendakap tubuhnya selama yang dia mahu. Ingin bersuara, dia tidak sanggup kerana khuatir akan merosakkan suasana tenang di bilik tersebut. Sememangnya dia juga sangat menginginkan dakapan seorang insan bernama ibu. Benar. Dia tidak sempat merasa kasih sayang seorang ibu semenjak usianya sehari selepas dilahirkan. Manakan tidak, ibunya berusaha keras untuk melahirkannya dan sanggup untuk mengorbankan nyawanya sendiri demi melihat dirinya bernafas sehingga ke hari ini. Sungguh, dia teringin sekali menatap wajah ibunya walau hanya untuk seketika. Yang hanya mampu ditatap adalah gambar lusuh milik arwah ayahnya sewaktu arwah ibunya sedang mengandungkan dirinya berserta gambar kahwin mereka.
Ainul tidak mampu menahan sebaknya yang menolak - nolak pintu perasaannya untuk diluahkan. Dadanya semakin berombak. Kedua - dua tangannya mula membalas pelukan Puan Maznah, dan akhirnya, dia teresak - esak meluahkan perasaan rindunya pada seorang ibu.
"Ainul, ada masalah ke? Cuba cerita kat... Ermmm.. Boleh tak panggil saya ibu? Panggil aje. Saya tak kisah... Saya teringin sangat nak anak macam Ainul.."
Dakapannya pada Puan Maznah semakin dikejapkan. Wanita itu seperti memahami perasaannya. Dia tidak kisah dengan siapa dirinya berpelukan. Baginya, di hadapannya itu adalah seorang ibu. Bukan lagi pesakit mental.
"Terima kasih.... Ibu...."
Puan Maznah menarik nafas lega sambil tangan kanannya mengurut - urut belakang wanita itu bagi memberi ketenangan kepadanya. Ainul mesti mempunyai sebab tersendiri kenapa dia berkelakuan sedemikian.
"Ainul tak kisah ke ni? Sebab ibu kan, bukan seperti ibu - ibu yang Ainul jumpa kat luar sana. Ibu sakit. Sakit ibu, tak siapa yang suka. Mana - mana orang yang jumpa ibu, mesti takut ibu. Sebab mereka kata ibu gila. Ya, ibu gila. Tapi, tu dulu. Sekarang, ibu sudah semakin sembuh. Ibu bersyukur pada Tuhan sebab bagi peluang kat ibu untuk sembuh. Bagi kesempatan kat ibu untuk mengingatiNya. Ibu harap, lepas ni, ibu dapat jalani kehidupan ibu macam biasa..."
Ainul yang dari tadi membisu, meleraikan pelukannya perlahan- lahan sambil menatap wajah Puan Maznah. Dia perasan, Puan Maznah turut menitiskan mutiara jernih di matanya. Namun, tidak pula teresak - esak seperti dirinya. Mungkinkah itu tangisan seorang ibu?
"Ibu jangan sedih. Ainul tak pernah terfikir pun ibu siapa. Ainul gembira sangat - sangat, ibu sudi jadikan Ainul anak ibu. Ainul rasa bertuah, ibu. Selama hayat Ainul, Ainul tak pernah menatap wajah ibu kandung Ainul dengan mata Ainul sendiri sampailah hari ni. Ibu Ainul meninggal lepas lahirkan Ainul. Ainul teringin sangat nak rasa kasih sayang seorang ibu..."
Jemari runcing Ainul berhati - hati menyapu sisa airmata yang berbaki di pipi Puan Maznah. Wanita tua itu membiarkan sahaja Ainul berbuat sedemikian.
"Kalaulah arwah ibu Ainul ada, dia mesti bangga memiliki anak seperti Ainul. Ibu tak pernah mesra sebegini dengan mana - mana pelawat yang datang berjumpa ibu sehinggalah Ainul datang sini. Ainul sangat baik..."
"Tuhan itu Maha Adil, ibu. Dia mungkin ambil ibu kandung Ainul dari Ainul, tapi, dia datangkan ibu dalam hidup Ainul..."
"Terima kasih, sayang..." Puan Maznah mencapai tangan Ainul lantas menggenggamnya dengan kemas.
"Ainul..."
"Ye, ibu.."
"Siapa Ainul yang sebenarnya?"
Ainul memandang wajah Puan Maznah dengan hati yang berdebar.
"Maksud ibu?"
"Ibu harap, Ainul berlaku jujur dengan ibu. Ibu tak nak hubungan kita berakhir sampai sini sahaja. Ibu cuma nakkan kepastian.."
Gulp! Tekak terasa perit menelan air liur. Dada Ainul semakin hebat berdegup.
"Seingat ibu, kita pernah bertemu, bukan? Ibu ingat lagi. Masa tu, ibu nampak Ainul kat depan rumah bekas suami ibu,"
Datin dah okey tapi tak sembuh sepenuhnya. Kami khuatir, penyakit Datin kembali menyerang Datin. Dia pernah mencederakan beberapa orang pesakit dekat sini sampai ada yang luka teruk...
Ainul menjadi tidak keruan. Kata - kata jururawat tadi berlegar - legar dalam mindanya sementara matanya masih lagi memandang ke arah Puan Maznah yang mula berubah air muka itu.
**************************************
Pintu rumah diketuk. Masing - masing serentak mengenakan tudung, malahan ada yang memastikan dirinya sentiasa kemas. Nadia menuju ke arah pintu dan membukanya. Kelihatan kelibat Hairil berdiri di sebalik pintu. Mereka berdua seperti sedang membisikkan sesuatu. Mira curi - curi memandang telatah kedua - duanya. Nadia dilihatnya sedang menerangkan sesuatu. Kemudian, Hairil memandang ke dalam rumah tersebut.
"Mira!"
Mendapati dirinya dipanggil, Mira cepat - cepat mendekati Hairil yang berada di anjung homestay yang diduduki mereka.
Yes! Hairil panggil! Agak - agak, apalah yang dia nak ek? Dia suka kat aku ke??
"Ainul pergi mana?"
Senyuman gadis itu mati. Lain yang difikirkan, lain pula yang jadi. Lelaki itu mencari Ainul? Untuk apa?
"Errr.. Entahlah. Dia kata, tadi dia nak jumpa seseorang. Katanya, alang - alang free time ni. Tak taulah siapa. Kenapa nak cari dia?"
"Mestilah cari. Dah tiba - tiba lesap macam tu je. Kamu semua ni, tanggungjawab saya. Nanti kalau jadi apa - apa, saya jugak yang kena.."
"Tapi, sekarang kan kita tak ada apa - apa aktiviti? Biarlah dia nak pergi melawat siapa - siapa pun.."
"Tu salah, Mira. Tadi kan saya dah pesan, rehat kat homestay lepas gotong - royong tadi? Malam ni ada lagi tau. Kita kena buat preparation awal - awal untuk program malam ni, kena dapatkan rehat yang cukup. Lagi satu, dia pergi dengan siapa?"
"Sorang.."
Mira menjawab seperti acuh - tak acuh. Muncungnya dipanjangkan serentak dengan rasa kecewa yang menebal.
"Eh, eh, kenapa pulak tu? Buat muka macam tu pulak. Saya ada buat salah ke?"
Hairil perasan, riak wajah gadis itu berubah secara mendadak. Sebentar tadi, Mira tampak ceria disapanya. Namun, secara tiba - tiba sahaja, gadis itu kelihatan masam mencuka.
"Yelah. Biarlah Ainul tu nak pergi mana pun. Lagipun, dia tak pergi jauh mana pun, kat hospital tu balik je. Dia bukannya budak - budak..."
Hairil memerhati keadaan dalam rumah tersebut. Para peserta perempuan semua ada di ruang tamu tersebut kecuali Ainul.
"Nadia, pastikan yang tinggal ni, tak pergi mana - mana. Tolong bagitahu mereka, apa yang patut kita buat untuk malam ni. Rancang betul - betul. Mira, awak ikut saya. Kita cari Ainul.."
Mendengar kata - kata Hairil, wajah tadi yang tampak masam sahaja berubah semula menjadi penuh bercahaya dan berseri - seri.
"Saya tak silap dengar, kan?"
"Takkan ada Mira yang lagi seorang kat sini? Lagipun, awak kawan dia. Saya perlukan awak untuk tolong saya cari dia.."
"Hairil! Aku nak ikut, boleh?" Ekin bersuara dari dalam.
"Tak payah. Biar Mira aje yang ikut aku. Aku takut kalau jadi apa - apa aje..."
Wekkk.. Sibuk aje Ekin. Biarlah kami berdua aje yang pergi. Kau tak payah nak menyibuk ek... Hehe..
Mira tersengih. Dia kini bakal berdua - duaan dengan lelaki idamannya, biarpun dengan tujuan mencari teman sebiliknya, Ainul. Dia tidak kisah. Asalkan dapat bersama Hairil!
"Aku tak kira, aku nak ikut jugak! Jom!!" Ekin sudah pun berada di sebelah Hairil, membuatkan Mira mencebik bibir.
**************************************
Saya harap Fariesh maafkan saya. Saya tahu, saya dah keterlaluan. Saya tak patut bercakap buruk pasal Ainul. Saya harap, ini dapat tebus kesilapan saya..
- Anita -
Fariesh membuang kad tersebut setelah usai membacanya. Pagi itu, dia dikejutkan dengan sejambak bunga yang berada di atas meja di ruangan bilik tamu villa tersebut.
"Mak Jah, siapa yang hantar bunga ni ke sini?"
"Errr.. Tadi ada seorang gadis. Katanya, kawan Tuan. Dia suruh saya serahkan bunga ni pada Tuan. Saya tak sampai hati nak ketuk pintu bilik Tuan, jadi saya letakkan aje dekat situ dulu.."
"Ohh.. Okey. Terima kasih.."
"Sama - sama, Tuan.."
Minah ni dah tak betul ke ape? Ingat aku ni perempuan ke nak bagi bunga? Ingat aku ni nak ke perempuan macam dia tu? Tak tahu ke, aku dah ada isteri? Kawan dia sendiri pulak tu!
Pantas sahaja tangannya mencapai bunga tersebut dan mencampaknya ke lantai.
"Ni sesuai kalau bagi dekat tong sampah aje!"
Fariesh berkira - kira untuk melabuhkan punggunggnya ke sofa namun, sebentar kemudian, dia terperasan sesuatu. Ada sekeping kertas lagi tercampak keluar dari dalam bunga tersebut. Fariesh tidak jadi untuk duduk lantas menghampiri jambangan bunga tadi untuk meneliti apakah benda yang menarik perhatiannya itu.
Sekeping gambar lama mempamerkan dua kanak - kanak perempuan yang lengkap berseragam sekolah rendah. Di belakang gambar tersebut terdapat catatan yang berbunyi;
Aku dan si kecik, Ainul.
Ainul suka benda - benda yang berwarna pink
Tak kisahlah, teddy bear atau bunga.
Ainul benci coklat. Alergik katanya. Betul atau tidak, entah.
Masa ni, saya darjah 6, dia pulak darjah 4.
Comel, kan?
Tersenyum Fariesh membaca catatan tersebut. Dia merenung gambar tersebut.
Yang di sebelah kanan itu pasti Eisya. Mata dia, hidung, bibir... Sebijik macam Eisya. Comelnya Eisya masa kecik - kecik dulu!
Fariesh membawa gambar tersebut menuju ke tempat duduknya. Dia mencapai telefon bimbitnya lantas mencari nombor milik Ainul. Entah mengapa, secara tiba - tiba sahaja rindunya pada wanita itu bertandang! Nombor itu cuba dihubungi. Namun, tiada sebarang jawapan.
Agaknya, mesti dia sibuk sekarang. Hmmm.. Tak apalah. Nanti aku call dia balik...
Fariesh merenung kembali gambar tersebut dengan senyuman yang tidak pernah surut.
Kenapa aku mula rindukan Eisya? Gilakah aku?
"Dia kan isteri kau? Kalau kau rindukan dia pun, kau bukan gila, Fariesh.."
Fariesh mengetap bibir. Suara itu datang lagi. Mengganggu perhatiannya untuk bersendirian.
"Kau diam boleh tak? Sibuk aje. Kau tau ke, macam mana perasaan aku?"
"Aku? Tipu kalau aku kata aku tak tahu. Aku suara hati kau. Aku yang handle perasaan kau. Kau tak payah nak tipu diri kau. Kau tak boleh nak sembunyikan perasaan kau. Aku tahu, kau sukakan Eisya. Kau cintakan dia.."
"Tipu! Aku tak cintakan Eisya. Tak mungkin. Aku gay. Aku tak ada perasaan langsung dengan perempuan!"
"Ya, kau memang cintakan dia. Kau selesa bersama dia. Terimalah hakikat tu, Fariesh. Kau dah mula cintakan perempuan. Kau cintakan isteri kau. Manusia boleh berubah, Fariesh.."
"Diam!"
"Aku takkan diam selagi kau tak ngaku perasaan kau.."
"Aku kata diamlah!!!"
Keadaan mulai senyap. Tiada lagi gangguan suara tersebut. Fariesh mencampak gambar yang ada pada pegangannya tadi ke lantai lantas meraup wajah.
"Aku tak cintakan Eisya... Tak... Aku tak cintakan dia..."
Aku inginkan kebenaran... (23)
Tok.. Tok.. Tok..
Pintu bilik diketuk. Ainul cepat - cepat menyeka airmatanya yang dari tadi asyik merembes keluar.
"Masuk..." pinta Puan Maznah. Dia kemudian mengalihkan semula pandangannya kepada Ainul.
"Datin, masa untuk makan ubat. Ainul, masa melawat dah tamat. Nanti ada esok atau lusa, Ainul datang sini lagi ek," ujar jururawat tersebut dengan ramah.
Ainul mengangguk lantas bersedia untuk beredar. Dalam masa yang sama, Puan Maznah cuba menghalang wanita itu untuk keluar daripada bilik tersebut.
"Ainul, jangan balik dulu.. Ibu tak puas lagi nak berborak dengan Ainul.."
"Datin, datin kena berehat. Datin kena bagi Ainul balik. Insya Allah dia datang lagi, jenguk Datin.."
Ainul hanya membatu tatkala Puan Maznah mencapai kedua - dua tangannya. Dia kemudian, membiarkan sahaja wanita tua itu memeluk dirinya. Puan Maznah membisikkan sesuatu ke telinga. Air muka jururawat tadi yang memerhati gelagat kedua - duanya tiba - tiba berubah. Apa yang sedang wanita itu perkatakan pada Ainul? Janganlah hendaknya wanita itu memperkatakan sesuatu yang tidak baik pada Ainul, Ya Allah. Mesti Datin ingat lagi siapa Ainul dan di mana mereka bertemu sebelum ni.
"Err.. Datin, dahlah tu. Datin tak boleh lewat sangat makan ubat. Doktor dah pesan dah.."
"Dah tua - tua macam ni, memang susah nak lari daripada ubat - ubat ni semua. Dah jadi macam kewajipan pulak nak telan ubat - ubat. Penat saya tau.."
Puan Maznah meleraikan pelukannya. Dan setelah itu, barulah Ainul bersuara.
"Saya balik dulu ek. Cik, terima kasih sebab bagi saya peluang untuk bertemu dengan Datin. Nanti, apa - apa hal, saya akan berurusan dengan cik sahaja..." ujarnya sambil memandang jururawat tadi.
"Lain kali, panggil saya Nina aje ek. Lupa plak nak bagitahu nama saya.. Terima kasih jugak sebab sudi datang ke sini, lawat Datin..."
"Sama - sama. Assalamualaikum, ibu, Nina..."
"Waalaikumsalam.."
Ainul memandang Puan Maznah untuk kali terakhirnya sebelum memboloskan diri di sebalik pintu.
"Ainul?"
Wanita itu mencari pemilik suara garau yang menyebut namanya. Kelihatan Hairil, Mira berserta Ekin berdiri di hadapan luar wad Datin Maznah, sedang memerhatikannya.
"Apa yang awak buat dekat sini? Puas kami cari awak.." Hairil bersuara lagi. Menyedari akan airmatanya yang masih lagi merembes keluar, Ainul cepat - cepat tunduk lalu menyeka pipinya.
"Saya... Saya lawat saudara saya.."
"Awak sepatutnya bagitahu saya terlebih dahulu sebelum ke sini. Nanti kalau berlaku sesuatu ke atas awak, saya yang kena.."
"Tapi, bukan tadi awak bagitahu sekarang masa free kan? Jadi, saya boleh keluar homestay datang sini tanpa perlu bagitahu awak.."
Hairil mendengus. Kewibawaannya tercabar setelah ayat itu dilontarkan kepadanya.
"Awak dengar sini baik - baik. Saya tak pernah cuba nak halang awak untuk jumpa saudara awak dekat sini pun kalau awak bagitahu saya. Saya ketua awak. At least, saya kena tahu apa yang berlaku, ke mana awak pergi. Awak bukan ke sini atas sebab awak sendiri. Kita datang ke sini untuk beramal. Baktisiswa. Atau awak tak faham apa maksud baktisiswa?"
"Saya bukan budak - budak lagi nak kena mintak kebenaran awak nak datang sini. Saya boleh jaga diri saya sendiri!"
"Ainul, awak sedar tak apa yang awak cakap ni?? Kami dari tadi mencari awak yang entah ke mana menghilang, dengan call pun tak angkat, sms pun tak balas. Kami tengah risaukan awak, awak senang - senang aje cakap macam tu? Awak sedar tak tujuan sebenar awak datang ke sini? Bukan untuk kepentingan peribadi awak, tapi untuk program kita! Awak kena sedar yang saya ni pengarah projek ni. Komitmen awak bukan untuk melawat saudara awak, tapi untuk projek saya, awak faham tak??"
Tangisan wanita itu mulai kedengaran. Nada suara Hairil yang agak meninggi dan tegas itu mengguris hatinya. Padanya, kalau pun dia salah, tak perlulah menegur di hadapan orang lain termasuk kawan - kawannya itu. Tanpa memandang wajah Hairil, Ainul berlalu dari situ dengan langkah yang laju.
"Ainul! Tunggu!!" Mira cuba mengejar kelibat wanita itu dari belakang.
"Hairil.."
Ekin cuba untuk mencapai bahu lelaki itu, dengan usaha untuk menenangkannya. Dia faham, kemarahan sepupunya itu sedang memuncak dek kerana apa yang diperkatakan oleh Ainul sebentar tadi. Namun, lelaki itu pantas menepis. Tidak ingin sesiapa pun menyentuh dirinya hatta bahunya sekalipun tika itu.
"Kau janganlah marahkan Ainul. Kau tak nampak ke, masa dia keluar dari bilik tu tadi, muka dia dah merah padam? Dengan mata pun merah. Dia tengah bersedih tu.."
"Sedih dia aje yang dia fikir. Risau kita pada dia, ada dia nak peduli?"
"Hairil, takkan kau tak faham perempuan macam mana? Sensitif kan? Kau jangan hiraukan sangat apa yang dia cakap tadi tu. Aku jamin, mesti ada sesuatu tadi tu. Setahu aku, Ainul bukan jenis macam tu. Dia pasti ada sebab tersendiri yang kita tak boleh tahu... Relaks okey?"
Mendengar kata - kata Ekin, Hairil menarik nafas panjang, cuba untuk mencari mood baiknya.
**************************************
Suasana di dalam kelab malam kian bingit. Namun, semuanya seakan - akan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling kerana masing - masing sibuk dengan urusan sendiri. Ada yang sedang asyik menari, ada yang sedang berpeluk - pelukan dengan pasangan sendiri, ada yang sedang berborak malahan ada yang sekali sekala meneguk air syaitan. Paling memalukan, ada yang tidak segan silu bercumbu - cumbuan di sebelah Anita tanpa mempedulikan kewujudan gadis tersebut di situ.
Berkerut dahi Anita dengan apa yang berlaku di dalam bangunan tersebut. Baginya, itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke tempat sebegitu.
"Nak minum apa - apa tak?"
Teguran pemuda di sebelahnya menarik perhatian Anita. Gadis tersebut tersenyum lantas mengangguk perlahan.
"Tapi, saya tak minum..."
Rizwan tersenyum lantas memanggil pelayan di hadapannya itu untuk memberi pesanan sebelum memandang Anita semula.
"Kat sini bising sangatlah, Riz. Tak sakit kepala ke duduk kat sini lama - lama?"
Sekali sekala Anita meletakkan tangannya di telinga sebelah kerana terlalu membingitkan pendengarannya.
"Mesti you first time datang sini, kan?"
Anita tidak menjawab pertanyaan Rizwan kerana segan untuk mengakuinya.
"Well, kat sini, walaupun you nampak suasananya kecoh - kecoh, bising, gelap, tapi orang macam I memang suka sangat datang tempat ni. Mula - mula dulu pun, macam you jugak, merungut kata tak sukalah, bingitlah. Tapi, lama - lama, bila dah selalu datang sini, I rasa makin seronok pulak. Pub ni kira macam rumah kedua I sebab kat sini, I boleh lepaskan tension dekat sini.."
"Tapi... I tak suka dan tak pernah minum benda - benda yang..."
"Datang sini, tak semestinya kena minum tu semua. Kalau sekadar nak enjoy, nak menari, tak salah kan? Tu pun cara nak release tension jugak.."
Rizwan memang pandai menanam tebu di pinggir bibir. Sebelum ini, memujuk wanita itu untuk datang ke situ agak sukar juga kerana Anita tampak keras menolak. Tetapi, dengan kata - kata manis yang dilontarkan, akhirnya lelaki itu berjaya.
Anita menyedut jus yang diberikan kepadanya. Sesekali matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Tanpa sedar, tangan kanan Rizwan menyentuh dan membelai lembut rambut gadis itu. Anita pada mulanya cuba untuk menolak, tetapi akhirnya membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu.
"You know something, you adalah perempuan yang paling cantik yang pernah I jumpa sebelum ni. Rambut you, suara, gaya you yang innocent, I suka sangat..."
Berbunga hati gadis itu apabila Rizwan memuji dirinya. Namun, dia cuba untuk berlagak biasa, lantas menepis lembut tangan Rizwan yang masih menari - nari dengan rambutnya.
"Riz, you ni kan.. Ada - ada aje. I biasa jelah. Tak perlu nak puji I lebih.."
"I tak tipu you, Anita. Mungkin, you tak percaya cakap I sebab kita baru aje kenal kan? Nanti, lama - lama, you akan tahu jugak, betapa jujurnya I pada you.."
"You tak ada girlfriend ke, Riz? Tipulah kalau you kata tak ada.."
"I baru aje clash dengan girlfriend I. Sebulan yang lepas. Lepas tu, I tak terfikir lagi nak cari yang baru. I susah nak percaya dengan perempuan sebenarnya.."
"Habis tu, you boleh pulak berkawan dengan I,"
Rizwan memandang tepat ke anak mata Anita dengan penuh menggoda. Dengan perlahan - lahan, dia mendekatkan bibirnya ke telinga wanita itu.
"I sudah mula suka kat you. I tak tau kenapa I rasa I boleh bergaul dengan you. Macam yang I cakap sebelum ni, you adalah perempuan yang pertama yang I rasa lain daripada yang lain, yang berjaya tarik perhatian I. You seorang yang unik, Anita..."
Tangan kirinya mengurut - ngurut batang tengkuk tatkala bisikan itu menusuk ke dalam pendengarannya. Agak menyeramkan. Namun, berjaya menyentuh perasaan kewanitaannya. Anita tersipu - sipu menyedari Rizwan merenungnya tajam.
"Terus terang I cakap, sungguh rugi lelaki tadi tolak cinta you. Kalau I jadi dia, I takkan tolak you sebab I tahu, you adalah perempuan yang susah untuk dicari kat dunia ni.."
"Mana you tahu?"
"I boleh baca fikiran perempuan. Itu kelebihan I.." ujar Rizwan lagi lantas tangan kanannya mencapai pipi mulus Anita dan mengelusnya.
"Cantik.." bisik Rizwan ke telinganya. Anita tunduk menahan malu kerana pujian yang tidak putus - putus daripada lelaki tersebut diajukan kepadanya.
"Hi, handsome! Jomlah menari dengan kitorang. Please..."
Sekumpulan perempuan berpakaian menjolok mata itu menghampiri mereka sambil salah seorangnya memaut leher Rizwan. Anita terkebil - kebil menyaksikan apa yang berlaku di hadapannya.
"Jomlah... Lagipun kitorang dah lama tak nampak you lepak kat sini..." pinta gadis yang sedang memeluk tengkuk Rizwan. Anita mencebik. Benci dengan kumpulan gadis tersebut yang dilihatnya agak gedik itu.
Rizwan menolak lembut tangan gadis tersebut yang melingkari lehernya. Dia kemudian memandang rakan - rakan gadis tersebut yang juga sedang mengelilingi dirinya dan Anita.
"Sorry, girls. I tak boleh. I dah ada teman. Lagipun, tak elok kalau I biarkan dia sorang - sorang kat sini, sedangkan I boleh bersuka ria dengan you all,"
"Siapa dia ni? Sampai you yang tak pernah tolak kitorang sebelum ni pun dah berani tolak kitorang?" tanya salah seorang daripada mereka sambil melontarkan pandangan yang kurang senang kepada Anita.
Rizwan mencapai tangan Anita lantas menguncupnya tanpa mempedulikan reaksi Anita. Apa lagi, makin tersipu - sipu gadis itu diperlakukan sedemikian.
"Dia perempuan yang special bagi I..." jawab Rizwan ringkas. Melopong gadis - gadis tersebut mendengar pengakuan Rizwan lantas berlalu dari situ tanpa sepatah perkataan. Manakala Anita tersenyum malu lantas menundukkan mukanya, segan untuk bertentangan mata dengan Rizwan.
"Kenapa you tak join aje diorang? Diorang kawan you kan? I tak penting pun. I bukan girlfriend you..."
"Tapi, I tak nak dah pandang perempuan lain sebab I dah jumpa apa yang I cari selama ni. You, Anita. You yang I cari selama ni..."
"Betul ke ni, Riz?"
"I tak kisah kalau you tak percayakan I. Tapi, I akan buktikan apa yang cakapkan ni adalah ikhlas dari lubuk hati I.."
Rizwan menyentuh dagu milik Anita dan mengelusnya lembut. Panahan tajam matanya terus ditumpukan ke mata Anita menjadikan Anita semakin tidak mampu menetang pandangannya.
**************************************
"Ibu bersyukur sangat - sangat Fariesh dapat isteri seperti Ainul. Sekali lagi ibu minta maaf atas apa yang berlaku hari tu. Ibu bukan bersangka buruk dengan Ainul. Ibu tahu, Ainul seorang gadis yang baik. Cara Ainul sudah cukup memberitahu ibu yang Ainul bukan sepertimana yang ibu sangkakan sebelum ni. Ibu harap, hubungan kita takkan berakhir sampai sini..."
Bisikan Puan Maznah masih berlegar - legar di kotak fikirannya. Ainul menepis titisan jernih yang menuruni cerun pipinya. Dia seakan - akan dapat merasa betapa seksanya perasaan dan hati wanita tua tersebut. Segala cerita yang disampaikan oleh Puan Maznah sebentar tadi sudah cukup untuk dijadikan jawapan kepada persoalan - persoalan yang kerap menghantui mindanya biarpun kurang lengkap sepenuhnya.
"Ibu adalah ibu kandung Fariesh. Ibu dimasukkan ke sini atas sebab ibu tak dapat nak fikir waras. Ibu hilang arah tuju. Dan Fariesh menjadi mangsa kepada kekejaman ibu sendiri.."
"Mangsa kekejaman ibu?"
"Ibu dera Fariesh, seksa hidup dia semata - mata nak lepaskan kemarahan ibu pada papa dia dengan Fariesh. Ibu hampir bunuh Fariesh masa tu. Ibu tahu, sampai sekarang, Fariesh tentu benci sangat - sangat pada ibu. Mungkin jugak tak dapat nak maafkan ibu.."
"Ibu, sudahlah. Yang sudah tu, kalau boleh, kita tak perlu nak ingat balik.."
"Ainul, ibu nak minta tolong Ainul, kali ni aje. Boleh?"
"Kalau Ainul dapat tolong, Insya Allah, ibu.."
"Tolong bagitahu Fariesh, ibu minta maaf banyak - banyak. Maafkan ibu sebab tak dapat jadi ibu yang baik untuk dia. Kalau boleh, ibu nak jumpa dia untuk kali yang terakhir kalau dia sanggup.."
"Ibu, Ainul tak dapat nak janji.."
"Tolong ibu, Ainul... Ainul ajelah harapan ibu. Tolonglah. Sebelum ibu menarik nafas yang terakhir, tolonglah ibu.. Janji dengan ibu.."
"Insya Allah, ibu... Dan Ainul nak ibu janji jugak dengan Ainul, ibu jangan lagi fikir pasal ni semua. Kalau pun tak ada sesiapa yang pedulikan ibu, tak apa. Ibu masih ada Ainul. Ainul bukan orang lain, tapi isteri anak ibu jugak kan? Ainul harap, ibu lupakan semua yang pernah berlaku..."
"Ibu tak nak ungkit dah peristiwa lampau sebab ibu nak lupakan semuanya. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Ibu sangat kasihankan anak ibu, Fariesh. Dia yang paling banyak menderita disebabkan ibu dan juga bekas suami ibu. Masa itu, ibu tak dapat fikir secara waras sebab perasaan yang kawal hati dan minda ibu. Syukur Alhamdulillah, Tuhan bagi peluang kepada ibu, tunjuk kepada ibu jalan, untuk ibu mulakan hidup baru. Ibu jugak bersyukur sebab Tuhan jodohkan Fariesh dengan Ainul..."
Patutlah Fariesh sangat - sangat bencikan ibunya sehinggakan untuk menyebut nama ibunya pun dia tidak mahu mendengarnya. Kesian ibu... Tapi, kesian jugak kat Fariesh.
"Ainul.."
Ulangan dialognya bersama dengan Puan Maznah terhenti. Segala lamunannya sebentar tadi terus melayang entah ke mana tatkala disapa lembut Mira. Gadis itu kelihatan sedang berdiri bertentangan dengannya.
"Mana kau tahu aku ada kat sini?" tanya Ainul ringkas. Suasana di sekitar laman hospital tersebut yang agak meriah dengan telatah pesakit - pesakit bersama dengan pelawat masing - masing.
"Aku ikut kau dari tadi. Kau okey ke? Atau, kau marah lagi dengan kitorang?"
Gadis itu mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Ainul.
"Aku tak marah dengan korang. Sorrylah kalau aku buat korang risaukan aku..."
"Ainul, Hairil tak terniat pun nak sakitkan hati kau. Tadi dia nampak stress sangat - sangat masa nak cari kau. Dia tak sengaja nak tinggikan suara dengan kau.."
Wanita itu terdiam setelah Mira melontarkan ayat tersebut. Timbul sedikit rasa bersalah di lubuk benaknya.
"Kau nampak macam ada masalah... Kau ceritalah kat aku, okey?"
Mira mengurut - urut bahu Ainul, cuba memujuk wanita itu.
"Hairil mana?" kali ini Ainul kembali mengajukan soalan.
"Entah. Tadi, masa aku kejar kau, dia ada kat hospital lagi. Kau janganlah marah dia ek. Aku bukan nak memihak Hairil, tapi tadi aku tengok, dia betul - betul risaukan kau.."
"Aku nak minta maaf dengan dia. Aku tahu, aku yang keterlaluan tadi. Aku terlalu ikutkan sangat perasaan aku sampaikan aku lupakan tanggungjawab dia sebagai ketua kita.."
"Tak apa, Ainul. Nanti, kita jumpa dia, kau cakaplah kau nak minta maaf. Dia mesti maafkan kau. Tak pun, kalau dia tak nak maafkan kau, kau bagitahu aku, aku tumbuk muka dia.." pujuk Mira lantas mendakap Ainul.
"Sanggup ke nak tumbuk dia? Bukan Hairil tu jejaka idaman kau ke?"
"Memang pun. Tapi, kalau dia masih lagi tak nak maafkan kau walaupun kau dah minta maaf dengan dia, memang jatuh taraflah sebagai jejaka idaman aku.."
Ayat - ayat Mira mencetuskan tawa kedua - dua mereka di situ. Ainul meleraikan pelukan lantas mempamerkan senyuman di wajahnya.
"Haa.. Kan cantik macam tu? Senyum..."
"Thanks, Mira. Thanks sebab datang semata - mata nak pujuk aku.."
"No hal lah.. Kau kan kawan aku jugak?"
Ainul tersenyum lagi kemudian mencari telefon bimbitnya dalam beg tangan lantas memeriksa isinya. Terdapat 5 panggilan yang tidak dijawab berserta dua mesej daripada nombor yang tidak dikenali.
Hairil : Salam, Hairil ni. Ainul ada kat mana? Kenapa tak angkat call? Kami tengah cari Ainul ni.
Hairil : Salam... Ainul, sorry sebab berkasar dengan Ainul tadi. Saya tak patut tengking Ainul depan orang lain. Sorry sangat2...
Ainul menghembus nafas berat.
"Kenapa?" tanya Mira ringkas.
"Hairil mesej aku dua kali. Satu, mungkin masa korang tengah cari aku, satu lagi aku baru dapat tadi. Dia minta maaf..."
"Untunglaaa dapat mesej Hairil.." usik Mira. Namun, jauh di sudut hati kecilnya, dia cemburukan wanita itu.
"Eee, kau ni. Aku ni dah ada suami, kau tau?" ujar Ainul sambil mencubit lengan kanan Mira membuatkan gadis tersebut tergelak.
"Ye.. Aku tak ingat pulak. Hmm.. Aku rasa, Hairil tu macam ada perasaan dengan kaulah, Ainul. Baik kau bagitahu dia yang kau dah kahwin.."
"Merepeklah kau ni. Ada perasaan apa pulak? Yang dia herdik aku dari tadi tu, ada perasaan ke?"
"Well.." Mira sekadar menjungkit bahu.
Ainul kembali semula menatap skrin telefon bimbitnya. 4 daripada panggilan yang tidak dijawab itu adalah daripada Hairil. Satu daripadanya, Fariesh.
Fariesh miss call aku? Kenapa?? Hmm.. Tapi, kenapa sekali aje? Mesej aku pun tak. Fariesh rindukan akukah? Kalau rindu, kenapa sekali aje miss call? Kenapa tak berkali - kali? Mesej pun tak..
Ainul membiarkan matanya menatap terus skrin telefon bimbit tersebut.
Dia cintakan siapa sebenarnya? (24)
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.."
Ainul yang sedang leka membaca majalah di tangannya mengangkat muka untuk mengenalpasti siapa yang sedang menyapanya.
"Boleh tak saya duduk kat sebelah awak?" tanya Hairil. Keadaan dalam bas ketika itu masih dalam keadaan lengang dek kerana hanya kira - kira empat orang penumpang sahaja yang masih berada di situ.
"Errr... Tapi, kat sini tempat duduk Mira..."
"Duduk sekejap aje. Boleh tak? Saya ada benda nak cakap kat awak.."
Hairil memandang Ainul dengan penuh mengharap, menjadikan wanita itu semakin berasa serba salah.
"Tak apalah. Saya duduk kat sini aje.." ujar Hairil lagi lantas duduk di bahagian tempat duduk bersebelahan dengan tempat duduk Ainul dan Mira. Ainul tersenyum. Agak sumbang sekali lagaknya. Mungkin kerana kekok dengan Hairil atas apa yang telah berlaku di antara mereka.
"Saya nak minta maaf.." Ainul dan Hairil bersuara serentak. Kemudian, masing - masing saling berpandangan antara satu sama lain.
"Awak dululah.." ujar kedua - duanya lagi serentak. Ainul tersipu malu lantas menundukkan muka manakala Hairil mengusap kepalanya tanda segan. Mereka membisu sejenak. Lantas, Hairil memulakan bicara.
"Saya nak minta maaf sebab marahkan awak tempoh hari. Saya tahu, saya dah melampau. Saya.."
"Hairil, awak tak bersalah. Saya yang bersalah. Saya tak bagitahu awak pun saya pergi lawat saudara saya hari tu. Sepatutnya saya kena inform kat awak dulu. Tapi saya terlalu pentingkan diri sendiri.."
"Ohh.. Okey. Tak apa. Masing - masing buat salah.. Apa kata awak maafkan saya, then, saya akan maafkan awak?"
Kata - kata Hairil disambut dengan senyuman manis wanita itu. Lantas, Ainul mengangguk sebagai tanda setuju dengan Hairil.
"Saya maafkan awak.." katanya.
"Saya maafkan awak jugak.." ujar Hairil juga.
"Ehem... Berdating ke?" sampuk Mira. Entah sejak bila gadis itu berada di situ, Ainul dan Hairil juga tidak pasti. Hairil pura - pura membaca fail yang ada di tangannya sebelum beredar dari situ. Gadis itu dilihatnya sedang tersenyum kambing.
"Kau borak apa dengan dia tadi?'' tanya Mira berbaur cemburu.
"Dia nak minta maaf dengan aku pasal hari tu, yang dia herdik aku tu. Tu je.."
Ainul menyambut snek yang dihulur Mira kepadanya sementara gadis itu melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Dia tak cakap apa - apa lagi ke?"
"Kenapa pulak? Dia cuma cakap pasal tu je tadi..." jawab Ainul lagi. Mira tidak lagi bersuara setelah mendengar jawapan yang diberikan kepadanya itu.
"Jajan ni rasa lain la, Mira. Tak sedap..." Ainul cuba mengubah topik setelah perasaan suasana di situ dingin sahaja.
"Kalau dah tak sedap, jangan makan! Pergi beli sendiri. Memilih sangat.."
Ainul terkesima dengan ayat yang dilontarkan oleh Mira. Ditenungnya gadis itu untuk memastikan adakah gadis tersebut sedang melontarkan gurauan terhadapnya. Mira dilihatnya kelihatan serius tanpa berpaling memandangnya.
"Mira, kau okey ke?"
"Aku nampak macam okey ke pada kau?"
Mira menyelak majalah di tangannya. Pandangan terus ditumpukan kepada majalah tersebut.
"Aku buat salah kat kau ke?"
Mira terdiam. Membiarkan Ainul bersuara seorang dri.
"Mira, aku minta maaf kalau kata - kata aku tadi menyakitkan hati kau. Aku tak terniat pun nak..."
"Dahlah. Diam boleh tak? Aku nak tidur.." potong Mira dengan kasar lantas membalikkan tubuhnya, membelakangkan Ainul.
"Mira, sorry.. Janganlah macam ni. Aku tak sengajalah.."
Mira membalikkan kembali badannya menghadap wanita itu.
"Aku penat, Ainul. Aku tak marah pasal jajan tu. Kalau kau kata tak sedap tadi tu, kau buang ajelah. Aku belikan untuk kau je tadi..." ujar Mira.
Rasa bersalah tatkala menunjukkan reaksinya yang agak keterlaluan itu. Dia tahu, wanita itu tidak bersalah sebenarnya. Namun begitu, cemburunya sering meluap - luap menyaksikan layanan yang diberikan oleh Hairil terhadap Ainul menjadikan tempias amarahnya itu turut mengena Ainul.
"Kau ada masalah ke, Mira? Ceritalah kat aku..."
Mira tidak lagi membalas kata - kata Ainul sebaliknya membalikkan kembali posisinya seperti tadi, berniat untuk melelapkan matanya sebentar. Membiarkan Ainul terus dihantui pelbagai persoalan.
**************************************
"Lisa, saya nak nanti..."
Fariesh tidak jadi menghabiskan ayatnya tatkala perasaan gadis yang berada dalam pejabatnya itu bukan setiausahanya. Fariesh yang baru sahaja menyelak daun pintu itu mematikan langkahnya di muka pintu.
"Apa awak buat kat sini?" tanyanya dengan nada yang agak kurang mesra.
"Saya hantarkan awak kopi. Lisa tak ada. Amik emergency leave."
"Tak perlu nak hantar - hantar kopi dengan saya. Saya boleh ambil sendiri..."
Fariesh merasakan denyutan di kepalanya semakin menjadi - jadi. Sejak dari pagi tadi seluruh badannya dirasakan kurang sihat. Namun, dia tetap menggagahkan dirinya untuk hadir ke pejabat.
"Saya nak minta maaf.."
Ringkas sahaja bunyi ayat tersebut. Namun, Fariesh tidak mengendahkannya.
"Awak boleh keluar sekarang.."
"Takkan Fariesh tak nak maafkan saya? Besar sangat ke, salah saya?"
"Anita, awak tak buat silap pun. Saya tak marah kat awak. Saya cuma nak awak keluar dari bilik ni, pergi buat kerja awak kat luar tu.."
"Tapi, kenapa awak nampak macam marah aje kat saya?"
Anita terus mendesak. Tidak mahu menurut permintaan Fariesh malahan semakin menghampiri lelaki itu yang kelihatan masih lagi berdiri di hadapan pintu.
"Saya cuma tak selesa bila berdua - duaan dengan perempuan kat bilik.."
"Tapi, kita tak buat apa - apa pun, kan?"
"Anita, tolonglah dengar apa yang saya cakap ni. Saya cuma nak bersendirian kat bilik ni. Saya tak nak gangguan daripada sesiapa pun.."
Fariesh mengurut dahinya yang dirasakan semakin menjadi denyutannya. Anita yang perasan akan kelakuan pelik lelaki itu semakin mendekatkan jaraknya.
"Fariesh okey ke? Nampak macam tak sihat aje.." Anita cuba menyentuh dahi Fariesh namun ditepis lembut oleh lelaki tersebut.
"Awak keluar sekarang. Tolonglah.."
"Tapi, awak nampak pucatlah, Fariesh. Takkan saya nak biarkan awak macam ni aje?"
"Anita please..."
Ayat Fariesh mati begitu sahaja tatkala sakit kepala menusuk - nusuk rasanya. Tidak tahan dengan sakit yang dialami, Fariesh akhirnya rebah namun sempat dibantu Anita.
"Fariesh bangun!!" sambil meriba Fariesh, Anita cuba untuk menyedarkan lelaki tersebut namun tidak berhasil.
Dia ni pengsan ke??
Anita meletakkan tangannya di dahi Fariesh. Sungguh, haba badan lelaki itu sangat tinggi.
Kenapa dengan dia ni? Sakit?
Anita menggerakkan lagi bahu Fariesh. Namun, lelaki tadi masih dalam keadaan yang sama.
Hmmm... Ini peluang aku nih. Yes!
Anita melambai - lambaikan tangannya ke luar tingkap bilik tatkala terpandangkan kelibat seseorang sedang melintas. Pemuda tersebut masuk ke dalam bilik dan turut menunjukkan reaksi terkejut dengan apa yang sedang berlaku.
"Tolong saya angkat Encik Fariesh ke sana.." pinta Anita sambil mengajukan telunjuknya ke arah sofa yang berada tidak jauh dari situ. Pemuda tersebut akur lantas membantu Anita mengangkat tubuh Fariesh dan meletakkannya ke sofa.
"Thanks. Awak boleh sambung kerja awak. Nanti saya uruskan Encik Fariesh.." ujar Anita sebelum melabuhkan punggung di sebelah Fariesh yang masih tidak sedarkan diri itu.
Menyedari kelibat pemuda tadi sudah menghilang, Anita mengalihkan pandangannya, menatap penuh wajah Fariesh.
Hensemnya kau, Fariesh. Kenapa perempuan tu yang dapat kau? Kau sepatutnya bersama aku, Fariesh. Kau tak layak dengan dia. Aku yang lebih layak dengan kau. Tapi kau menyombong pulak dengan aku. Tak apa. Kau tengoklah apa yang akan berlaku nanti, Fariesh..
Anita mengusap lembut pipi Fariesh lantas mengeluarkan telefon bimbitnya, mengaktifkan kamera telefon bimbitnya itu.
**************************************
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam. Eh, Puan. Baru sampai ke? Mana Tuan Fariesh?" sapa Mak Jah dari muka pintu.
Ainul tersenyum kelat mendengar nama suaminya itu disebut. Fariesh tidak menjawab panggilannya pagi tadi untuk memintanya datang menjemputnya. Akibatnya, wanita itu terpaksa menaiki bas seorang diri.
"Tuan Fariesh sibuk agaknya, Mak Jah. Eh, Tuan Fariesh kat pejabat kan?" tanya Ainul lagi.
"Iye, puan.."
"Ohh.. Okey. Terima kasih, Mak Jah.."
Kenapa dengan Fariesh ni? Semenjak aku jarang ada kat rumah, dia dah macam tak pedulikan aku. Jarang contact. Mesej apatah lagi. Apa kena dengan suami aku ni? Fariesh...
Ainul mengalihkan beg berisi pakaian ke ruang tamu sebelum duduk bersandar di sofa kerana kepenatan. Namun, deringan telefon bimbit menarik perhatiannya.
"Hello, abang? Abang buat apa tu? Abang sibuk ek? Eisya baru aje sampai rumah. Pagi tadi ingatkan nak mintak tolong abang jemput, tapi abang tak angkat plak..."
"Hai, Ainul. Ni bukan Fariesh. Anita..." suara tersebut memeranjatkan Ainul. Tidak semena - mena suara perempuan keluar dari panggilan nombor milik suaminya.
"Mana Fariesh?" tanya Ainul ringkas. Hatinya terasa seperti ditindih batu besar dek kerana cemburu.
"Well, dia ada dengan aku sekarang. Kat office dia. Mesti kau tertanya - tanya kenapa aku boleh bersama Fariesh. Kau jangan pulak nak marahkan dia. Aku cuma tolong dia aje. Kesian Fariesh. Sunyi sangat - sangat sebab kau tak ada. Jadi, aku temankanlah dia.."
"Anita, dia suami aku. Kenapa kau nak dekat - dekat dengan dia??"
"Ye ke suami kau? Hmmm.. Fariesh bagitahu aku, kau tak cintakan dia. Janganlah nak tipu akulah, Ainul. Ingat aku tak tahu ke? Oh..ya. Lupa plak. Kau kan masih lagi mengenang kekasih lama kau Haris? Tu pun, kau rampas daripada aku..."
"Anita, aku tak ada niat nak rampas Haris daripada kau..."
Tut...Tut... Tut...
Talian terputus begitu sahaja.
"Hello, Anita!!!"
Ainul mendengus geram. Sah. Fariesh bersama dengan orang lain.
Patutlah selama ni, jarang call, mesej pun tak. Busy lah. Apalah. Rupa - rupanya???
Ainul mencapai tas tangannya sebelum keluar dari villa tersebut untuk berjumpa dengan Fariesh.
**************************************
"Fariesh sayang. Bangunlah..."
Fariesh dapat merasakan ada jari jemari sedang bermain - main dengan rambutnya. Perlahan- lahan dia membuka matanya. Dalam keadaan samar, dia tahu, Anita sedang bersamanya ketika itu.
"Apa awak buat ni, Anita??"
"Saya cuma nak tolong awak aje. Tadi awak pengsan. Saya tak sampai hati nak tinggalkan awak.."
"Saya tak perlukan pertolongan awak. Awak boleh keluar sekarang.."
Fariesh cuba untuk bangun. Tangan Anita yang tidak henti - henti mengelus bebas rambutnya di tolak kasar.
"Fariesh, janganlah macam ni. Awak demam ni..."
Anita tetap mahu menyentuh lelaki itu biarpun Fariesh kerap mengelak.
"Anita, jangan! Saya tak suka macam ni..."
Fariesh cuba bangun biarpun tubuhnya terasa lemah. Namun, tatkala kakinya cuba untuk berdiri dengan betul, Fariesh hampir rebah. Anita cuba menyokong lelaki itu untuk berdiri.
"Abang.."
Fariesh cuba meneliti kelibat seseorang yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Anita tersenyum. Akhirnya wanita itu datang juga ke pejabat tersebut. Dan dia pasti, rancangannya itu berjaya.
"Lepaskan Fariesh!" ujar Ainul kasar. Dia kemudian membantu lelaki itu untuk bangun.
"Eisya.." Fariesh memandang wajah isterinya. Namun, riak wajah Ainul dilihatnya suram.
"Badan abang panas ni. Kita balik.." kata Ainul lagi. Fariesh cuba merenung Ainul. Wanita itu tetap tidak memandangnya. Marahkah dia bila melihat dirinya berdua - duaan dengan Anita?
Kedua - duanya keluar dari bilik tersebut tanpa mempedulikan kewujudan Anita yang masih lagi berada di situ. Dan, pada masa itu, jelas kelihatan Anita sedang tersenyum puas!
Kau yang terindah...(25)
"Please, Eisya... Abang memang tak ada apa - apa dengan Anita. Lagipun dia pekerja syarikat papa. Eisya tolonglah percaya cakap abang"
Fariesh yang baru sahaja mencelikkan mata lantas bersuara tatkala menyedari kewujudan Ainul di sisinya. Dia perasan, wanita itu hanya diam membisu setelah berlakunya peristiwa tengahari tadi di pejabatnya.
Ainul tidak mengendahkan kata - kata suaminya, sebaliknya tekun membilas tuala yang direndam ke dalam besen kecil di hadapannya. Dia kemudian meletakkan tuala basah itu ke dahi Fariesh yang sedang asyik memerhatikan kelakuannya. Sebaik sahaja tuala basah mendarat di dahi, Fariesh dengan pantas menyambar tangan Ainul yang sedang menekan - nekan tuala tersebut. Tindakan Fariesh tidak pula memberikan sebarang reaksi terhadap Ainul Mungkin sebab terlalu kecawa dengan apa yang berlaku.
"Eisya tak percayakan abang? Eisya marahkan abang?"
"Eisya tak ada hak nak marahkan abang. Eisya sedar Eisya siapa, bang. Eisya tak punya siapa dah dalam dunia ni melainkan abang. Kalau abang buang Eisya dari hidup abang, Eisya macam ni jelah. Tak ada sesiapa yang nak jaga Eisya dah. Abang aje satu - satunya harapan Eisya, kekuatan Eisya untuk terus hidup. Biar apa pun yang berlaku, Eisya tetap akan bersama abang..."
Fariesh merenung wajah isterinya. Suara Ainul kedengaran sedikit bergetar. Wajah wanita itu juga tampak berubah ronanya. Mungkinkah wanita itu sedang menahan sebak?
"Eisya..."
"Sebesar mana pun kecewa Eisya ni, bang, walau sebesar mana pun luka parah bernanah kat hati Eisya, Eisya takkan sesekali tinggalkan abang, sebab Eisya sayang sangat - sangat kat abang walaupun abang tak sayangkan Eisya. Kalau abang suka kat Anita, Eisya takkan halang abang. Abang kahwinlah dengan dia kalau itu yang abang nak..."
"Eisya, no!"
Fariesh yang terlentang di katil cuba bangun mendapatkan Ainul lantas merangkul wanita itu dengan pantas tanpa mempedulikan tindakan wanita itu selanjutnya. Dia tidak mahu mendengar apa - apa ayat yang mampu mengguris hatinya mahupun wanita itu keluar dari bibir comel itu. Sungguh! Dia tidak sanggup mendengar semua itu kerana dia sudah mula sayang akan Ainul. Perasaan itu telah benar - benar wujud dalam dirinya tanpa dia sedari. Tulus dan ihklas terhadap Ainul.
"Please. Jangan cakap macam tu dengan abang..."
"Eisya tahu, abang suka kat Anita. Sebab tu abang sanggup terima dia bekerja kat syarikat abang, kan?"
Lancar sahaja ayat itu keluar dari bibir Ainul. Dalam masa yang sama, ada titisan air halus jernih menuruni cerun pipi. Sangat deras aliran itu yang keluar dari tubir matanya. Dia mungkin mampu membohongi Fariesh, tetapi dia tidak boleh membohongi perasaannya tika itu. Tiada siapa akan gembira jikalau si isteri tahu suami kesayangannya menyintai perempuan lain! Ya. Itu adalah kebenaran.
"No! It's not true! Abang tak pernah terniat pun nak lebih dari itu! Cukuplah Eisya seorang dalam hidup abang. Abang cuma anggap Anita tu pekerja abang. Abang kenal dia dulu pun sebab dia kawan Eisya, kan? Abang tak pernah cuba untuk lebih dari itu.."
"Kalau benar pun abang nak dengan Anita, Eisya redha, bang..."
"Redha yang macam mana? Eisya jangan nak tipu abang. Abang tahu macam mana perasaan Eisya sekarang. Cuba bagitahu abang, redha yang macam mana yang Eisya maksudkan? Sanggup ke tengok abang bermesra dengan perempuan lain sedangkan Eisya terus sakit hati macam ni?"
Keadaan senyap untuk seketika. Ainul membisu seribu bahasa, tidak mampu untuk menjawab soalan Fariesh. Begitu juga Fariesh, terdiam untuk mendengar penjelasan wanita itu.
Tangan lelaki itu juga masih utuh mengaut tubuhnya. Seakan - akan tidak mahu melepaskan dia pergi dari situ. Malahan suhu badan lelaki itu dirasa seakan - akan turut membakar tubuhnya. Terlampau tinggi.
"Eisya, abang... Abang sebenarnya sayang kat Eisya. Dulu abang tak boleh nak agak pun apa perasaan abang kat Eisya. Bila Eisya bagitahu abang perasaan Eisya, abang baru sedar, abang sebenarnya dah mula sukakan Eisya.. Baru abang tahu, abang sebenarnya dah jatuh cinta dengan Eisya. Sumpah, abang hanya cintakan Eisya seorang sahaja..."
Ainul menunduk. Tangisan yang pada mulanya hanya berbunga air mata sahaja kini tampil bersama esakan. Dia tidak tahu sama ada dia boleh menerima kata - kata lelaki itu atau tidak.
"Sumpah tak boleh dibuat main, bang. Kalau abang cuma nak ambil hati Eisya aje, jangan sesekali bersumpah. Nanti sumpah tu memakan diri abang. Eisya bersyukur sebab kahwin dengan abang. Bagi Eisya, sekurang - kurangnya, ada orang yang jaga Eisya. Walaupun abang mungkin sayang Eisya tak lebih sepertimana Eisya sayang abang, Eisya terima aje, bang. Kalau ini takdir bagi Eisya, Eisya terima..."
Fariesh yang menyedari akan keadaan itu meleraikan pelukan dan kemudian bangkit dari katil. Dia mula berdiri di hadapan Ainul yang masih duduk di birai katil. Biarpun kepalanya dirasakan terlalu berat dan berdenyut - denyut, namun digagahkan jua untuk menatap wajah bujur Ainul.
"Eisya, pandang abang..."
Ainul menurut sahaja permintaan Fariesh. Matanya ditumpukan ke anak mata wanita itu. Fariesh menyentuh dagu Ainul. Dalam masa yang sama, Fariesh menarik nafas panjang sebelum menutup matanya sebentar.
Ya Tuhan... Aku... Aku tak dapat nak tipu diri aku lagi. Aku benar - benar jatuh cinta pada Nur Ainul Fariesya. Aku bukan lagi Fariesh yang dulu. Fariesh yang berselindung di sebalik topeng ketakutan. Takut akan kisah silam dia. Takut untuk mengaku yang hati ini sememangnya tidak mampu untuk terus membenci wanita. Aku bukan gay. Bukan. Aku tak mahu terus menjadi pengecut. Aku Fariesh yang baru. Fariesh yang hadir untuk Eisya. Aku akan terima perasaan aku terhadap Eisya. Ya, aku mengaku, aku cintakan Eisya...
Tatkala kelopak matanya dibuka, anak mata Fariesh bersinar. Semakin lama, matanya kelihatan berair. Sungguh, dia benar - benar terharu. Pertama kali dalam hayatnya, perasaannya kalah pada seorang wanita yang tidak punya apa - apa itu. Fariesh tidak mengendahkan airmatanya yang mula mengalir. Pipi yang halus mulus berserta dagu terbelah milik Ainul disentuh lembut sebelum dia melutut di hadapan wanita itu.
"Nur Ainul Fariesya Binti Ismail, I really love you. Not Anita or anyone else. Only you. Just you. Maafkan abang sebab terlambat nak bagitahu Eisya. Selama ni, abang tak pernah bagitahu Eisya perasaan abang kan? Maafkan abang, sayang. Abang dah banyak lukakan hati Eisya. Dan sekarang, abang dah sedar betapa besarnya cinta Eisya pada abang. Betapa tingginya nilai cinta Eisya pada abang. Dan abang janji, abang takkan sia - siakan Eisya.."
"Abang..."
"Percayalah... Apa yang abang beritahu, semuanya lahir dari hati abang. Percayalah. Hanya Eisyalah isteri abang, wanita yang diciptakan untuk abang, wanita yang akan menemani abang selama hayat abang..."
Tangan kasar Fariesh mengelus lembut rambut Ainul. Rasa kasih dan sayang semakin tumpah kepada wanita di hadapannya itu. Tanpa teragak - agak, Ainul mengusap pipi Fariesh yang basah dengan airmata itu. Sebaknya turut sama bertandang melihat keikhlasan lelaki itu menutur kata sayang terhadapnya. Tidak mungkin lelaki itu hanya sekadar menutur sahaja sedangkan airmatanya dibiar mengalir begitu sahaja tanpa segan silu. Pertama kali dia melihat lelaki itu menangis, apatah lagi lelaki itu menangis kerananya.
"Jangan menangis, sayang. Abang lemah tengok Eisya menangis sedih macam ni. Please.. Senyumlah sikit.."
"Terima kasih, abang... Eisya pun cintakan abang. Eisya pun tak nak abang macam ni. Terima kasih sangat - sangat..."
Ainul memeluk tubuh Fariesh yang masih berlutut di hadapannya dengan penuh keharuan. Sungguh tidak menyangka sama sekali bahawa Fariesh akan menerima cintanya biarpun terlambat.
"Eisya..."
"Iye, abang?"
"Abang sejuk..."
Ainul meleraikan pelukannya lantas memandang wajah Fariesh. Dilihatnya kelopak mata suaminya itu semakin layu sebelum sempat rebah dan kepalanya sempat bertaut pada paha Ainul.
"Ya Allah! Abang!!"
**************************************
Hairil : Salam, Ainul. Tgh wat ape tu?
Ainul menatap mesej Hairil dalam - dalam. Benar kata Mira. Dia harus memberitahu lelaki itu berkenaan dengan statusnya. Ya. Dia milik lelaki lain. Dia harus menyatakannya supaya lelaki itu tidak terus mengganggunya. Kali itu, sudah masuk 5 kali lelaki itu menghantar mesej kepadanya. Namun, Ainul langsung tidak membalasnya.
"Eisya.."
Ainul cepat - cepat menyembunyikan telefon miliknya tatkala suara Fariesh menyapa pendengarannya dari arah belakang. Lantas, wanita itu segera mendapatkan tubuh Fariesh yang sedang terbaring lemah di katil.
"Sakit lagi tak?" tanya wanita itu lembut.
"Kepala dah kurang sikit pening..."
Ainul menukar tuala basah di dahi Fariesh kepada yang baharu.
"Tulah. Tadi, Eisya nak bawak pergi hospital, abang tak nak.."
"Bukan teruk sangat pun, Eisya..."
"Yelah tu bukan teruk sangat. Terbaring aje camni. Kalau tak menyusahkan Ei... Ehem. Eisya nak ke dapur kejap.."
"Menyusahkan siapa tu?"
Tangkas saja tangan Fariesh menyambar pergelangan tangan Ainul. Menghalang wanita itu daripada bergerak meninggalkan dirinya di situ.
"Abang, Eisya nak pergi panaskan bubur jap. Abang tak makan lagi kan? Nanti lepas makan, abang boleh makan ubat.."
"Abang menyusahkan Eisya? Tu yang Eisya nak cakap tadi kan?"
Ainul mendapatkan kembali suaminya lantas mencium lembut tangan lelaki itu yang sedang bertaut pada tangannya.
"Eisya tak sengaja cakap tadi. Eisya tak bermaksud pun nak cakap macam tu. Ingat nak bergurau tapi, Eisya rasa baik Eisya tarik balik kata - kata Eisya tadi. Maafkan Eisya, abang.."
Fariesh mengusap ubun - ubun Ainul. Sebaik sahaja kata maaf itu diajukan, hati yang pada mulanya tadi diselubung rajuk terasa tenang dan menyenangkan. Dia tidak mampu untuk memarahi wanita itu.
"Pergilah dapur dulu. Abang pun nak bangun jugak.."
"Eh, jangan! Abang tak payah bangun. Abang rehat aje macam ni.."
"Tapi, abang nak mandi. Tak selesalah baring macam ni.."
"Tak payah. Nanti Eisya mandikan. Abang ni, macamlah Eisya ni orang lain. Eisya kan isteri abang?"
Tersenyum lelaki itu mendengar kata - kata Ainul. Terimbau kembali saat percutian mereka di Sarawak dan juga saat kali pertama dia bertemu Ainul. Masa itu, wanita itu sering demam - demam. Kini, giliran Ainul pula untuk berbuat sedemikian. Fariesh menarik tangan Ainul agar wanita itu rapat sedikit jaraknya.
"Abang, kenapa ni?'
Fariesh tidak menjawab pertanyaan tersebut sebaliknya merenung anak mata Ainul dalam - dalam.
"Abang??"
Ainul menjadi tidak keruan. Lelaki itu mulalah dengan perangainya. Ainul cuba untuk meleraikan tangan Fariesh yang masih utuh pada pergelangan tangannya namun tidak berjaya. Sungguh, wajahnya tika itu terasa berbahang.
"Abang, lepaslah...."
"Eisya kata Eisya sanggup tukarkan baju abang kan?'
"Dah tu??"
"Kalau abang nak bangun jugak? Tak nak tukar?"
"Eee. Degil betul. Eisya kata tak payah, tak payahlah. Jangan nak mengada - ngada!"
Senyuman Fariesh kian menjadi membuatkan dada Ainul berombak. Fariesh tampak sungguh menggoda pada anak matanya.
"Okey. Temankan abang pergi tandas. Nanti, Eisya tolonglah abang basuh.."
"Hahh??"
Riak wajah Ainul yang sedikit tersentak. Cengkaman tangan Fariesh yang cuba dileraikan itu menerima gigitan padu Ainul.
"Awwww!!!"
Fariesh akhirnya melepaskan pegangannya kerana sakit.
"Apahal gigit - gigit pulak ni? Sakilah!!"
"Wekkk. Padanlah muka tu. Nak sangat kena gigit. Huh.. Kalau rasa nak pergi tandas tu, dapat bangun, pergi ajelah. Tak payah nak minta temankan. Mengada - ngada. Dah, Eisya nak ke dapur.."
"Ohhh.. Orang sakit - sakit macam ni, Eisya boleh pulak gigit ek? Meh, abang pulak yang gigit!"
Serentak dengan itu, Ainul cepat - cepat memecut keluar bilik sebelum Fariesh sempat menangkapnya. Tergelak lelaki itu menyaksikan telatah Ainul. Dia kemudian kembali berbaring namun beberapa saat seterusnya, matanya terpandangkan telefon bimbit milik Ainul yang tercicir di lantai. Fariesh mengambil telefon bimbit tersebut lantas menyelongkar isi kandungannya.
Nombor aku dia bagi nama Mr HubbY? Hmm.. Not Bad. Eisya tak tahu lagi, aku letak nama dia Kecik Comel kat handset.. hehe…
Hmmm.. Tadi, aku macam ada nampak Eisya dapat mesej. Sapa ek? Hmm..
Senyuman lelaki itu mati tatkala teringat kembali gelagat Ainul yang seperti membaca sesuatu di skrin smartphonenya. Fariesh memeriksa bahagian inbox.
Hairil : Salam, Ainul. Rindu kat Ainul. Cuti tiga hari ni rasa macam sebulan.. :P
Hairil : Salam Ainul. Nper tk balas msj Hairil? Bz ek?
Hairil : Salam Ainul, jomlah kta msj. Hairil tgh boring nih...
Hairil : Salam... Ainul. Nanti, lepas cuti, kita kuar tgok wayang, nak?
Hairil : Salam Ainul. Tgh watpe tu?
Hairil : Ainul please. Npe tk reply msj??
Fariesh mendengus. Cemburu mula bertandang. Nasib baik isterinya itu tidak membalas satu pun mesej tersebut. Jika tidak, semakin bertambah sakit hatinya.
Hairil?? Mamat mana pulak yang nak kacau isteri aku ni? Tak tahu ke dia ni isteri aku??
Smartphone tersebut digenggam kemas. Hatinya mula berbelah bahagi. Ikutkan perasaan, mahu sahaja dia terus ke dapur untuk bertanyakan tentang lelaki yang menghantar mesej kepada Ainul. Namun, niatnya itu terpaksa dibatalkan kerana badannya terlalu lemah untuk melangkah keluar bilik. Fariesh akhirnya baring semula sambil menekap telefon tersebut ke dadanya.
Aku harap sangat Eisya tak ada apa - apa dengan jantan ni. Harap - harap tak ada apa - apa...
"Amboi, tidur terus ke tu?" sapaan Ainul dari muka pintu membuka kembali mata Fariesh yang tadinya terpejam. Baru dia sedar, tangannya masih lagi memegang smartphone milik Ainul tadi.
"Err..."
"Apa abang buat dengan telefon Eisya tu?' tanya Ainul sedikit gusar. Perasan telefon miliknya berada pada Fariesh.
Ya Allah... Mintak - mintaklah Fariesh tak salah sangka pasal Hairil!
"Kenapa? Abang tak boleh pegang ke?"
Wanita itu terus senyap mendengar pertanyaannya dijawab semula dengan pertanyaan Fariesh.
"Eisya dah panaskan bubur ni. Abang nak Eisya suapkan?" Senyumannya yang mula mekar sebaik melangkah masuk ke bilik mati secara tiba - tiba.
Fariesh yang tadi berbaring kembali duduk. Bubur yang disuakan Ainul ke mulutnya tidak diendahkan, sebaliknya, Fariesh menatap dalam - dalam pandangan mata Ainul.
"Eisya, please. Jujur dengan abang. Siapa Hairil?"
"Mana abang dengar nama tu?"
"Ni.." Fariesh menunjukkan mesej pada telefon bimbit tersebut kepada Ainul dengan riak wajah masam mencuka.
Ainul meletakkan kembali sudu yang ada di tangannya ke dalam mangkuk. Panahan mata Fariesh di balas dengan senyuman.
**************************************
Anita memberhentikan keretanya di parkir kereta sebelum berjalan menuju ke bangunan kelab malam seperti biasa. Belum pun sempat menguak daun pintu, bahunya terasa disentuh seseorang dari arah belakang. Anita berpaling.
"Hi, you. Awal pulak datang hari ni?" sapa Rizwan.
"Saja. Nak jumpa you punya pasal.."
Mata Rizwan meliar ke sekitar luar bangunan tersebut sebelum dihalakan semula ke arah Anita.
"Ermmm, rasa tak best pulak nak jumpa kat sini malam ni. Why not kita keluar jalan - jalan, ambil angin? Nak?"
Anita berfikir sejenak sebelum mengangguk tanda setuju. Rizwan mencapai tangan Anita lantas memimpin gadis itu mengikuti langkahnya. Manakala Anita, gadis itu hanya membiarkan sahaja perilaku Rizwan.
"Kenapa hari ni tiba - tiba nak tukar angin pulak?" tanya Anita secara spontan.
"Kat dalam tu memanglah best. Tapi, kalau nak ajak berborak kang, jadi tak best pulak. Terjerit - jerit, macam orang pekak. Baik kita jalan - jalan macam ni, ambik angin malam, sesekali tukar tempat..."
"Ohh.."
Tak ubah seperti sepasang kekasih lagaknya, Rizwan menarik kedua - dua tangan Anita kemudianya dilingkarnya ke pinggangnya sendiri.
"Hmm.. Macam ni okey sikit. Nampak romantik..." ujar Rizwan. Hati Anita kian berbunga tatkala diperlakukan sebegitu. Sekali sekala aroma badan Rizwan meniti hidungnya menjadikan dia semakin tergoda dengan lelaki tersebut. Wangi.
"So, macam mana? Ada apa - apa perkembangan tak pasal Fariesh?" Rizwan mula membuka cerita.
Anita menyandarkan kepalanya pada bahu Rizwan sebelum menjawab pertanyaan lelaki tersebut.
"Pagi tadi dia demam. Sampai pengsan - pengsan kat office."
"Lepas tu, you buat apa?"
Anita tersenyum mendengar pertanyaan Rizwan. Dia menyeluk beg bimbitnya sebelum mengeluarkan telefon dari perut beg tersebut dan menunjukkan gambar yang diambilnya siang tadi kepada Rizwan.
Rizwan hanya melihat gambar aksi Anita sedang merapatkan mukanya ke pipi Fariesh yang kelihatan seperti sedang tidur itu dengan pandangan yang bersahaja.
"Kenapa? You tak percaya ke apa yang ada dalam gambar ni? Ni bukan photoshop. I ambik masa Fariesh pengsan. Nampak macam kitorang tengah bermesra kan?"
Anita tersenyum bangga. Nampaknya, rancangan yang dilakukan bersama Rizwan menjadi. Baginya, dia sanggup bekorban demi mendapatkan cinta lelaki tersebut. Ya. Hatinya sudah dimiliki Rizwan.
Rizwan menyerahkan semula telefon bimbit tersebut kepada Anita sebelum turut tersenyum.
"Ye. You memang bijak sebenarnya, Anita. Tapi, ni tak cukup. Kalau pun kita nak tunjuk kat bini dia gambar ni, mungkin akan mencetuskan pergaduhan antara mereka. Tapi, kalau nak tunggu mereka bercerai, berpisah, tak mungkinlah.." ujar Rizwan. Berkerut dahi Anita.
"Habis tu, macam mana? Takkanlah sampai you nak suruh I tidur dengan dia?"
Persoalan Anita dibalas dengan tawa kecil milik Rizwan. Satu cubitan lembut hinggap pada dagu Anita tatkala melihat muncung gadis tersebut mula terbentuk.
"Marah ek? You ni, I tengok, makin masam muka tu, makin cantik... I tak suruh sampai you kena tidur dengan dia. You tahu kan, I dah mula sayangkan you? I tak nak sampai you korbankan diri you untuk I. Yelah, macam I pernah cerita pada you sebelum ni. Memang I berdendam dengan Fariesh sebab dia dah banyak menyusahkan hidup I. Sakitkan hati cousin I sebab tolak cinta dia. Cousin I sampaikan hampir - hampir nak telan pil tidur satu botol sekaligus gara - gara kecewa dengan Fariesh. I kesiankan cousin I..."
Anita mengusap pipi Rizwan sementara mendengar cerita lelaki tersebut.
"Siapa cousin you?"
"Tasya. I dah anggap dia macam adik I.."
"Baiknya hati you.."
"So, I nak balas dendam I pada Fariesh. I nak tuntut bela. I tak dapat nak rapat dengan dia lagi sebab dia tahu, I marah dengan dia. So, bila I jumpa you, I tahu, Fariesh takkan tahu rancangan ni. Dan dia pasti jatuh ke tangan dia. Lagipun, you kata, you pun nak balas dendam dengan bini dia sekali.."
Rizwan mencapai tangan Anita yang ligat merayap di sekitar pipinya lantas digenggam erat.
"You want to know something?"
"Pasal apa?"
"Pasal rahsia terbesar Fariesh.."
Berdetak nadi Anita mendengar kata - kata Rizwan. Seperti tidak percaya lelaki itu mengetahui Fariesh dengan lebih mendalam. Hatinya meronta - ronta ingin tahu apakah rahsia yang dimaksudkan oleh Rizwan.
"Apa rahsia terbesar Fariesh? Kekayaan bapak dia? Atau pasal bini dia? Atau pasal perkahwinan dia?"
Rizwan menggelengkan kepala. Semua yang telah disebut Anita tidak tepat sama sekali.
"Abis tu?"
"Sebenarnya, Fariesh kahwin tu pun sebab terpaksa.."
"Terpaksa? Yelah. Memang pun, sebab kena tangkap basah kot.."
"Nope. Tu bukan sebab utama dia. Kena tangkap basah tu, mungkin sebab nasib dia. Tapi, sebenarnya tak. Dia nak kaburi pandangan orang, supaya orang tak tahu, siapa dia yang sebenar - benarnya.."
"Sebenar - benarnya ??"
Anita masih tidak dapat menangkap maksud yang disampaikan oleh Rizwan. Lelaki itu seperti sengaja membiarkan dia terus tertanya - tanya dan berasa ingin tahu.
"Yup. Kahwin secara mengejut, dah tu dengar kata, gadis tu pilihan bapak dia kan? Mungkin ramai yang percaya. Tapi, tujuan sebenar perkahwinan dia adalah untuk mengaburi mata semua orang supaya orang terus percaya yang dia lelaki normal sepertimana lelaki - lelaki yang lain. Padahal, Fariesh tu sebenarnya gay..."
"Hah?? Gay???"
"Yup. Fariesh dulu pernah menaruh hati dengan I. Masa tu jugak dia mengaku kat I yang dia gay. Tapi, I tak terima dia sebab I tak suka.."
Anita mengerutkan dahi. Antara percaya atau tidak dengan cerita Rizwan.
"Eww.. Fariesh?? Suka kat you?"
"Why? Tak percaya? Sebelum ni, you tau ke, atau nampak ke, dia bersama dengan mana - mana perempuan? Atau memandang mereka dengan penuh nafsu?" duga Rizwan.
Anita tersenyum kelat.
"I ada bukti. Nanti, kita masuk kereta I, I tunjukkan buktinya. Gambar - gambar dia bersama lelaki lain pun ada sekali dengan I..."
Tak sangka pulak lelaki macam Fariesh tu gay. Hmmm... Macam boleh percaya jugak. Sebabnya, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, Fariesh masa berdua - duaan dengan Ainul sebelum kena tangkap basah tu, salin baju Ainul tu macam tak ada perasaan aje.. Rupa - rupanya gay?? Hahahahahahaah.. Padanlah muka kau, Ainul. Dapat lelaki macam tu...
"So, apa plan terbaru kita?" tanya Anita.
Ya, itulah kebenarannya! (26)
Pintu bilik kedengaran seperti dibuka oleh seseorang menyebabkan pehatian Ainul tertumpu ke arah itu. Kemunculan Mira di sebalik daun pintu bersama beg pakaian mengundang senyumannya.
"Lambat kau balik? Berangkat petang tadi ke?" sapa Ainul mesra.
"Ha'ah.." begitu ringkas jawapan Mira. Dia kemudian menuju ke arah almari pakaiannya lantas mengeluarkan segala isi beg tersebut. Suasana senyap seketika. Mata Ainul pula masih lagi menghala ke arah Mira. Pelik dengan perubahan sikap gadis itu. Kenapa tampak begitu dingin terhadapnya? Apakah silapnya sehingga dihukum sebegitu?
"Mira, aku nak tanya sikit, boleh?"
"Tanyalah.." ujar Mira. Sikit pun tidak memandang Ainul.
Ainul melangkah menuju ke katil Mira dan kemudian duduk bertentangan dengannya.
"Kau marah aku ek?"
"Buat apa aku nak marah kau?"
Gadis itu masih tekun memasukkan pakaiannya pada penyangkut baju. Di kala itu, Ainul semakin kurang mengerti.
"Aku tengok, sejak kita balik dari program tu, kau macam menjauhkan diri daripada aku aje. Balas mesej aku pun tak. Sebelum ni, tak pernah pun kau macam ni. Kenapa, Mira? Kau bagitahulah apa - apa kalau aku ada buat salah kat kau. Takkanlah terus macam ni aje. Sekurang - kurangnya, aku boleh betulkan silap aku.."
Benar. Selagi gadis tersebut terus bersikap seemikian, selama itulah hatinya kurang sedap. Apatah lagi gadis itu adalah teman sebiliknya. Ainul bukanlah seorang yang suka mana - mana temannya bermasam muka dengannya.
Mira meletakkan penyangkut baju di tangannya ke dalam loker. Dengan mimik muka penuh serius, gadis tersebut duduk bersebelahan dengan Ainul.
"Aku sebenarnya tak marahkan kau, Ainul. Kau tak ada silap apa - apa pun kat aku. Cuma... Aku ni yang terlampau cemburukan kau dengan Hairil. Aku tengok, Hairil selalu ambik berat pasal kau. Kau pun nampak rapat - rapat aje dengan dia. Kau bukan tak tahu, aku minat sangat - sangat dengan Hairil. Sampaikan aku selalu fikirkan something yang membolehkan aku berjumpa dengan Hairil. Baktisiswa hari tu pun, aku join sebab Hairil. Tapi, bila aku tengok, Hairil langsung tak pandang aku, asyik fikirkan kau, hati aku jadi sakit, Ainul. Aku tak terniat nak marah kau, tapi, bila aku pandang kau, aku rasa benci sangat - sangat..."
Begitu panjang lebar pengakuan Mira. Selama ini, dipendamkan sahaja perkara tersebut daripada pengetahuan Ainul kerana memikirkan wanita itu adalah teman sebiliknya. Seboleh - bolehnya, dia tidak mahu bertengkar dengan Ainul gara - gara seorang lelaki.
Ainul mendakap lembut Mira kemudian menepuk bahu temannya itu. Luahan tersebut melegakan perasaan bimbang Ainul.
"Kau jangan risau, Mira. Aku dengan Hairil tak lebih sebagai kawan aje. Lagipun, aku tak layan sangat Hairil. Kau kan tahu, aku dah ada suami?"
"Tapi, Hairil tak tahu kan, kau dah kahwin?" balas Mira. Masih lagi dengan ketidakpuasan hatinya itu.
"Okey. Aku minta maaf sebab buat kau cemburu sampai macam ni sekali. Tapi, percayalah yang aku tak ada perasaan langsung dengan Hairil. Lepas ni, aku janji, aku tak akan jumpa dengan Hairil lagi. Kalau aku jumpa, aku akan bagitahu dia yang aku dah kahwin.."
"Betul ni?" duga Mira. Berbunyi sedikit berharap.
"Betul. Aku janji. Lagipun, takkan aku sanggup nak tengok kawan aku ni makan hati sebab aku?"
Mira kembali senyum setelah banyak hari bermasam muka dengan teman sebiliknya itu. Dia yakin, Ainul akan mengotakan janjinya.
**************************************
Hairil yang sedang berjalan menuju ke tempat parkir keretanya terpandangkan kelibat Ainul yang sedang berjalan keseorangan.
"Mesti baru habis kelas," getusnya. Hairil lantas membatalkan niatnya untuk memasuki kereta sebaliknya mengejar kelibat Ainul.
Perasan akan kemunculan Hairil dari arah belakang, Ainul memberhentikan langkahnya.
"Hai, Ainul, Err.. Baru habis kelas kan? Nak balik? Jom, saya hantarkan. Kereta saya kat sana aje.." sapa Hairil mesra.
"Maaf, Hairil. Saya tak boleh tumpang awak.."
"Kalau tak boleh tumpang, saya hantar awak macam ni ajelah. Jalan kaki?"
Dengan keluhan yang kurang jelas bunyinya, Ainul memaksa dirinya untuk mengukir senyuman.
"Hairil, saya boleh jalan sorang - sorang. Saya tak nak menyusahkan siapa - siapa.."
"Saya tak cakap pun awak menyusahkan saya, Ainul. Saya yang rela. Awak ni macam nak mengelak dengan saya.."
Kata - kata Hairil itu berbunga rajuk. Begitu bersungguh - sungguh cubaan dia untuk mendekati wanita itu, namun Ainul hanya memandang usahanya itu seperti angin yang berlalu.
Huh! Memang pun aku nak mengelak. Tak habis - habis nak mengganggu hidup aku. Tak boleh ke biarkan hidup aku aman??
"Bukan macam tu, Hairil. Saya cuma tak nak orang salah anggap dengan kita. Tu aje.."
"Kalau ya pun, apa salahnya?"
"Hah?"
"Maksud saya, kalau orang cakap kita ni ada apa - apa pun, apa masalahnya? Biarlah. Mulut orang."
Jawapan yang berbentuk soalan itu menggugat benak Ainul. Kata - kata Mira mula menerjah fikirannya. Mengingatkannya tentang perasaan gadis itu. Ya, kasihan sungguh Mira. Berharap pada orang yang tidak menghargai kewujudan dirinya.
"Awak asyik nak menjauhkan diri awak, Ainul. Jangankan call, saya mesej awak pun, awak langsung tak reply. Apa yang tak kena, Ainul? Saya tak faham.."
"Kita kawan aje kan, Hairil? Kalau saya tak pedulikan awak, tak balas mesej awak, dan awak rasa salah kalau saya buat begitu, saya minta maaf.."
"Ainul, saya... Okey, kalau macam tu, biar saya terus terang dengan awak aje. Sebenarnya saya suka awak.."
"What??"
"Ye. Saya suka awak. Saya tak tipu. Saya terpaut hati kat awak. Saya jatuh cinta kat awak. Saya buat semua ni, sebab saya nak rapat dengan awak, nak kenal awak dengan lebih lagi. Salah ke, saya buat macam tu?"
Wanita itu menarik nafas panjang tatkala pengakuan berani Hairil meniti pendengarannya. Benar kata Mira, dia harus memberitahu perkara yang sebenarnya pada lelaki itu.
"Hairil, saya tak dapat nak terima cinta awak. Saya tak cintakan awak.."
"Saya tak kira kalau awak tak cintakan saya sekalipun. Sebab saya tahu, lambat laun, awak akan terima cinta saya.."
"Bukan begitu, Hairil. Awak ramai peminat. Awak boleh dapat gadis yang lebih baik dari saya. Awak kenal kan, Mira? Biar saya bagitahu awak. Mira tu sangat suka kat awak sampaikan termimpi - mimpikan awak. Awak tak boleh punahkan harapan dia dan mana - mana perempuan yang lain kat awak.."
"Saya tak kira. Sebab ni perasaan saya. Mereka yang nak kejar saya. Saya tak suruh pun mereka buat macam tu. Dan Mira tu, saya tak terniat pun nak buat dia macam tu. Saya tak boleh nak buat apa kalau dia suka saya sekalipun. Hati saya, dia tak berhak nak rampas sebab hati saya pada awak. Saya tak ada hati dengan dia. Saya cuma suka kat awak aje.."
"Kenapa Mira tak berhak nak curi hati awak? Dia bukan manusia ke? Atau sekadar patung bernyawa kat mata awak? Yang awak tak perlu nak pedulikan perhatian dia pada awak? Begitu?"
"Ainul, tolonglah. Macam mana saya nak paksa perasaan saya supaya suka kat dia padahal saya hanya nampak awak?"
Hairil merayu wanita tersebut. Kali pertama dalam hidupnya berbuat sedemikian kerana selama ini, mana - mana wanita yang terpikat padanya akan datang kepadanya tanpa perlu dirayu. Berbeza pula dengan Ainul. Wanita itu sungguh istimewa padanya.
"Saya pun tak ada hati dengan awak, Hairil. Lupakan saja perasaan awak pada saya. Saya bukan orang yang sesuai dengan awak. Ada ramai lagi yang menanti awak kat sini, atau mungkin kat luar kampus ni.."
Benar. Sekelumit pun hatinya tidak pernah terdetik untuk menyukai lelaki itu. Padanya, hanya Fariesh seorang sahaja yang bertakhta. Selain lelaki itu, mana - mana lelaki yang mengenalinya, semua dianggap sebagai kawan sahaja. Haris? Cinta lelaki itu sudah lama terkubur.
"Ainul, kenapa? Saya tak layak ke nak cinta kat awak? Apa syarat awak supaya saya dapat cinta awak? Biarkan mereka yang menagih cinta saya termasuk Mira tahu yang saya cintakan awak? Saya akan hebohkannya satu kampus ni. Atau, awak tak nak saya digosipkan dengan siapa - siapa? Saya akan halang benda - benda macam tu, sebab saya benar - benar sukakan awak, Ainul..."
"Saya tak nak apa - apa. Mira tu kawan saya, Hairil. Saya tak nak hampakan perasaan dia. Dia begitu berharap pada awak. Dan memang benar, saya tak pernah sukakan awak..."
"Saya boleh jelaskan segalanya pada Mira pasal perasaan saya kat awak. Lagipun, saya tak boleh nak paksa hati saya untuk suka kat Mira. Saya cuma suka kat awak aje..."
"Hairil, awak dengar sini. Saya nak, awak lupakan saja semua tu. Saya dah kahwin, Hairil. Saya isteri orang.."
"Tipu, Ainul. Jangan sebab Mira, awak cuba nak tipu saya..."
"Ni tanda saya milik orang, Hairil. Awak nampak cincin ni?"
Ainul menunjukkan cincin yang tersarung kemas di jari manisnya kepada Hairil. Hendak menunjukkan kad nikah, dia baharu teringat bahawa kadnya itu tertinggal. Dia terdesak. Dia harus membuktikan kebenaran kata - katanya. Bukti bahawa dia tidak berdusta dengan lelaki itu. Sungguh, dia tidak sanggup lagi dikejar Hairil, malahan tidak sanggup melihat Mira menangis kerana melihat dia berjaya menakluk cinta jejaka idaman teman sebiliknya itu.
"Sekarang awak percaya kan? Saya minta maaf sebab tak bagitahu awak pasal ni sebab saya tak menjangka benda - benda macam ni akan berlaku. Saya pergi dulu. Assalamualaikum..." sambung Ainul sebelum beredar meninggalkan Hairil yang memandangnya dengan reaksi sedikit terperanjat.
"Saya tak percaya, Ainul! Awak ingat saya akan percaya? Tak. Awak tak boleh tipu saya, Ainul! Saya tak akan percaya dengan kata - kat awak! Saya tahu, awak buat macam ni sebab awak tak nak kecewakn Mira, kan? Tapi saya tak akan berputus asa, Ainul. Saya akan kejar awak sampai dapat!" laung Hairil sambil matanya terus mengekori Ainul yang kian jauh.
"Zaman sekarang, siapa - siapa pun boleh mengaku dia dah dimiliki! Cincin tu tak membuktikan yang awak dah berpunya, Ainul! Semua orang boleh buat macam tu! Saya takkan percaya!!!" sambungnya lagi.
**************************************
"Tuan, ada bungkusan untuk Tuan.." ujar Lisa selepas memasuki bilik pejabat Fariesh. Lelaki itu menyambut huluran setiausahanya kemudan mengamati bungkusan tersebut. Tiada apa - apa yang tertera pada bungkusan termasuk nama pengirim.
"Siapa yang bagi ni?" tanya Fariesh.
"Cik Anita, Tuan..." jawab Lisa sebelum meminta diri untuk beredar.
Fariesh termangu. Apa lagi yang gadis itu mahu kan daripadanya? Tidak cukupkah gangguan yang dilakukan pada masa dia pengsan kerana demam? Gadis itu benar - benar keterlaluan. Ikutkan perasaannya, ingin sahaja dia memberhentikan gadis itu daripada terus bekerja di situ. Namun, kerana gadis itu pilihan ayahnya, dia tidak mampu berbuat apa - apa melainkan dia menerima keputusan ayahnya untuk mengambil Anita bekerja di situ.
Deringan telefon pejabatnya mematikan lamunan Fariesh.
"Hello?"
"Anita ni. Fariesh dah dapat bungkusan tu?"
"Anita, saya nak awak ambil balik bungkusan ni. Saya tak nak terima apa - apa lagi dah daripada awak. Saya ingatkan dengan kenal awak, saya boleh kenal isteri saya dengan lebih mendalam tapi saya silap. Saya tak sepatutnya percayakan awak. Lagi satu, terima kasih atas gambar yang awak bagi dulu. Mungkin sebab tu awak hantar benda ni kat saya sebab saya tak ucap terima kasih pun kat awak masa tu. Lepas ni, saya tak nak awak datang ke office saya kalau bukan atas urusan kerja.."
"Amboi, panjangnya ceramah. Sampaikan saya tak sempat pun nak bukak mulut. Encik Fariesh, awak dengar sini ek. Bungkusan tu, bukan saya yang punya. Saya cuma sampaikan aje. Saya pun tak tahu siapa yang kirim. Jangan cuba nak menuduh secara melulu tanpa usul periksa. Tak semestinya saya pernah buat salah, selamanya saya akan buat salah. Saya pun nak cari makan jugak. Kalau anak bos saya tak sukakan saya, buat apa saya nak paksa kan? Ingat saya terdesak sangat ke dengan Encik Fariesh? Macamlah dunia ni awak sorang aje lelaki yang tinggal. Saya kena teruskan hidup saya kat syarikat ni, tanpa perlu mengganggu Encik Fariesh dah. So, saya kena ingatkan sekali lagi. Bungkusan tu bukan daripada saya. Okey, bye!"
Talian terputus. Fariesh terkesima seketika. Pertama kali dia malu dengan tindakannya itu, memarahi Anita tanpa menyelidik apa - apa.
Eiyshhhhh... Malunye! Heyyy.. Bodohlah kau ni Fariesh. Kot ye pun nak menuduh Anita, kau check la dulu apa dalam bungkusan tu. Eeeeeeee... Stupid! Idiot! Mangkuk!!
Fariesh menepuk dahinya berkali - kali sebagi tanda memarahi dirinya sendiri. Kemudian, dia kembali menatap bungkusan tadi.
Siapa yang bagi ek? Ada apa kat dalam ni pulak?
Fariesh mengoyak pembalut bungkusan itu dengan begitu berhati - hati. Seketika kemudian, balutan itu berjaya dibuka sepenuhnya. Disingkapnya penutup kotak tersebut untuk mengetahui isi kandungannya. Alangkah terkejutnya Fariesh tatkala mendapati beberapa keping gambar dirinya kelihatan begitu intim bersama Rizwan terpapar di setiap helaian gambar tersebut. Menggeletar seluruh tubuhnya dengan apa yang diperolehnya. Satu kertas yang berlipat empat dibuka dengan hati yang panas.
Hai, sayang!
Macam mana dengan hadiah I? Special tak? Kenangan kita bersama dulu. I rindu sangat. Kalau isteri kesayangan you tahu pasal ni, agaknya apa reaksi dia? Happy? Bangga? Atau sedih sebab dia dapat tahu suami kesayangannya itu gay? Mesti dia marah sebab dia rasa tertipu, kan Fariesh? Bila dapat tahu, you kahwin dengan dia semata - mata nak tutup diri you yang sebenarnya. You nak guna - gunakan dia aje. Wah, tak sabar pulak I nak tengok apa yang akan terjadi lepas tu. You pun nanti, janganlah marahkan I. Niat I ni baik tau. Sebab I cuma nak selamatkan dia aje daripada menjadi mangsa penipuan you. You boleh buat apa saja dengan gambar ni. Bakar? Buang? Koyak? Sebab I ada banyak lagi gambar - gambar ni. Sengaja I simpan untuk you kenang sweet memories kita bersama. So, take care. Minggu depan hari jadi you, bukan? Nantikan yang lagi special daripada I. Tunggu tau! Mmuahhhh!
-Your Sayang-
Surat berserta gambar itu genggam sehingga menjadi renyuk. Hatinya seperti dibakar. Dia baharu sahaja melupakan lelaki itu. Kini, Rizwan muncul kembali untuk mengganggunya. Dia harus bertindak segera! Ya, bertindak supaya Rizwan berhenti mengugutnya! Berhenti daripada mengganggu kebahagiaan yang sudah mula tercipta antara Ainul dan dirinya!